Sahabat Ambo

Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih

Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas

Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud


LAGI VIDEO TINTA HIJAU-DKB KLIK DI SINI

Translate

Isnin, 18 Ogos 2014

MB Selangor : Kenyataan Tok Guru Nik Aziz

Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang memberi penjelasan kepada Musyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkenaan keputusan Pas semalam

KOTA BHARU - Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menerima keputusan yang dibuat oleh Jawatankuasa Pas Pusat yang mencalonkan Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan Mohamed Azmin Ali sebagai calon Menteri Besar Selangor.

Keputusan dibuat setelah beliau mengadakan pertemuan dengan Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Setiausaha Agung Pas, Datuk  Mustapa Ali di sini, hari ini."Saya sudah diberi penjelasan, apa yang penting Pakatan Rakyat kekal," katanya kepada pemberita.

Tuan Guru Nik Abdul Aziz juga menolak dakwaan PAS sering berubah pendirian. Ini kerana kata beliau perubahan itu berlaku ketika sebelum ada keputusan Jawatankuasa PAS Pusat.

“Dan apabila ada keputusan ia tidak lagi berubah kerana telah dibuat (Jawatankuasa PAS Pusat) dengan bilangan yang ramai,” katanya.

Beliau juga menyokong penuh keputusan dibuah Jawatnkuasa PAS Pusat untuk PAS kekal dalam Pakatan Rakyat.Menurutnya kekal dalam Pakatan adalah perkara paling penting sebagai seorang beragama Islam kerana agama menyuruh supaya berpakat.

“Islam agama tauhid. Tauhid bermakna bersatu dan semasa Rasulullah saw hidup penyatuan dibuat dengan pelbagai bangsa dan agama yang kita panggil tahaluf siyasi.

“Syukur kepada Allah Taala dengan keputusan dibuat semalam kekal dengan Pakatan. Saya sokong keputusan dibuat jawatankuasa PAS Pusat, siapa jadi menteri besar itu soal lain,” tambahnya.

Sumber : Harakahdaily & Sinar Harian 

5 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Minta maaf bro! Ikut undang2 Tubuh, DYMM perlu diberi pilihan dulu untuk bubarkan DUN atau tidak, jika tidak barulah TSKI dikehendaki meletakkan jawatannya. Tuanku titah dah tunggu hingga dia balik pada 27 Ogos. TSKI kenalah tunggu dulu. Yang lain tunggulah juga. Bukan begitu? Sementara tu duduk diam2 dan jangan meroyan. Jika Pakatan ada majoriti, tunggulah sessi DUN bulan November untuk undi tidak percaya.

Unknown berkata...

Dengan Nama Allah SWT
Di mana letaknya kekuatan Laksamana PAS
1) Di wakil ahli MSU kah?
2) Di wakil ahli DUPP kah?
3) Di wakil ahli DPPP kah? atau
4) Di wakil ahli DMPP kah?
( Rakyat dan ahli PAS terutama rakyat dan ahli PAS Selangor pun menanti dengan hikmah dan taat tanpa bersuara . Bila Ogos 17, 2014 selepas meeting berjam jam ( entah apa yang di meetingkan )keluarlah minit meeting dengan hanya tambah seorang penama ( itupun nama yang nak di calonkan adalah bekas atau Ex ahli Umno )Yb Azmin di calonkan oleh selain DS Dr WAn Azizah untuk ganti TSKI sebagai MB Selangoer yang baru?
Namun dengar desas desus YB Azmin tolak cadangan PAS untuk di calonkan sebagai MB Selangor ???
Maknanya PAS meeting berjam jam at last minit meeting MASUK TONG SAMPAH kerana PKR & DAP tetap calonkan hanya DS Dr WAn Azizah. Jadi dimanakah letak kekuatan Laksamana PAS ????

Tanpa Nama berkata...

Abah ekau nk tangguh....ko ingat nenek ko punya negeri

Tanpa Nama berkata...

kekuatan Pas sekarang ni adalah mendaulatkan segala arahan anwar .

perjuangan asal Pas dah pupus !

nenek x-umno berkata...

hehe macai umno spt cacing kepanasan,tambah pula umno sngor bakal pupus talian hayat projek mereka utk sara anak bini terjejas krn tdk bergantung pd khalid lg.

apakata umno calonkan mb mereka,mana tau sultan perkenan....undang2 yg mereka cipta boleh diubah ikut selera rosmah kikiki

Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz

Bermula 31/7/2009

Pengunjung Ambo dari....