Sahabat Ambo

Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih

Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas

Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud


LAGI VIDEO TINTA HIJAU-DKB KLIK DI SINI

Translate

Sabtu, 20 Oktober 2012

Panas !! MT Umno terima laporan BN tumbang pada PRU13

Blogger Umno Reform, Anuar Mohd Nor mengatakan bahawa ada satu laporan dihantar ke Majlis Tertinggi Umno menyatakan bahawa Barisan Nasional (BN) bakal tumbang pada PRU 13 nanti.

Dalam laporan tersebut, BN dikatakan akan tewas di negeri Wilayah Persekutuan, Selangor, Perak, Negeri Sembilan, Kedah, Kelantan dan Terengganu. Sementara di Johor pula bakal menyaksikan banyak kerusi BN dirampas Pakatan Rakyat (PR).

Laporan tersebut menyatakan puncanya adalah kerana etnik Cina di seluruh negara nampaknya sudah membuat keputusan untuk menolak BN. Lihat bawah.

Apa puncanya etnik Cina menolak BN? Apakah kerana mereka sudah faham yang selama ini, BN hanya meneruskan formula penjajah British dalam mentadbir Malaysia?

Atau kerana mereka sudah tidak lagi berjaya ditakutkan dengan momok 13 Mei?

Yang paling penting sekarang ialah kesediaan semua pihak untuk memperkukuhkan negara bangsa Malaysia.

Kita tidak harus lagi hidup terpisah-pisah dalam negara ini. Jangan biarkan lagi politikus yang tentukan halatuju negara.

Rakyat harus bangkit mendesak politikus agar mengikut kemahuan mereka. Ini boleh dilakukan! Bagaimana? Mulakan dengan laman sosial seperti Facebook, Twitter dan Youtube.

Kemudian, kembangkan melalui tindakan.

Jika benar BN bakal tumbang. Biarlah ianya berlaku secara aman. Pertukaran kerajaan atau pemerintahan adalah perkara biasa.

Saya sendiri pernah menyaksikan pertukaran Nepal dari sebuah kerajaan yang diperintah oleh Raja selama 4000 tahun kepada sebuah republik.

Pada ketika itu, ramai saintis politik mengatakan Raja mungkin menggunakan tentera untuk pertahankan kerajaannya.

Mereka silap kerana Raja keluar dari istana dengan tenang kerana dia mempunyai kecintaan tinggi terhadap Nepal.

Biarlah Nepal jadi republik jika itu yang rakyat mahukan. Asalkan Nepal tidak hancur kerana manusia berebut kuasa.

Malaysia harus belajar dari Nepal! -aminiskandar


3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

lagi cepat lagi baik

Tanpa Nama berkata...

..rakyat perlu keluar untuk selesaikan masaalah. masalah dari keributan politik berebutkan kuasa. kuasa yang dikatakan akan membuahkan kesejahteraan.sebagai komitmen perjuangan masa kini dan generasi akan datang. malaysia negara majmuk diarena kebangkitan islam diperakui.malaysia yang diperlihatkan akan kesesuaian islam disepanjang zaman tidak lagi dilihat tuhan menjadikan sesuatu tanpa memenuhi keperluaan umat.kasih sayang tuhan dengan dibekalkan akal kepada kita.
seorang islam ini lah agama kita.bukan agama mereka walau sedikit pun.Kuasa yang bertenaga..berpesanan dan rasa cemburu hati sebagai landasan beriman denganya.Bukan hati yang kotor menterbalikkan peranan.bukan berpesanan menyongsangkan keadaan. bukan seluruh tenaga memaksa kehebatan dan keangkuhan dan kuasa bukan untuk diselongkar mencarinya tapi anugerah tuhan. bersyukur lah.kerana syukur itu tanda mereka yang sentiasa ingat sebagai hamba dan bukan tuan.

abaikan saja kerana aq memang suka mencacai alias mencece. keh keh

centecti 6

new hope berkata...

momok 13 mei tak boleh pakai, muda mudi sekarang tidak berilmu silat tinggi seperti mudamudi dulu.. so don't worry

KLIK menyanggah Nazri Aziz, Malaysia sebuah negara sekular

Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz

Terdapat ralat dalam alat ini
Bermula 31/7/2009

Pengunjung Ambo dari....