Sahabat Ambo

Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih

Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas

Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud


LAGI VIDEO TINTA HIJAU-DKB KLIK DI SINI

Translate

Jumaat, 16 Mac 2012

Khalib Ibrahim tidak boleh jadi MB Selangor selepas PRU 13 ???

KUALA LUMPUR, 16 Mac: Tan Sri Khalib Ibrahim tidak boleh lagi menjadi Menteri Besar Selangor selepas pilihan raya umum akan datang apabila Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengeluarkan kawasan pilihan raya beliau dari Selangor.

Berikutan perubahan sempadan kawasan pilihan raya, Khalid yang mengundi di Petaling Jaya Selatan, Selangor sebelum ini bakal mengundi di Lembah Pantai, Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur.

Menurut peraturan pilihan raya, hanya mereka yang berdaftar di di negeri berkenaan boleh menjadi calon Dewan Undangan Negeri di negeri itu.

Sebelum ini, Ketua Pemuda Umno Seputeh, Mohd Razlan Muhammad Rafii, menyiarkan di blognya bahawa Khalid telah menjadi "pengundi hantu" di Lembah Pantai.

Mohd Razlan juga mendakwa peralihan kawasan mengundi itu, yang hanya boleh berlaku jika menteri besar itu menukar alamat pada kad pengenalannya, adalah kerja dalam untuk mensabotaj Khalid.

Namun, dengan fakta yang ada, kelihatan sabotaj dalaman yang dimaksudkan Razlan adalah "untuk menghalang Khalid menjadi MB Selangor."

Dengan pengakuan SPR bahawa Khalid berubah kawasan ke Lembah Pantai akibat pembetulan sempadan pilihanraya, jelas yang mensabotaj Khalid adalah melalui SPR sendiri.

SPR sebelum ini menjelaskan bahawa Khalid kini merupakan pengundi di Lembah Pantai, walaupun sebelum ini mengundi di kerusi parlimen bersebelahan, ekoran langkah pembetulan sempadan kawasan pilihan raya.

Menurut Timbalan Pengerusi SPR, Datuk Wan Ahmad Wan Omar, langkah tersebut dibuat pada awal tahun 2010 selaras dengan keputusan SPR untuk menyelaraskan peta pilihan raya dengan peta rasmi negara.

Beliau berkata menteri besar Selangor telah didaftarkan sebagai pengundi di Jalan 16/2 di Seksyen 16, Petaling Jaya, yang telah tersilap dimasukkan sebagai sebahagian daripada kawasan Petaling Jaya Selatan sebelum pembetulan sempadan itu dibuat.

Apabila peta pilihan raya dan peta rasmi itu diselaraskan dengan menggunakan sistem geografi, didapati Jalan 16/2 sebenarnya berada di bawah zon mengundi Rumah Kakitangan Universiti, di bawah kawasan Lembah Pantai.

"Beliau tidak dipindahkan. Beliau masih didaftarkan di alamat yang sama, tetapi sempadan telah diperbetulkan selaras dengan Akta Pilihan Raya 1958," kata Wan Ahmad ketika dihubungi.Kes yang sama di Hulu Selangor.

Menurut Wan Omar, pembetulan sempadan itu juga menjadi sebab 228 pengundi yang mengundi di Hulu Selangor sebelumnya, mendapati mereka menjadi pengundi di Selayang.

Jawapan paling sesuai untuk alasan SPR yang aku petik dari blog Cenangau :


Bising MB Selangor, Khalid Ibrahim bila SPR ubah tempat mengundi dia. Bukan setakat ubah UPU tapi ubah parlimen. Yang paling dia tak puas hati pasai dia langsung tak dimaklumkan oleh SPR.

Kerja SPR memandai-mandai ubah sempadan ni bukan baru. Sebelum ni kalau tak silap aku masa PRK pun dah kecoh pasai ubah sempadan ni.

Macam yang pernah aku tulis sebelum ni dalam posting bertajuk "Lagi aksi SPR 'si anjing Umno' nak menangkan Umno BN" , Dr. Mariah pun pernah timbulkan isu ni bila 1,210 pengundi dari Dun Sabak dipindahkan ke Dun Sungai Panjang, pun gunakan alasan ni. Dun Sabak tu calon Umno cuma menang 117 undi.
Masalahnya yang paling utama, apa sebenarnya tafsiran 'pembetulan sempadan pilihanraya' tu? Yang tu langsung tak pernah didetailkan sebelum ni. Kali ni SPR bagi penjelasan yang lebih nak bagi orang penin, konon nak bagi nampak akademik kut.

Kononnya pembetulan sempadan tu pasai nak bagi selaran dengan peta rasmi negara. Kalau ada yang tanya aku, akan lancang mulut aku jawap "selaras kepala hotak depa".

Tempat lain aku tak pasti, tapi kat tempat aku, sempadan antara Parlimen Parit Buntar dengan Parlimen Bagai Serai kompom celaru. Mana logik sempadan sempadan parlimen boleh belah tengah-tengah kampung, sekerat masuk belah Parit Buntar, sekerat lagi masuk belah Bagan Serai.

Kalau tengok sempadan mukim lagi la jelas nampak. Macamana boleh jadi Simpang Lima yang duduk dalam mukin Parit Buntar boleh masuk dalam parlimen Bagan Serai.

Kalau tengok sempadan antara Kuala Kurau dengan Alor Pongsu lagi la celaru. Dalam Dun Alor Pongsu ada UPU nama Kampung Pandak Putih tapi dalam Dun Kuala Kurau pulak ada satu lokaliti nama Kampung Pandak Putih, padahal Kampung Pandak Putih tu bukannya besar mana pun.

SPR tak pulak sibuk nak buat pembetulan sempadan kat sini, pasainya kalau buat pembetulan sempadan hampir pasti Umno akan kalah di Dun Alor Pongsu.

Pasai tu la aku berani kata alasan 'pembetulan sempadan' tu cuma alasan 'kepala hotak depa'. Yang betulnya SPR gunakan alasan bangang tu untuk bagi kelebihan kepada Umno BN.

ULASAN TINTA HIJAU DKB

Kenapa alasan pembetulan persempadanan SPR ini hanya berlaku di Selangor tapi tidak ditempat lain.Aku rasa SPR mempunyai agenda tersembunyi hasil camputangan tangan2 ghaib dibelakang mereka.

Kita tahu siapa di belakang SPR dan nampaknya mereka begitu bersungguh2 ingin merampas Selangor walau dengan apa cara sekalipun,kerana kita tahu Selangor merupakan lubuk emas untuk mengumpul kekayaan...

Tiada ulasan:

Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz

Terdapat ralat dalam alat ini
Bermula 31/7/2009

Pengunjung Ambo dari....