Sahabat Ambo

Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih

Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas

Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud


LAGI VIDEO TINTA HIJAU-DKB KLIK DI SINI

Translate

Khamis, 18 Oktober 2012

Usul potong RM10 gaji menteri pengangkutan

KUALA LUMPUR, 18 Okt — Atas kedegilan Menteri Pengangkutan Datuk Seri Kong Cho Ha untuk menangguhkan pelaksanaan Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES), Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar hari ini telah memfailkan usul untuk memotong gaji menteri berkenaan sebanyak RM10.

Jelas Mahfuz (gambar), usul itu adalah ekoran kedegilan kementerian dan kerajaan untuk berbincang bagi mencari mekanisme lain selain penggunaan AES, kerana menurutnya kelajuan bukan punca utama kemalangan maut.

“Kelajuan bukan faktor utama kemalangan maut ... kedegilan menteri untuk  menangguhkan penggunaan AES amat mengecewakan.

“Sehubungan itu saya telah memfailkan usul memotong gaji menteri pengangkutan sebanyak RM10 atas kedegilan beliau,” kata Ahli Parlimen Pokok Sena itu ketika sidang media di lobi Parlimen hari ini.

Malah, jelasnya, beliau juga akan mengemukakan beberapa bukti bahawa kelajuan bukanlah faktor utama kemalangan maut, sebaliknya sikap manusia itu sendiri.

“Alasan kerajaan gunakan AES adalah kerana mahu mengurangkan kadar kemalangan maut ... tapi bukan kelajuan yang menjadi punca kemalangan,” tambahnya.

Bagaimanapun, Mahfuz menjelaskan, beliau sendiri tidak menggalakkan pengguna jalan raya memandu secara laju, tetapi isu yang dibangkitkan beliau adalah pelasnaan dan penguatkuasaan AES itu yang seharusnya diberi penelitian mendalam oleh kerajaan.

Kong semalam berkata pengguna jalan raya boleh menghalang konsesi AES daripada mengaut keuntungan dengan tidak memandu laju dan melanggar lampu merah.

Setakat ini Kong menjelaskan, kementerian telah memasang 14 kamera berkenaan di lokasi hitam seluruh negara.

“Kawasan hitam yang dikenal pasti pihak polis telah dipasang kamera ini, bagaimanapun, sistem ini bukanlah untuk mengkayakan syarikat konsesi.

“Bila kami pasang kamera, kami akan maklumkan kepada semua media - Bahasa Malaysia, Cina, English, dan Tamil. Kami tidak menyembunyikan lokasi kamera,” katanya semalam.

Beliau turut menjelaskan, pemasangan AES adalah kerana atas dasar tanggungjawab kerajaan untuk mengurangkan kadar kemalangan di jalan raya akibat kelajuan dan pelanggaran lampu isyarat.TMI

Tiada ulasan:

Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz

Terdapat ralat dalam alat ini
Bermula 31/7/2009

Pengunjung Ambo dari....