Sahabat Ambo

Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih

Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas

Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud


LAGI VIDEO TINTA HIJAU-DKB KLIK DI SINI

Translate

Sabtu, 9 Ogos 2014

Terkini : Ulasan TS Khalid Selepas Dipecat Dari PKR

 Untuk besarkan KLIK IMEJ

SHAH ALAM - Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menerima keputusan pemecatan keahliannya dari PKR seperti yang diumumkan sebentar tadi.

“Saya terima keputusan oleh PKR untuk membatalkan keahlian saya dalam parti walaupun keputusan adalah salah dan cacat dari segi undang-undang.

“Seperti yang saya nyatakan menerusi maklum balas terhadap surat tunjuk sebab, PKR sendiri keliru dengan maklumat lanjut mengenai tuduhan terhadap saya.

“PKR telah gagal menjelaskan secara khusus artikel mana dalam perlembagaan parti yang telah saya cabuli,” katanya yang dipetik dari laman mikro Twitternya, sebentar tadi.

Petang tadi, Pengerusi Lembaga Disiplin PKR Datuk Dr Tan Kee Kwong mengumumkan pemecatan Abdul Khalid daripada PKR yang berkuat kuasa serta-merta.

Menurutnya, Mesyuarat Majlis Pimpinan Pusat (MPP) PKR membuat keputusan itu berdasarkan tindakan Abdul Khalid mengingkari arahan parti untuk meletakkan jawatan bagi memberi laluan kepada Presiden PKR, Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail untuk menjadi Menteri Besar Selangor yang baharu.

Selain itu, kata Tee Kwong lagi, Abdul Khalid juga telah ingkar beberapa keputusan yang dibuat Majlis Presiden PR.

Sementara itu, Abdul Khalid menambah, beliau akan menghadap Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah untuk memaklumkan kepada baginda perkembangan terbaharu ini dan untuk mendengar pandangan baginda.

“Sehingga isu ini diselesaikan mengikut peruntukan undang-undang, saya akan meneruskan khidmat terbaik kepada rakyat sebagai Menteri Besar.

“Saya mengucapkan terima kasih kepada semua yang menyokong saya dalam menempuh masa-masa yang sukar ini,” katanya lagi.SH

3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Waktu anwr disingkir dr umno dulu dikata zalim....now turn dia demokrasi plak...upside down dunia...

Tanpa Nama berkata...


PKR @ PARTI KONGKEK RAKYAAT yang bodoh, bisu dan pekak.

yang tak ada jawatan dan kuasa boleh kongkek semua sesuka hati. sampai jawatan sah pon hendak dia rogol///releven perangai tingkahlaku semacam yahudi israel bantai umat muslim digaza hari ini. selagi babi jadian berkuasa agong dalam pkr tak mampos, makin bercelarulah pengikut dan negeri yg ditakbir.

Tanpa Nama berkata...

kami penyokong anwar dlm pas dan pkr menyokong ketum pkr.kami bodoh je,kami taat pada anwar mebabi buta

Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz

Terdapat ralat dalam alat ini
Bermula 31/7/2009

Pengunjung Ambo dari....