Sahabat Ambo

Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih

Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas

Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud


LAGI VIDEO TINTA HIJAU-DKB KLIK DI SINI

Translate

Sabtu, 9 Ogos 2014

PKR Pecat TS Khalid Ibrahim

 Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim

PKR hari ini memecat Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim kerana enggan mematuhi keputusan parti agar memberi laluan kepada Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail untuk menggantikannya sebagai menteri besar Selangor, menimbulkan persoalan sama ada masih wujud kerajaan Pakatan Rakyat (PR) di Selangor.

Majlis Pimpinan Pusat (MPP) PKR yang bermesyuarat jam 3 petang tadi memutuskan isu itu. Khalid tidak hadir memandangkan beliau bukan ahli badan pembuat keputusan tertinggi itu, tetapi terdahulu beliau cuba melalui peguamnya menghalang MPP daripada membincangkan kedudukannya.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pelabuhan Klang dan ahli Parlimen Bandar Tun Razak itu menghantar surat tuntutan supaya PKR tidak membincangkan kedudukannya sebagai menteri besar Selangor sehingga beliau diberi kesempatan mempertahankan dirinya di hadapan Lembaga Disiplin parti.

Pemecatannya bermakna PKR dan PR hilang satu kerusi di DUN dan Parlimen.DAP dijadualkan bermesyuarat esok sementara PAS dijangka mengadakan pertemuan pada 17 Ogos untuk membincangkan penyingkiran MB Selangor itu tetapi dengan perkembangan terbaru, perjumpaan itu mungkin tidak lagi relevan.

Pengerusi Lembaga Disiplin PKR Datuk Dr Tan Kee Kwong berkata Khalid ingkar keputusan MPP yang sepakat bersetuju pada 21 Julai melantik Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai menteri besar Selangor.

"Beliau buat kenyataan pada 22 Julai tidak akan meletakkan jawatan dan hingga hari ini beliau masih belum meletak jawatan," Dr Tan memberitahu sidang akhbar hari ini."Atas alasan ini, Lembaga Disiplin berpandangan beliau mesti dipecat," katanya.

Dr Tan berkata meskipun parti sudah mengumumkan pemecatan namun Khalid masih mempunyai peluang untuk membuat rayuan."Dalam PKR apabila seseorang itu dipecat mereka mempunyai tempoh rayuan 14 hari daripada pengumuman dan jawatankuasa khas dibentuk bagi rayuan itu," katanya.

Khalid berdepan tekanan daripada partinya sendiri dan DAP supaya meletakkan jawatan sebagai menteri besar Selangor.Namun, Khalid menerima sokongan daripada PAS, termasuk presidennya Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Beliau juga membelakangi hasrat PKR dan bertegas untuk kekal sebagai menteri besar hingga tamat penggalnya.PR kini hanya mempunyai 43 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN). PAS dan DAP masing-masing mempunyai 15 kerusi DUN manakala PKR kini tinggal 13 kerusi selepas pemecatan Khalid. Barisan Nasional (BN) mempunyai 12 kerusi DUN.TMI

Tiada ulasan:

Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz

Terdapat ralat dalam alat ini
Bermula 31/7/2009

Pengunjung Ambo dari....