Sahabat Ambo

Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih

Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas

Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud


LAGI VIDEO TINTA HIJAU-DKB KLIK DI SINI

Translate

Sabtu, 20 Oktober 2012

Hina Orang Asli : NGO Tuntut MB Pahang Mohon Maaf


KUANTAN – Gabungan Tukar MB Pahang (Tukar) tidak bersetuju dengan tindakan Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Diraja Adnan Yaakob yang didakwa menghina Orang Asli ketika berhimpun di pekarangan Wisma Sri Pahang, tiga hari lalu.

Penyelarasnya, Lee Chean Chung berkata, sebagai pemimpin, beliau seharusnya lebih terbuka serta tidak mengeluarkan kata-kata negatif yang boleh menyinggung perasaan orang lain.

“Jika beliau (Adnan) marah sekalipun, tidak perlulah mengeluarkan perkataan yang tidak sepatutnya. Tindakannya itu seolah-olah tidak menghormati golongan bawahan.

“Mereka juga sebahagian daripada rakyat Pahang dan mungkin juga salah seorang daripada pengundi beliau. Jadi, mereka sepatutnya mendapat layanan yang sebaiknya,” katanya pada sidang media semalam.

Turut hadir, Penyelaras Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) Pahang, Kamarul Hatta Mohamed Ali, Ahli Jawatankuasa Sunflower Electoral Education Developement (Seed) Pahang, Toh Chin Hong dan wakil Stop Lynas, Arumugam.

Chean Chung berkata, pihaknya kecewa dengan sikap Adnan dan meminta beliau untuk mengemukakan permohonan maaf kepada ahli Jaringan Kampung Orang Asli Semenanjung Malaysia (JKOASM).

“Adnan perlu tampil memohon maaf kepada Orang Asli yang terlibat serta lebih berhati-hati apabila mengeluarkan kenyataan selepas ini. Jika tidak, rakyat akan hilang hormat kepadanya,” katanya.

Insiden itu didakwa berlaku pada Rabu lalu ketika lebih 120 ahli  JKOASM berhimpun di depan pejabat Menteri Besar bagi menyerahkan memorandum yang mendesak kerajaan negeri memberi perhatian serius tentang isu pencerobohan dan tuntutan tanah adat.

Melalui memorandum itu, sebanyak lapan perkara telah dibangkitkan oleh kumpulan berkenaan serta mereka bertegas menyerahkan sendiri memorandum itu kepada Adnan.SH

Video berkaitan  DISINI

Tiada ulasan:

Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz

Bermula 31/7/2009

Pengunjung Ambo dari....