Sahabat Ambo

Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih

Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas

Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud


LAGI VIDEO TINTA HIJAU-DKB KLIK DI SINI

Translate

Sabtu, 3 Mac 2012

PRU 13 : Panas !!! Ku Li Tetap Bertanding Jikapun Tidak Dicalonkan Umno

SHAH ALAM - Ahli Parlimen veteran Tengku Razaleigh Hamzah mahu bertanding lagi di kerusi Parlimen Gua Musang, yang disandangnya sejak 1969, jikapun tidak dicalonkan oleh partinya pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

Menurut Ketua Umno Gua Musang ini, hanya rakyat yang boleh memutuskan kedudukannya dalam pilihan raya umum akan datang."Saya terpulang kepada rakyat...," kata beliau dalam temu bual eksklusif dengan saluran Astro Awani yang disiarkan hari ini.

Tengku Razaleigh, yang juga bekas Menteri Kewangan dan Naib Presiden Umno, merupakan antara wakil rakyat paling lama yang masih berkhidmat.Bahagian Gua Musang merupakan antara beberapa kerusi yang menjadi kubu kuat Umno dan Barisan Nasional (BN) di Kelantan.

Mengikut tradisi BN, parti-parti komponen akan menamakan senarai calon untuk dipilih oleh pucuk kepimpinan perikatan itu.Tengku Razaleigh melahirkan pendirian ini ketika BN sedang bersiap untuk mengadakan PRU13, yang banyak pihak menyebut akan dipanggil pada Mei atau Jun ini.
Sidang Parlimen akan bersidang selama sebulan mulai 12 Mac ini.Dalam temu bual itu, Tengku Razaleigh yang mesra dengan panggilan "Ku Li" berkata, soal parti tidak begitu penting sekali.

"Soal parti barangkali tak begitu penting sekali... bukanlah saya ketepikan kepentingan parti," kata beliau yang pada tahun 1987 mencabar Tun Dr Mahathir Mohamad dalam pemilihan jawatan Presiden Umno.Mengenai kualiti calon yang rakyat mahukan, Tengku Razaleigh berkata, mereka yang hendak dipilih sebagai calon seharusnya dapat melayani tuntutan-tuntutan rakyat.

"Mesti bukan saja pandai buat kerja misalnya di Parlimen ataupun di luar Parlimen, tetapi mesti dapat melayani tuntutan rakyat, memang tuntutan rakyat ini banyak, seribu satu macam berbeza daripada bandar dan di luar bandar," katanya lagi.

Katanya, rakyat juga mahu wakil rakyat yang tidak mencari komisen daripada projek kerajaan atau menyeleweng duit peruntukan untuk rakyat.Sehubungan itu jelas beliau, tidak cukup untuk BN meletakkan calon boleh menang, tetapi wakil yang hendak diturunkan itu mesti juga dilihat bersih.SH

Tiada ulasan:

Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz

Bermula 31/7/2009

Pengunjung Ambo dari....