Sahabat Ambo

Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih

Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas

Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud


LAGI VIDEO TINTA HIJAU-DKB KLIK DI SINI

Translate

Jumaat, 19 Oktober 2012

Husam Musa Bidas Kenyataan Bangang Menteri Umno

KOTA BHARU - “Kalau asyik tunggu pertimbangan, sampai bila Kelantan nak dapat lebuh raya” tegas Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Kewangan dan Kebajikan, Datuk Husam Musa.

Beliau berkata demikian ketika mengulas kenyataan Menteri Kerja Raya, Datuk Shaziman Abu Mansor yang menyatakan pihaknya tidak pernah membatalkan projek pembinaan jalan Kuala Krai-Kota Bharu.

Husam yang juga Naib Presiden Pas berkata, terdapat kekeliruan mengenai kenyataan Shaziman mengenai kos yang dikemukakan bagi jajaran 77 kilometer itu yang didakwa tinggi.

“Saya kurang jelas apa yang dinyatakan, mungkin, (pembaikan jalan Kota Bharu-Kuala Krai) jika itu maksudnya sudah tentu RM1.6 bilion itu besar jumlahnya, tetapi apa yang kita laksanakan ini adalah lebuh raya (baru), ia dua perkara yang berbeza,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Kelmarin Shaziman ketika menggulung  Rang Undang-Undang Perbekalan di Dewan Rakyat menyatakan, pihaknya tidak membatalkan projek itu sebaliknya menilai semula dan mencari alternatif lebih baik berbanding cadangan asal.

Terdahulu beliau mahu Kerajaan Kelantan menumpukan usaha menyelesaikan isu air bersih di negeri itu berbanding mengutip derma bagi membina lebih raya.

Husam berkata pihaknya tidak menunggu lebih lama untuk mengetahui pertimbangan Kerajaan Pusat kerana keperluan lebuh raya itu kini penting untuk rakyat Kelantan.

“Itu baru pertimbangan, belum tahu lulus tidak lulus lagi dan jika lulus pula berapa lama untuk memulakan projek itu,” katanya.

Mengulas mengenai kenyataan Shaziman yang bersedia untuk memberi bantuan teknikal dalam pembinaan lebuh raya itu, Husam berkata, beliau tidak percaya dengan kata-kata sahaja, malah mahu menteri itu beri surat pengesahan kepada Kerajaan Negeri.

Semasa Sidang Dewan Undangan Negeri (Dun) yang berakhir Rabu lepas, Husam berkata, pihak kontraktor akan mula pembinaan Lebuh Raya Rakyat itu selepas musim tengkujuh yang dijangka berlaku November dan Disember ini.SH

2 ulasan:

lijitra berkata...

tak usah percaya dgn janji2 menteri dari umeno terutamanya dari menteri yg bangang macam ni.

Tanpa Nama berkata...

lebuhraya 23.3juta setiap kilometer akan telah dipecah tanah secara tergesa2 biarpun sebelun kelulusan exco.dan akan bermula setidak2nya sebelum tahun 12 berlalu.rakyat dipersila menyumbang untuk menunaikanya hasrat 77 kilometer ini.
aq simpati kedaifan sebegini bila husam terus membuaikan harapan yang tidak semudah dilaksanakan. selain dari ini, isu gembar gembur tentang tuntutan royalti minyak turut tersuntik kedalam badget kerajaan negeri. tidak kah akan menggambarkan pentadbiran kelantan sangat gemar kepada perkara2 mempermudahkan malah bersikap semborono berkenaan dengan keperluaan rakyat yang menuntut kesejahteraan melalui janji2 yang bersandarkan benda2 yang nyata.

1.boleh saja disinaraikan projek2 terhenti..terbantut.. dan merugikan malah keperluaan yang amat perlu diselesaikan tetapi terbiar.beginikah kejayaan untuk islam dijadikan sebagai dasarnya. sikap merendah diri dan saling menghormati pas(?pr) dan umno(bn)tertinggal jauh hanya sekelumit mencari sokongan.sokongan yang terlibat sama orang2 bukan islam seakan2 sudah menjadi amat terpenting hingga hati mengerah segala rupa anggota kearah perpecahan.

2.angkuh pada diri yang merasai diri lebih baik dan hebat ada pada ptu. mencipta keyakinan 'kuasa' akan selesaikan kelemahan pas jika didapat.dsb

sikap mengharap dan mencandui sesuatu yang belum pasti adalah pengkhianat dan bukan nya perjuangan yang ada dilandasan betul. memang tiada yang mustahil pada tuhan.terimalah sifat manusia bukanya tuhan.

155 pMempl

Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz

Terdapat ralat dalam alat ini
Bermula 31/7/2009

Pengunjung Ambo dari....