Sahabat Ambo

Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih

Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas

Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud


LAGI VIDEO TINTA HIJAU-DKB KLIK DI SINI

Translate

Isnin, 14 Januari 2013

Ketua Ekonomi Bank Islam digantung tugas kerana ramal BN kalah

KUALA LUMPUR: Kerana meramalkan Barisan Nasional (BN) akan kalah dalam pilihan raya umum nanti, Ketua Ekonomi Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB), Azrul Azwar Ahmad Tajuddin, digantung kerja.

Ekoran itu, pelbagai pihak menyifatkan tindakan itu sebagai zalim, "kerana betindak ke atas mereka yang berkata benar."Namun begitu, banyak pihak yakin, jiwa anak muda tidak goyah dengannya.

"Pasti ada ganjaran untuk si pemberani dan bercakap benar," komen Setiausaha Agung PKR, Saifudin Nasution Ismail.

Minggu lalu, Azrul Azwar ketika bercakap dalam satu seminar di Singapura, meramalkan BN akan kalah dalam PRU 13 nanti.Beliau berkata, BN akan kalah tipis dalam pilihan raya yang dijangka sengit itu.

Azrul berkata, hasil kajian maklumat menggunakan data analisisnya mendapati BN hanya mampu memperolehi antara 97 ke 107 kerusi sahaja dalam pilihanraya umum akan datang, jauh jika dibandingkan dengan prestasi 140 kerusi yang dimenangi pada pilihanraya umum lalu.

Bagaimanapun, dengan keputusan hasil maklumat ini, Pakatan Rakyat juga hanya menang antara 115 ke 125 kerusi sahaja dan ia sesuatu yang tidak stabil dari segi ekonomi sesebuah negara.

Bank Islam Malaysia dalam kenyataannya 11 Januari lepas, menjarakkan diri dari ramalan ketua penganalisis ekonominya  itu, dengan mengatakan  “kami tidak terlibat dengan forum tersebut”.

Dalam satu kenyataannya, pengarah urusan BIMB Datuk Seri Zukri Samat memberi komen tentang laporan The Straits Times Singapura itu berkata“Kami kesal dengan laporan yang mengaitkan Bank Islam dengan pandangannya dan ramalannya, dan kami mahu laporan yang silap tersebut dibetulkan.

“Untuk pengetahuan anda, Bank Islam tidak terlibat dan tidak berkaitan dalam forum tersebut,” kata Zukri dalam sebuah kenyataan dihantar ke The Straits Times.

Namun hari ini, Azrul Azwar digantung dari tugasnya sebagai Ketua Ekonomi BIMB.Hrkh

18 ulasan:

kluangman berkata...

Dia digantung kerana kebodohannya, bercakap at as kapasiti bank Islam tapi selitkan kecenderunfan politik peribadi.

Dia patut berada bersama golongan bangang di perhimpunan shamsidar untuk nyatakan pandangan peribadinya.

Paling hormat pakailah baju pembangkang secara rasmi untuk turut meloncat atas pentas.

Tanpa Nama berkata...

lancau lu kluangman...statement mcm haram jadahhhh...otak mcm ameno (lembu)..kestabilan politik akan menarik minat pelabur2 luar..xkn tu pun x blh nk fikir...sampai mampus le kena perbodohkan oleh pemimpin2 ameno.. banganggggggggg

Tanpa Nama berkata...

orang cerdik macam dia nie tak ada masalah di gantung kerja.. dia boleh bekerja di luar negara kalu dia mahu.. sbb tu dia tak takut..ramai rakan saya yang bekerja dengan bank diluar negara spt di dubai..gaji pulak tu lebih besar daripda bekerja di malaysia...

Tanpa Nama berkata...

anon 8.51
... bangang... siapa mau tau lu punya kawan kerja di mana...

Tanpa Nama berkata...

Hei lahabau kluang man cap ayam..cakap serupa anjing..tak ada otak mcm anjing lintas jalan...

muzium padi gunung kheyang berkata...

kluangman elok jadi berokman.
ADA OTAK TAPI TAK DAK AKAI!

kluangman berkata...

Komen sekadar maki..itu je lah tahap IQ puak ni.

Tak nafikan dia boleh kerja di mana-mana tapi kalau ulang kesilapan bodoh piang mcm tu, sekali lagi kena terajang dengan majikannya.

Kestabilan politik kepala otak hampa kalau hari2 nak berdemo atas Jalan mcm lembu terlepas kandang

Tanpa Nama berkata...

Ramal lah menang baru dapat jadi naib cansoler, senator ka, atau apa apa saja. Tapi mana tau lepas ni dapat sungguh.

anak bekas pengerusi BN berkata...

Org yg bodoh piang x kan mengaku dirinya bodoh sbb keluangman tidak berada di #KL112.
Org yg cerdik, apa nak takut..! Buat mcm member aku berkerja di luar negara.
Tuh sbb ramai rakyat Malaysia yg cerdik berkerja di luar negara sbb mrk x mau jd pembodek mcm keluangman.

Tanpa Nama berkata...

Ank muda ini akan jadi CEO bank islam setelah PR menang nanti...

usahawan berkata...

keluangman ni nakkan perhatian...sian dia...dia tak boleh terima kenyataan pembangkang akan menang PRU ni..sebab dia dah di lembukan oleh umno serta keturunannya..

Tanpa Nama berkata...

First class facility,third world mentality. Dalam sebuah negara demokrasi seseorang bebas meluahkan pandangan walaupun pahit untuk ditelan. Malangnya pihak penguasa masih dibelenggu oleh fikiran feudal. Agree to disagree,fahamilah wahai penguasa yang jahil..

Tanpa Nama berkata...

SELAGI UMNO/BN NIE XPADAM DARI PUTRAJAYA HANGPA DIKEHENDAKI JADI PEMBODEK,PENGAMPU SEUMUR HIDUP.HANGPA DILARANG SAMA-SEKALI MENYATAKAN SESUATU YG BENAR,KLU X ALAMAT PERIUK NASI AKAN BERUBAH JADI PASIR.UMNO/BN HAMPEHHH BILA NAK MAMPOSSS...

Tanpa Nama berkata...

betul ke ni. Harap dapat komen

Agenda Utama himpunan HKR. Sumber dari blog suara pakatan rakyat

http://suarapakatanrakyat.com/2013/01/suku-juta-sokong-penggunaan-kalimah-allah-oleh-pihak-gereja/


Utama|January 13, 2013 9:39 pm
Suku Juta Sokong Penggunaan Kalimah Allah Oleh Pihak Gereja


SELAIN menunjukkan kekuatan politik, Himpunan Kebangkitan Rakyat (HKR) semalam juga bertujuan untuk mempamerkan kepada BN dan UMNO akan kesatuan Pakatan Rakyat dalam soal penggunaan kalimah Allah oleh pihak Gereja yang disokong oleh Pakatan Rakyat.

Tidak mengapalah kalau 250 ribu (suku juta) sahaja yang dapat hadir, bukan 1 juta seperti yang diharap-harapkan. Yang penting, hampir 90% yang hadir semalam adalah terdiri dari orang Melayu/Islam. Kehadiran mereka ini merupakan satu sokongan moral yang penting kepada Pakatan Rakyat dan juga Gereja.

Lagipun, banyak sebab kenapa himpunan semalam tidak mencecah 1 juta orang, antaranya banyak bas-bas peserta himpunan dari Kelantan, Terenganu, Pahang dan Kedah, dihalang pihak polis dari masuk ke Kuala Lumpur. Lebih 800 bas terlibat dan penulis difahamkan satu laporan akan dibuat mengenai perkara ini.

Itu tidak kira lagi kereta penyokong yang turut terlibat dengan sekatan tidak sah ini. Penulis akan menyiarkan artikel mengenai perkara ini sebaik maklumat yang lebih lengkap penulis perolehi.

Pemimpin utama PAS seperti Datuk Seri Abd Hadi Awang dan Mursyidul Am, Datuk Nik Aziz Nik Mat dikhabarkan sungguh lega dengan sambutan semalam, kerana itu membuktikan mereka tidak berkeseorangan dalam soal ini.

Maklum sahajalah, ada ura-ura sedang berlaku gelombang tentangan yang begitu besar di dalam PAS sekarang yang mahu kedua pemimpin ini disingkirkan kerana memilih untuk bersama Pakatan Rakyat dalam hal ini.

Tapi penulis yakin tentangan ini akan dilemahkan dengan mudah melalui penyingkiran beberapa pemimpin utama PAS yang menjadi dalang kepada perkara ini seperti Timbalan Mursyidul Am, Datuk Harun Din, Ketua Majlis Ulama, Datuk Harun Taib dan ahli Majlis Syura Ulama, Nasharudin Mat Isa sedikit masa lagi.

Ketua Pemuda, Nasharudin Tantawi yang asalnya menentang, telah berubah fikiran dan memberi sokongan kepada keputusan tersebut. Mungkin beliau takut namanya akan tercicir dari senarai pencalonan untuk pilihanraya yang akan datang.

Penulis sudah katakan, tidak ada orang politik yang akan melepaskan kenikmatan untuk menjadi orang berkuasa.

Dalam masa yang sama, majlis Paderi-Paderi juga dilaporkan telah mengadakan sembahyang khas pagi tadi di beberapa buah gereja, bagi mengucapkan terima kasih kepada Allah, Jesus dan Mariam atas kejayaan himpunan semalam mengumpulkan sokongan orang Islam dalam jumlah yang besar.

Sokongan besar itu amat melegakan kerana sejak isu ini kembali panas, masyarakat kristian begitu bimbang jika peristiwa tidak enak seperti yang pernah berlaku pada 2010, berulang semula.

Nasib baik atas usaha Pakatan Rakyat, kebarangkalian itu tidak timbul lagi sekarang, melihat kepada sokongan besar ditunjukkan oleh orang Islam melalui HKR yang turut membawa mesej sokongan terhadap penggunaan kalimah Allah oleh pihak gereja.

Malah, kalau sesiapa perasan, ketika takbir dilaungkan di stadium semalam, orang-orang Kristian turut sama-sama bertakbir, menunjukkan semangat yang membara dan bukti jelas bahawa semua agama adalah sama

PAS FOR ALL, ALLAH FOR ALL!!

Artikel Berkaitan:

Kalimah Allah: Keputusan Majlis Syura PAS Bercanggah Pakatan Rakyat

Pakcu Rantau Panjang berkata...

Ramalan bukanlah satu ketepatan..siapa saja boleh buat. Tapi bercakap atas nama BANK mungkin ada etika yang menyebabkan tindakan dibuat jadi ..itulah kesannya..maka tanggunglah sendiri....

Untuk menyatakan sokongan diatas kalimah Allah digunakan oleh bangsa lain dalam Bible adalah satu bukaan ruang yang menghinakan ketinggian kalimah itu..Pakcu tak setuju langsung...dan secara kebetulan keputusan majlis Syura PAS telah memperjelaskan kedudukan itu maka terimalah dengan dada yang lapang dan usah dipertikai lagi..walaupun terdapat beberapa bangsa lain yang turut bertakbir tapi bukan dengan hati dan sanubari yang ikhlas tapi sekedar diluar bibir yang penuh kepura-puraan ....walahualam

kluangman berkata...

Tak salah nak ramal siapa yg menang, tapi bila becakap, tengok dulu kasut apa yg dipakai...

Kalau naib canselor unisel ramal pkr kalah teruk...agak2nya dalam masa berapa jam dia kena 'bungkus'e

Kerey berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
Tanpa Nama berkata...

sekarang ternyata analisa budak ni salah.PRU 13 BN menang PR Kalah.
Memang patut BIMB baung dia kerja

Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz

Terdapat ralat dalam alat ini
Bermula 31/7/2009

Pengunjung Ambo dari....