Sahabat Ambo

Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih

Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas

Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud


LAGI VIDEO TINTA HIJAU-DKB KLIK DI SINI

Translate

Isnin, 18 Ogos 2014

Video Sidang Media TG Nik Aziz Dan TG Hj Hadi


KOTA BHARU: Presiden PAS menjelaskan Majlis Syura sebelum ini menyokong Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim memandangkan ketika Menteri Besar Selangor masih lagi sebagai ahli PKR.“Maka masalah itu sekarang tidak timbul lagi,” kata Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang.

Ditanya tuduhan penyelewengan terhadap Khalid belum lagi dapat dibuktikan kata beliau itu adalah perkara lain.

Jawatankuasa PAS Pusat semalam memutuskan PAS menyokong Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai calon Menteri Besar Selangor menggantikan Khalid.

Selain itu mesyuarat itu juga menamakan Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali mengisi jawatan tersebut.

Bercakap pada sidang media bersama Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat di Kota Darulnaim hari ini katanya, ketika keputusan Majlis Syura menyokong Khalid masih lagi sebagai ahli PKR, namun sekarang tidak lagi.

“Malah Khalid dilaporkan menghargai keputusan dibuat PAS semalam,” ujarnya.Ditanya apa nasihat PAS kepada Khalid, katanya beliau hanya menyatakan pandangannya apabila dapat berjumpa dengan Menteri Besar nanti dan bukan kenyataan melalui media.

Mengenai cadangan Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat hanya mencadang nama Wan Azizah sebagai Menteri Besar Selangor kata Presiden PAS, Majlis Presiden Pakatan menghargai pencalonan dibuat PAS menggantikan Khalid.

“Majlis Pimpinan mengambil maklum Datuk Seri Dr Wan Azizah dan Azmin Ali diputuskan sebagai cadangan mengisi jawatan menteri besar.

“Sebaliknya Azmin menghormati keputusan partinya, ini maknanya kita serah kepada Sultan untuk putuskan dengan satu nama nama yang diangkat,” ujarnya.

Oleh itu kata beliau tidak ada percanggahan dengan keputusan sebelum ini, dan terpulang kepada Sultan menamakan sesiapa sahaja termasuk Wan Azizah.

Tuan Guru Abdul Hadi juga berkata, Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat turut menghargai pendirian PAS kekal bersama Pakatan Rakyat dan keperluan menggantikan Khalid sebagai Menteri Besar Selangor.

Ditanya kemungkinan Khalid membubarkan Dun, katanya itu terpulang kepada rakyat kerana kuasa membubar Dun hak sultan.

“Kita tidak boleh campur tangan. Kalau tuanku bubar maka kita terima realiti. Namun kita harap tidak berlaku begitu,” katanya.

Presiden PAS juga menolak persepsi nepotisme berlaku bagi mengisi jawatan Meneri Besar Selangor.

Manakala, Tuan Guru Nik Abdul Aziz menolak dakwaan PAS sering berubah pendirian. Ini kerana kata beliau perubahan itu berlaku ketika sebelum ada keputusan Jawatankuasa PAS Pusat.

“Dan apabila ada keputusan ia tidak lagi berubah kerana telah dibuat (Jawatankuasa PAS Pusat) dengan bilangan yang ramai,” katanya.

Beliau juga menyokong penuh keputusan dibuah Jawatnkuasa PAS Pusat untuk PAS kekal dalam Pakatan Rakyat.

Menurutnya kekal dalam Pakatan adalah perkara paling penting sebagai seorang beragama Islam kerana agama menyuruh supaya berpakat.

“Islam agama tauhid. Tauhid bermakna bersatu dan semasa Rasulullah saw hidup penyatuan dibuat dengan pelbagai bangsa dan agama yang kita panggil tahaluf siyasi.

“Syukur kepada Allah Taala dengan keputusan dibuat semalam kekal dengan Pakatan. Saya sokong keputusan dibuat jawatankuasa PAS Pusat, siapa jadi menteri besar itu soal lain,” tambahnya. - Kredit kepada HARAKAHDAILY


1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Bila Kena Kat MataHidung sendiri Blogger PAS kata Dr Zuhdi dah kena pecat??

Tanpa Dr Zuhdi Hancur Lebur lah PAS dibuli oleh DAP & PKR...

Luu Pikir lah sendiri

Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz

Bermula 31/7/2009

Pengunjung Ambo dari....