Sahabat Ambo

Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih

Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas

Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud


LAGI VIDEO TINTA HIJAU-DKB KLIK DI SINI

Translate

Sabtu, 3 Mac 2012

Isu Kedah : Ulama’ Pas sambut baik mahabbah

PETALING JAYA: Golongan ulama’ dalam PAS menyokong penuh dialog dan mahabbah antara Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Ustaz Azizan Abdul Razak dan Ahli-ahli Exco Kerajaan Negeri, Wakil-Wakil Rakyat PAS dan Ahli Badan Perhubungan PAS negeri itu.

“Kaedah dialog dan mahabbah ini bertujuan untuk mendapatkan penjelasan bagi apa sahaja isu yang dibangkitkan akhir-akhir ini,” kata

Ketua Dewan Ulama’ PAS Pusat Ustaz Harun Taib dan Ketua Dewan Ulama’ PAS Kedah, Syeikh Mohamad Abdullah dalam satu kenyataan bersama hari ini.

Kata mereka, hal ini berlandaskan arahan Allah SWT bermaksud: “Dan segala urusan mereka berlaku dengan perbincangan sesama mereka.” (Surah al-Syura ayat 38).

Para pemimpin tertinggi PAS akan bermusyawarah dalam konsep “mahabbah” di Alor Setar malam ini bagi mencari jalan penyelesaian terbaik berhubung krisis dalam parti di Kedah melibatkan Azizan dengan dua bekas exco, Datuk Phahrolrazi Mohd Zawawi dan Dr Ismail Salleh.

Ketiga-tiganya dilaporkan bersetuju untuk bersemuka malam ini dan Phahrolrazi diarahkan untuk “tutup mulut” supaya tidak mengeluarkan apa-apa kenyataan lagi.

Menurut kenyataan itu, Dewan Ulama’ PAS Kedah dan Pusat sentiasa istiqamah untuk mempertahankan Kerajaan PAS Negeri Kedah bersama-sama dengan ahli dan kepimpinan parti.

Naib Presiden Salahuddin Ayub berkata pucuk pimpinan pusat terpaksa memainkan peranan utama dalam isu ini memandangkan krisis ini bukan hanya isu Kedah.

“Matlamat kami ialah untuk menyelamatkan kerajaan pimpinan Pakatan,” kata beliau yang akan mengetuai pasukan yang akan merundingkan krisis ini bagi mencari jalan penyelesaian yang dijadualkan malam ini.

Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kerajaan Tempatan, Kerja Raya dan Bekalan Air Kedah, Datuk Amiruddin Hamzah berkata, beliau telah membalas surat PAS Kuala Kedah berikutan tindakannya menerima pelantikan semula jawatan Exco kerajaan negeri walaupun telah diarahkan tidak menerima tawaran dilantik.

Sehubungan itu, beliau menganggap kes yang membabitkan dirinya dalam isu PAS kawasan Kuala Kedah itu selesai setelah menjawab surat yang dihantar oleh Setiausaha PAS kawasan itu semalam.“Saya tak jangka akan ada masalah mengenai jawatan saya dalam PAS.

Saya anggap perkara itu sudah selesai dan saya juga telah membalas surat itu kepada mereka,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Ekspo Pendidikan Kedah Ketiga di Stadium Sultan Abdul Halim di sini, semalam.FMT

Tiada ulasan:

Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz

Bermula 31/7/2009

Pengunjung Ambo dari....