
Beliau menyatakan kesediaan itu dalam surat terbukanya. kepada Ketua
Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar yang salinannya dihantar kepada
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini, lapor
Malaysiakini.
Menurutnya, terdapat cukup justifikasi untuk menubuhkan tribunal
tersebut, sambil menambah bahawa Najib boleh dikaitkan dengan salahlaku
jenayah, jika terus menyembunyikan bukti salah laku jenayah orang lain.Bukti yang dirujuk Mat Zain ialah mengenai tingkahlaku Musa dan Gani dalam insiden ‘mata lebam’ Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Musa adalah pegawai penyiasat dalam kes Fitnah 1998 dan Gani
mengetuai pendakwaan. Mat Zain pula merupakan pegawai penyiasat insiden
mata lebam itu.Mat Zain, bekas Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, adalah
bekas pegawai kanan polis kedua yang menggesa ditubuhkan tribunal untuk
menyiasat Gani dan Musa.Keadilandaily
Tiada ulasan:
Catat Ulasan