Sahabat Ambo

Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih

Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas

Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud


LAGI VIDEO TINTA HIJAU-DKB KLIK DI SINI

Translate

Selasa, 23 Oktober 2012

Khalid Ibrahim MB Selangor paling berjaya

SHAH ALAM – Ketua Umum Pakatan Rakyat (PR), Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar Selangor paling berjaya kerana kekuatan integriti beliau, sepanjang hampir lima tahun menerajui negeri itu.

Anwar berkata, tuduhan bahawa sesetengah individu yang terlibat dalam bidang politik mengundang kekayaan untuk kepentingan peribadi diakui berlaku di negara ini, namun kebanyakannya dikaitkan dengan pemimpin Barisan Nasional (BN).

“Bagi saya, ukuran pertama yang penting (sebagai pemimpin) ialah integriti. Ada jawatan, dia tidak akan ambil tanah, balak, syarikat dan komisen daripada projek negeri. Orang boleh kritik dia (Abdul Khalid) kedekut, itu saya setuju, tetapi kekuatannya ialah integriti. Selangor mempunyai lebihan wang negeri RM2 bilion.

“Sebab itu integriti moral perlu ada dalam politik negara dan antarabangsa. Masalah kita dalam negara apabila orang masuk politik untuk cari kekayaan. Bila pemimpin ada integriti, dia mampu mentadbir negara,” katanya pada majlis Makan Malam Keadilan Selangor 2012, kelmarin.

Dalam pada itu, Anwar yang juga Penasihat Ekonomi Selangor berkata, Pakatan Rakyat (PR) tidak akan menggunakan pendekatan fitnah atau berunsur negatif dalam memenuhi misi menawan

Putrajaya pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) kelak, sebaliknya mereka berhasrat menang berdasarkan fakta.

Beliau berkata, fakta itu boleh dilihat menerusi kejayaan empat negeri, Selangor, Pulau Pinang, Kelantan dan Kedah yang diterajui PR, sekali gus membuktikan mereka mampu mentadbir negara.Katanya, mengambil contoh Kerajaan Selangor dan Pulau Pinang, kedua-dua negeri itu dikatakan menyediakan peruntukan kira-kira RM500 juta untuk pembinaan rumah kos rendah.

“Kita hendak menang (PRU13) bukan kerana kita hendak fitnah (BN). Tidak, kita hanya hendak menang berdasarkan fakta umpamanya kejayaan negeri yang ditadbir PR seperti Selangor danPulau Pinang yang sediakan setengah bilion ringgit untuk pembinaan rumah kos rendah.

“Pembinaan rumah kos rendah ini sepatutnya menjadi tanggungjawab Kerajaan Pusat. Kerajaan negeri hanya beri tanah mempercepatkan proses kelulusan (pembinaan) saja, tetapi PulauPinang dan Selangor catat sejarah pertama (sediakan peruntukan ini),” katanya.

Pada majlis itu, lebih 5,000 orang hadir sempena Jelajah Merdeka Rakyat di Selangor.Konvoi jelajah itu diadakan jam 10 pagi bermula di Dewan Undangan Negeri (Dun) Dengkil, Morib, Pelabuhan Klang, Sementa, Melawati, Ijok dan berakhir di Kota Anggerik.

Selain Abdul Khalid, turut hadir, Speaker Dun Selangor, Datuk Teng Chang Khim; Timbalan Presiden PKR Selangor, Zuraida Kamaruddin dan Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu.SH

Tiada ulasan:

Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz

Terdapat ralat dalam alat ini
Bermula 31/7/2009

Pengunjung Ambo dari....