Sahabat Ambo

Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih

Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas

Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud


LAGI VIDEO TINTA HIJAU-DKB KLIK DI SINI

Translate

Isnin, 29 Oktober 2012

Islam tergugat bukan kerana DAP

KUALA LUMPUR: Episod penghinaan Presiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek membuktikan tohmahan Umno selama ini bahawa DAP bahaya kepada Islam terbukti silap.

"Terbukti dan teruji yang menghina Islam ialah MCA bukannya DAP," kata AJK PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad (gambar).

Namun, katanya, senjata Umno untuk membiarkan  MCA yang diketuai oleh Presidennya Datuk Seri Dr Chua Soi Lek untuk memperlekehkan Islam telah mengakibatkan senjata makan tuan.

Isu ini, katanya,  telah menjawab tuduhan yang dilemparkan oleh pemimpin Umno dan gerak saraf mereka bahawa Islam tergugat jika  Pakatan Rakyat memerintah.

Bagi beliau, tindakan pemimpin Umno membiarkan pemimpin MCA memfitnah dan memburukkan Islam dengan serampang dua mata.

Pertama hendak melihat supaya DAP melatah dan keluar PR.

Kedua untuk menarik sokongan orang Cina kepada MCA, kerana sokongan orang Cina kepada MCA dan Gerakan hampir sudah tidak ada.

"Pada mulanya pemimpin Umno mampu senyum walaupun penghinaan di hadapan pemimpin Umno kerana  demi kuasa dan sokongan undi orang bukan Islam.

"Sekarang pemimpin Umno sudah resah tektik ini tidak menjadi. Harapan untuk melihat DAP melatah tidak berlaku," katanya.

Manakala itu, tambah beliau, usaha untuk mendapatkan sokongan orang Cina masih tidak berhasil.

"Orang bukan Islam sudah memahami bahawa isu ini dibangkitkan untuk memancing undi dan memecahkan sokongan kepada PR," katanya.

Bagi Idris, semua fitnah ini dijawab dengan amalan bukan dengan ucapan oleh kerajaan Kelantan yang dipimpin oleh PAS.

Mereka sudah melihat keharmonian yang begitu terjalin sehingga tidak ada sikap prajudis dan penindasan atas nama agama dan kaum  selama 22 tahun di Kelantan.
Umno dan MCA hanya mampu gigit jari sahaja, kerana strategi  ini tidak menjadi.

Manakala imej Umno semakin tercalar di hadapan pengundi Melayu, seolah-olah Umno hanya seperti singa tua yng tidak ada gusi ketika MCA memperlekehkan Islam, sehingga Umno sudah berada di zon yang kurang oksigen untuk bernafas, tegas beliau.Hrkh

Tiada ulasan:

Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz

Bermula 31/7/2009

Pengunjung Ambo dari....