Sahabat Ambo

Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih

Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas

Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud


LAGI VIDEO TINTA HIJAU-DKB KLIK DI SINI

Translate

Sabtu, 3 Mac 2012

Gambar : Berasak demi Ustaz Azhar Idrus






KOTA BHARU- Lebih 10,000 berasak demi mendengar secara langsung dan melihat dengan lebih dekat Ustaz Azhar Idrus atau lebih popular dengan gelaran ‘Ustaz Youtube’ itu didatangkan khas sempena Pelancaran Tahun Melawat Kelantan (TMK) 2012, semalam.

Ustaz yang begitu popular dalam kalangan remaja itu bukan sahaja berjaya menarik generasi muda, malah turut mendorong semua golongan di negeri ini untuk bersama-sama berkongsi ilmu kerohanian yang disampaikan.

Seorang pelajar yang ditemui, Nurul Atiqah Mohd Zaki, 18, berkata, beliau begitu teruja untuk datang dan mendengar dengan lebih dekat ceramah disampaikan ustaz berasal dari Terengganu itu.
“Saya mula mengikuti ceramah disampaikan tahun lalu dan ia memang menepati kehendak jiwa remaja saya,” katanya yang juga pelajar Maahad Amir Indera Petra, Beris Kubur Besar, Bachok.

Nurul Atiqah berkata, walaupun ceramah yang disampaikan dalam pendekatan bersahaja, tetapi inti pati yang dikongsikan memberi kesan dalam mendidik generasi muda hari ini.

Seorang lagi pelajar, Aqilah Hamid, 18, berkata, ini pengalaman pertama dia dan rakan-rakan mendengar ceramah disampaikan ustaz berkenaan secara langsung.

Menurutnya, dia tidak melepaskan peluang untuk mendengar ceramah disampaikan oleh penceramah diminati sehingga sanggup menumpang rakan-rakan demi memenuhi hasratnya itu.

“Sebelum ini saya hanya mengikuti ceramah disampaikan melalui Youtube setelah diperkenalkan rakan-rakan, dan kali ini sebaik mengetahui Ustaz Azhar akan berada di sini, kami memang tidak mahu ketinggalan,” katanya.

Seorang lagi remaja, Wahiyul Amri Wahab, 21, berharap ustaz berkenaan terus dijemput untuk mengadakan ceramahnya pada masa akan datang.

Dia berkata, ini kerana ramai yang teruja untuk mendengar dan melihat dengan lebih dekat ustaz yang menjadi sebutan di seluruh negara itu.

“Ini kali ketiga saya berdepan secara langsung dengan Ustaz Azhar secara langsung, walaupun terpaksa datang dari Bachok, namun itu bukan halangan untuk saya kerana pernah sampai di Jerteh semata-mata untuk mengikuti ceramah disampaikan,” katanya.SH

Tiada ulasan:

Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz

Terdapat ralat dalam alat ini
Bermula 31/7/2009

Pengunjung Ambo dari....