Sahabat Ambo

Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih

Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas

Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud


LAGI VIDEO TINTA HIJAU-DKB KLIK DI SINI

Translate

Selasa, 19 Ogos 2014

Krisis MB Selangor dedah siapa Pas sebenarnya


WALAUPUN Pakatan Rakyat (PR) hampir berpecah di Selangor, tapi Umno Selangor masih tidak dapat mengambil kesempatan. Ini tidak lain, tidak bukan kerana Umno terlalu lemah di Selangor.

Yang menarik ialah kata-kata Tan Sri Muhyiddin Yassin yang krisis MB Selangor boleh menjadi pengajaran kepada BN sejurus pendirian Pas diketahui semalam.

Meskipun diapi-api Utusan sejak seminggu yang lepas, Pas dan presidennya Abdul Hadi Awang membuat pendirian memberikan pilihan kepada PR dan Sultan Selangor untuk memilih antara Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan timbalannya Azmin Ali sebagai calon yang sesuai untuk menggantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar Selangor.

Pendirian bijak itu tersebut mengejutkan lawan Pas iaitu Umno, dan juga mengkagumkan rakannya DAP dan PKR.

Dakwaaan Pas menolak Dr Wan Azizah kerana beliau seorang wanita seperti yang didakwa pelbagai pihak termasuk PKR terbukti fitnah semata-mata dengan pendirian Pas semalam.Dakwaan bahawa Pas berniat bekerjasama dengan Umno juga jauh meleset.Geng yang menuduh Pas tidak pandai berpolitik dan tidak tahu bertahaluf juga tak benar.

Meskipun dihentam kiri kanan oleh rakan-rakan di Pakatan kerana hanya ingin bermesyuarat pada 17 Ogos, Pas tetap dengan komitmen bersama PR.

Pas tidak bersikap seperti pihak-pihak lain yang suka “force the issue” (memaksa sesuatu isu) apabila ada perbezaan pendapat.

Kerana ingin mencapai konsensus atas terma sendiri, mereka suka menggunakan frasa-frasa seperti “24 jam yang kritikal”, “peluang terakhir”, “tindakan segera” dan “buktikan sekarang” untuk memaksa rakan-rakan untuk membuat keputusan. Tindakan-tindakan sedemikian langsung tidak membantu dalam menguatkan talian persahabatan.

Ada pula yang suka “buat dulu”, lepas itu maklum. Mereka tidak berminat bertanya sama ada rakan lain suka makan nasi mahupun bubur, yang mereka nak sampaikan ialah “dah jadi bubur, kau telanlah sahaja.” Mereka bukan sahaja bersikap begitu pada rakan, malah pada pihak istana.

Terdapat juga golongan yang amat gopoh sehingga sanggup melangkau ke hadapan dahulu dalam keputusan mereka tanpa memikirkan perasaan dan perkiraan pemimpin sendiri. Ini menunjukkan mereka sudah kurang berkeyakinan atau termakan fitnah bahawa parti mereka sendiri tidak berupaya menyelesaikan kemelut ini dengan baik.

Pas menjaga perasaan semua pihak – rakan-rakannya dan juga pihak istana. Pas pastikan hati Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak terguris dengan memastikan nama Dr Wan Azizah adalah antara calon yang disokong Pas, meskipun istana menolak permintaan pertama beliau untuk mengadap.

Pas menjaga hati istana dengan membiarkan lebih satu pilihan untuk dipilih menggantikan Khalid. Pas tidak mahu istana terasa Pakatan ada sikap “forcing the issue” – di mana kena mati-mati terima calon yang dicadang Pakatan. Bagi Pas, istana ialah satu institusi yang perlu dihormati dalam kerangka demokrasi negara.

Akan tetapi, selepas mesyuarat di sebuah hotel di Subang Jaya semalam, PR tetap memutuskan untuk menghantar nama Dr Wan Azizah seorang sahaja untuk diperkenan istana. Jika istana menolak, Pas bolehlah bagi tahu nanti – “I have told you so.” Kalau terjadi pembubaran Dun pada masa itu, ingatlah ia bukan salah Pas lagi.

Pengerusi Umno Selangor Noh Omar menyifatkan apa yang berlaku di Selangor sebagai ‘luar tabie’. Bahasa melambangkan watak, jadi penulis tidak perlu mengulas lanjut mengenai perwatakan beliau.

Tapi Noh Omar sedar tak, yang lebih luar biasa di Selangor ialah ketidakmampuan Umno Selangor untuk melakukan apa-apa untuk mengocak situasi dan mengambil kesempatan politik yang begitu meruncing di antara parti-parti komponen PR.

Dengan berbekalkan 12 kerusi Dun, yang Umno boleh buat hanyalah bermain batu api. Tapi itu pun tidak menjadi, apabila exco Selangor daripada Pas Sallehin Mukhyi membuat pendirian tegas akan keluar daripada kerajaan Khalid jika ada Adun Umno yang dilantik menjadi exco.

Kenyataan Sallehin adalah satu langkah cermat menutup segala lubang untuk Umno melakukan sabotaj. Ia adalah langkah “checkmate” kepada Umno Selangor, cuma rakan-rakan Pakatan tidak faham kerana dibutai oleh kemarahan kepada Khalid yang baru memecat exco-exco daripada DAP dan PKR.

Perkara yang paling besar untuk disedari Umno-BN di dalam episod di Selangor ini ialah jangan pandang lemah pada kredibiliti dan komitmen Pas, dan jangan lagi cuba menangguk di air keruh setiap kali berlaku perbezaan pendapat di kalangan pemimpin Pas.

Barangkali itulah pengajaran yang dimaksudkan oleh Muhyiddin – bagaimana tertekan sekalipun, jangan harap Pas mengkhianati sahabat mereka. Sejarah membuktikannya. Dan pada 17 Ogos 2014, Pas membuktikannya sekali lagi.Sumber

9 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

semoga PAS bersedia menghadapi gelombang kemarahan rakyat selangor.

Tanpa Nama berkata...

11.20pm ,tanpa nama: hai sedara, byk dh ker sedara buat kajian sampai ada gelombang...mlainkn sedara ni umno yg sentiasa jd batu api...heran...mgkin org2 mcm sedara ni jnis suka jd batu api sampai ke mati...baru2 ni ramai yg post komentar bg amaran pd pas...sikap pas yg duk skg khalid akn mndpt penghukuman seteruknya dr rakyat krna rakyat melihat pas mcm pgkhianat pakatan...hari ni sedara berkata sebaliknya...yg pasti saya x mgkin sekali lg akn beri undi pd umno dlm pru mndtg...dr undi umno baik undi kambing leeerrr...sbb umno suka tkr harga undi rakyat dgn bg wang yg nilainya jauh lbh murah dr nilai kambing sekor...undi saya tetap utk pas agar kuasa politik pas akn mengatasi mana2 parti politik yg tnding d negeri saya...sedara jgn kiciwa yerrr...dah bertahun2 yb2 umno yg bersilih ganti asyik kayakn diri sndiri...yg pasti rakyat selangor sudah semakin sebati dlm diri bencikn umno...

megat panjialam berkata...

Hey blogger kopi tampal, korang punya masalah alih2 nak sebut UMNO apa kes? apa kena mengena dgn UMNO? memang umno tak akan buat apa? kenapa sebaik khalid dipecat, pas ambil pendirian sokong khalid. Tiba2 dlm mesyuarat, drpd 37 org, hanya 10 yg sokong TGHH. Apa kes? ada buat kajian ke sebelum kopi tampal. Jadilah manusis yg cerdik sikit.

Tanpa Nama berkata...

..saperti biasa x da pengajaran/peringatan oleh pas.x da tanda kesalan melain kan meneruskan sikap riak -kehebatan bersiasah dgn bergelumang atas nama parti islam.
entah dimana letak boleh kepercayaan kepd pas.entah banyak fasal leh diguna pakai buat alasan.etah juta2 semacam janji2 selamba di padam.entah emtah he he ..pas ialah 'bubur cacamerba'
ada aq kesah?

Tanpa Nama berkata...

Presiden PAS yg Flip Plop buat ramai yg marah.Nampak bodoh sangat Presiden kamu tu!

mohd shahran berkata...

MOral of The Story: Presiden ke Majlis Syura ke Pemimpin Tertinggi ke Jangan keluar kenyataan sebelum Mesyuarat Tertinggi. Otak Hangpa dan Penasihat Hangpa bukan betul sangat.. Sapa Yang MAlu?.. Diri Sendiri yang malu

Tanpa Nama berkata...

Parti Pas berjuang atas landasan Al-Quran dan Hadis. Presiden dan Majlis Syuara mesti mengemukan alasan menyokong Khalid dengan merujuk kepada Al Quran dan Hadis bukan SPRM. Sekiranya mereka mampu mengemukan nas yang sohih sudah tentu AJK Pas Pusat terima. The moral of the story. Jangan buat keputusan tanpa merujuk kepada Al Quran dan Hadis.

Tanpa Nama berkata...

..msu tu ape ya? tak kan tak rujuk quran n hadith n sikap berhemah tuntutan ajaran islam.beh nak buat camna?
klu segelintir jamaah yg licik mempermainkannya siapa la aq hu hu katakan msu tu 'ahli lawak' akhir zaman!

shambauer berkata...

memang setiap dari kita ada pendapat..dan apabila pendapat dicabar, kita akan terasa..apatah lagi dicabar atau dibalas dengan kata-kata yang pedih..sama-sama kita membina bahasa yang indah

Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz

Terdapat ralat dalam alat ini
Bermula 31/7/2009

Pengunjung Ambo dari....