Sahabat Ambo

Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih

Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas

Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud


LAGI VIDEO TINTA HIJAU-DKB KLIK DI SINI

Translate

Sabtu, 3 Mac 2012

Video : Wahid Endut Sekali Lagi Cabar Mad Said Berdebat




KUALA TERENGGANU
– Pesuruhjaya PAS Haji Mohd Abdul Wahid Endut sekali lagi melontarkan cabaran kepada Pengerusi Perhubungan Umno Terengganu Dato’ Seri Ahmad Said untuk berdebat dengan beliau secara terbuka berkenan isu-isu yang berlaku di negeri Terengganu.
Menurutnya debat menjadi ‘trend’ sekarang, yang membuka peluang lebih luas kepada rakyat untuk mengetahui isu-isu semasa yang sedang berlaku.

Beliau berkata Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaludin telah berdebat dengan Pengarah Strategi PKR Rafizi Ramli di London, Dato’ Nazri Aziz secara terbuka berbincang berkenaan pilihan raya di Kota Bharu Kelantan dan persoalan tentang Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) telah diadakan perbahasannya diantara mahasiswa dan para pensyarah.

“sekarang ini ‘trend’ begitu biar terbuka, perubahan (perlu dibuat) kepada (politik) kita, di Terengganu ono kalau ada pihak yang ketiga termasuk media nak panggil Wahid Endut berlawan, berbahas dengan Mad Said.

“bincang soal Terengganu, soal isu royalti, soal stadium runtuh, soal apa sahaja berhubung dengan negeri Terengganu…… saya bersedia,”ujarnya

Beliau berkata demikian dalam Majlis Taklimat Gerak Kerja Pilihanraya Peringkat DUN Tepoh di Ma’ahad TahFiz Wal Tarbiyah pada Khamis 1 Mac.

Menurut, cabaran yang dibuat sebelum ini pada Majlis Malam Mesra Media 9 Februari lalu, tidak dijawab oleh Menteri Besar Teregganu itu, yang terus membisu seribu bahasa.

Sebaliknya, Umno tidak terbuka kerana semakin hampir waktu pilihanraya parti itu cuba memerangkap PAS dengan beberapa peristiwa yang berlaku.

Antaranya, kata beliau, kes pembuangan kepala babi dalam sebuah masjid, kes pembakaran kereta Timbaan Pesuruhjaya PAS Johor dan letupan bom yang berlaku pada hari pembebasan Dato’ Seri Anwar Ibrahim.

Beliau mempersoalkan, siapakah yang melakukannya dan apakah motif jenayah tersebut dilakukan.

“Siapa punya angkara…..apa tujuannya, timbul isu dia ambil kepala babi bubuh dalam plastik lempar ke dalam masjid, siapa punya kerja bila hari keputusan Anwar bebas ada letupan bom, siapa letupkan bom apa tujuan letupkan bom?,

“siapa punya kerja bila Timbalan Pesuruhjaya (PAS) Negeri Johor mendedahkan apa yang berlaku penyelewengan di negeri Johor, kereta dan rumah dia kena bakar…siapa punya kerja?,”soal Wahid.BO

Tiada ulasan:

Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz

Terdapat ralat dalam alat ini
Bermula 31/7/2009

Pengunjung Ambo dari....