Sahabat Ambo

Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih

Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas

Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud


LAGI VIDEO TINTA HIJAU-DKB KLIK DI SINI

Translate

Selasa, 16 Oktober 2012

Tarikan Baru Pada PGU 6.0

KUALA TERENGGANU - Mesyuarat Jawatankuasa Panitia Induk (Panitia) memutuskan Program Himpunan Kebangkitan Rakyat - PAS Ganti Umno Kali Ke-6 (PGU6.0) akan diadakan di bandar Paka, berhampiran Simpang Santong pada 1 Disember, 2012 bersamaam 7 Muharram 1433H.

Pengarahnya, Ariffi Deraman berkata, cadangan tarikh tersebut akan dibawa ke Mesyuarat Badan Perhubungan PAS Terengganu selewat-lewatnya hujung minggu ini.

Menurutnya, Panitia turut menyenaraikan 16 acara sepanjang PGU6.0 yang akan bermula dengan acara Pidato Khas & Ceramah Pra Perasmian PGU6.0 pada Jumaat 30 November.

"Kita (Panitia) sudah putuskan, PGU6.0 akan datang di Paka, tapak yang pernah di adakan program PGU peringkat DUN Paka tak lama dulu bertentangan dengan Simpang Santong,

"InsyaAllah, kesemuanya ada 16 acara bermula dengan Pidato dan ceramah pra-perasmian pada Jumaat 30 November,"ujarnya ketika ditemui.

Beliau yang juga Pengarah Jabatan Pilihanraya PAS Terengganu berkata dua acara baru dicadangkan pada PGU6.0 kali ini bagi menarik minat para pemuda dan pemudi iaitu pertandingan bot laju dan juga pertandingan 'Cub Prix'.
Selain itu, menurutnya, sekurang-kurangnya ada tiga orang tokoh masyarakat peringkat negeri dan nasional yang akan menyerahkan borang dan mengisytiharkan diri mereka menjadi ahli PAS.

"di belakang tapak PGU6.0 yang dicadangkan adalah pantai, jadi Panitia mencadangkan dimasukkan acara perlumbaan bot dan pemuda akan menganjurkan perlumbaan 'cub prix',

"seperti di PGU5.0 di Pekan Jabi, ada tiga orang tokoh yang juga akan menyerahkan borang keahliannya dan menyertai PAS,"jelas Ariffin.

Oleh itu, katanya, PGU6.0 merupakan siri Himpunan Kebangkitan rakyat yang akan meledakkan gelombang sedia ada bagi merealisaikan PAS ganti Umno pada pilihanraya umum  yang akan datang.

Justeru beliau menyeru seluruh rakyat Terengganu, sudah tiba masanya tampil ke hadapan untuk bersama-sama gelombang rakyat yang sedang melanda Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak.BO

Tiada ulasan:

Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz

Terdapat ralat dalam alat ini
Bermula 31/7/2009

Pengunjung Ambo dari....