Sahabat Ambo

Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih

Penghinaan Terkini Mahathir Terhadap Hudud Dan Jawapan Pemimpin Pas

Raja Bomoh Mengaku Penyokong Umno BN


LAGI VIDEO TINTA HIJAU-DKB KLIK DI SINI

Translate

Jumaat, 16 Mac 2012

Panas !!! Rafidah Aziz Hentam Shahrizat Jalil

'Berundur? Apa berundur?' demikian kata bekas ketua Wanita Umno, Tan Sri Rafidah Aziz, menyusuli pengumuman Ketua Wanita parti itu, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil, berundur sebagai Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Ahad lalu, berikutan tercetusnya skandal Pusat Fidlot Nasional (PFN).

'Tidak timbul isu berundur atau meletakkan jawatan! Tidak ada apa-apa untuk berundur kerana secara sah beliau tidak lagi menjadi menteri pada 8 April ini...

'Jadi, sebenarnya, tiada langsung pengorbanan kerana ia hanya satu urutan peristiwa,' kata Tan Sri Rafidah, yang dipetik oleh akhbar Malay Mail, kelmarin.

Malah, mantan menteri perdagangan antarabangsa dan industri Malaysia itu berkata pengumuman Datuk Seri Shahrizat meletak jawatan kabinetnya itu pada 8 April ini langsung tidak membawa sebarang makna.

Malah, beliau berkata keputusan Datuk Seri Shahrizat mahu terus memegang jawatan Ketua Wanita Umno akan terus menimbulkan masalah kepada parti itu, menjelang satu pilihan raya umum yang dijangka diadakan dalam beberapa bulan lagi.

Isnin lalu, beberapa pemimpin BN, termasuk Timbalan Perdana Menteri dan Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin, memuji langkah Datuk Seri Shahrizat itu dan menyifatkannya sebagai satu 'pengorbanan besar'.

4 ulasan:

kampong lad berkata...

yang berkokok tu pun, tak dak masalah ka spt kata mami jelutong. ini kes sour grape. memang orang kampong dah tau, lesen dia tamat tempoh.

Tanpa Nama berkata...

Tak perlulah kata ... sour grapes ... bila tanya lawan beginilah jawapannya kan ?

Kenapa Tinta Hijau yg anti BN post berita dari bekas Menteri BN ?

Siapa yg anggur masam ?

kluangman berkata...

refanggur masam tapi kalau menguntungkan pembangkang, pecacainya sanggup siarkan..

Tanpa Nama berkata...

kalau shahrizat cakap dia sanggup letak jawatan, tok guru bila lagi. dah boring lah tengok muka tok guru. takkan nak pegang jawatan sampai mati kot

Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz

Terdapat ralat dalam alat ini
Bermula 31/7/2009

Pengunjung Ambo dari....