Sahabat Ambo

Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih

Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas

Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud


LAGI VIDEO TINTA HIJAU-DKB KLIK DI SINI

Translate

Ahad, 10 Ogos 2014

Terkini : Tok Guru Nik Aziz Mengulas Pemecatan TS Khalid

 Gambar fail

KOTA BAHARU: Pemecatan Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR) tidak ada kaitan dengan PAS, kata Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

"Itu dia (PKR) punya pasal, saya tidak boleh ganggu," katanya ketika diminta mengulas pemecatan Abdul Khalid daripada parti itu hari ini.

"PKR boleh buang orangnya, kita tidak campur," katanya lagi kepada pemberita ketika ditemui di kediamannya di sini malam ini.

Nik Abdul Aziz juga berkata Majlis Syura Ulama PAS tidak berganjak dengan keputusannya untuk mengekalkan Abdul Khalid sebagai Menteri Besar Selangor.

"Tidak terima (keputusan Majlis Syura Ulama PAS) itu dia punya pasal," katanya ketika ditanya mengenai kenyataan Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim bahawa keputusan Majlis Syura Ulama PAS untuk mengekalkan Abdul Khalid sebagai Menteri Besar (MB) Selangor tidak mempengaruhi PKR dalam isu itu.

Sementara itu di SHAH ALAM, Pesuruhjaya PAS Selangor Iskandar Abdul Samad berkata tindakan Majlis Pimpinan Pusat (MPP) PKR memecat Abdul Khalid daripada parti itu berkuat kuasa serta-merta sudah dijangka.

Katanya, beliau kini hanya menunggu arahan daripada parti mengenai tindakan selanjutnya.

"Saya telah menjangka Abdul Khalid akan dipecat apabila PAS Pusat menangguhkan tarikh mesyuarat mereka. Saya sekarang hanya menunggu arahan dari parti saya," katanya ringkas ketika dihubungi Bernama.

Ketika mengumumkan keputusan MPP itu, Pengerusi Lembaga Disiplin PKR Datuk Dr Tan Kee Kwong berkata keputusan sebulat suara MPP itu dibuat berdasarkan tindakan Abdul Khalid mengingkari arahan parti untuk meletakkan jawatan bagi memberi laluan kepada Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail untuk menjadi Menteri Besar Selangor yang baharu.

Tan berkata selain itu, Abdul Khalid yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pelabuhan Klang juga telah ingkar beberapa keputusan yang dibuat Majlis Presiden Pakatan Rakyat, termasuklah menangguhkan proses dan perbincangan projek Langat 2 serta kenaikan elaun Speaker Dewan Undangan Negeri, Menteri Besar, Exco dan ADUN Selangor.

Sementara itu, Naib Pengerusi DAP Selangor Datuk Teng Chang Khim ketika dihubungi bagaimanapun enggan memberi sebarang komen.

3 ulasan:

cucu mamak kutty berkata...

sape le aku ni dlm pas cuma takat ahli biasa je tapi aku jadi ahli pas dah 31thn tapi aku jadi penyokong pada thn 1969 lagi,sekarang ni yg aku n ampak pkr ada krisis tapi tapi mereka bertambah kuat setelah pemecatan khalid ibrahim,yg aku rasa yg akan bertonggang langgang ia lah pas.....kita tum ggu dan lihat je le dulu...betul atau tidak tu cuma jangkaan aku je...ALLAH SWT je yg lebih tahu....sebab pulut santan bionasa,sebab m ulut badan binasa....pil kuda,sosialis,komunis,karl marx dan mcm2 lagi isu nya.....

Tanpa Nama berkata...

berapa banyak fasal daa..xda pon pas kesah! yg tersohor perpaduan/persaudaraan sesama islam di msia ni pon tolak tepi. apa2pon perancangan dari tuham terlebih2 baik klu nak kesah kerja buat pkr tu..

Tanpa Nama berkata...

PAS boleh diketgerikan sebuah party yang berpengelaman dengan asam garam kalah dalam setiap PRU kecualai di Negeri yang banyak melayu Islam bagi bagi Negeri yang banyak melayu tapi separuh Islam boleh dikatakan PAS hanya sebuah party yang berumur tapi tak tahu berfikir yang mana baik untuk bercakap atau tidak maka inilah yang berlaku sekarang,jadi jika PA s buat keputusan meninggalkan PR jawabnya mudah PAS hanya akan boleh berkuasa diNegeri seperti yang dinyatakan diatas saja.

Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz

Terdapat ralat dalam alat ini
Bermula 31/7/2009

Pengunjung Ambo dari....