Sahabat Ambo

Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih

Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas

Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud


LAGI VIDEO TINTA HIJAU-DKB KLIK DI SINI

Translate

Selasa, 19 Ogos 2014

Mahathir 'pukul' Najib tapi sindir MT Umno

KUALA LUMPUR: Kritikan terbuka Mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad sebenarnya bukan sahaja kepada pentadbiran Datuk Seri Najib Razak, tetapi juga Majlis Tertinggi (MT) Umno secara keseluruhan.

Setiausaha Umno Bandar Tun Razak Zaharin Mohd Yasin, berkata seluruh MT Umno sewajarnya memahami bahawa kritikan tersebut sebenarnya ditujukan kepada mereka selaku pemutus dasar parti.

Ini kerana katanya, amalan dan dasar yang dipakai adalah 'parti menguasai kerajaan' dan MT Umno adalah badan penasihat kepada Najib.

"Dr Mahathir tak nak cakap (terus terang) sahaja sebenarnya. Kalau ikutkan, dia nak cakap suruh MT Umno berhenti sahaja lah.

"MT tidak berfungsi. Najib tak pernah ditegur oleh MT. Ramai orang berkepentingan di dalamnya dan takut untuk menegur Najib," kata beliau kepada Harakahdaily.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas teguran Mahathir terhadap Najib melalui blognya semalam.

Dalam tulisan itu Mahathir menyatakan beliau terpaksa menarik balik sokongan dan mengkritik kerajaan Najib kerana prestasinya lebih buruk daripada penggantinya Tun Abdullah Ahmad Badawi.

Beliau juga berkata, terpaksa terus menegur Najib kerana tidak ada pemimpin yang berani menegur Perdana Menteri itu.

"Sesungguhnya banyaklah dasar, pendekatan dan perbuatan Kerajaan pimpinan Datuk Seri Najib yang merosakkan hubungan antara kaum, merosakkan ekonomi dan kewangan negara. Semua ini disebabkan penyokong Kerajaan tidak pernah menegur pemimpin.

"Jikalau tiada siapa yang sanggup menegur, biarlah saya menegur. Saya pernah dipecat oleh Tunku Abdul Rahman, dipulau oleh Datuk Seri Abdullah dan difitnah oleh ramai. Jika kerana menegur saya akan didera, terpaksalah saya terima," kata beliau dalam blognya chedet.cc.

Feudal dalam Umno

Mengulas lanjut, Zaharin yang pernah dipecat keahlian dua kali dari Umno berkata, budaya feudal masih kuat dalam Umno dan ianya menjadi faktor mengapa orang bawah takut untuk menegur pemimpin atasan.

"Ini budaya dalam Umno, tak boleh lawan bos. Kalau tegur, kena tulah jadi derhaka, tak dapat projek."Ini mentaliti feudal bersubsidi yang bukan sahaja sebati malah sudah berdaki dalam Umno"Saya berusaha untuk buang tapi tidak berjaya. Dua kali saya buat (tegur), hasilnya saya dipecat," katanya.

Beliau pernah dipecat pada 1996 ketika zaman Mahathir yang kemudian diterima semula pada 1998.

Ketika Zaman Tun Abdullah Ahmad Badawi, beliau sekali lagi dipecat pada tahun 2006 dan kemudian diterima semula pada 2009 selepas Najib menjadi Presiden Umno.

Beliau juga aktif menulis isu politik tanah air, dan mengkritik pedas dasar kerajaan di blog beliau zaharinmy.blogspot.com dengan nama pena 'Sang Kelembai'.

3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Setelah tiada esok bagi mu baru berani bersuara ka agaknya kalau diterima kembali dengan diberi kontrak bersyarat kebarangkalian akan jadilah sepertimana ahli dan pengikut yang dikatakan fuedel itulah pengikut dan ahli UMNO .

mohammad azren fooldog PH yg bahalol berkata...



Nah, klik disini dan lihatlah perancangan DAJJAL LAKNATULLAH untuk rakyat Malaysia demi sekelumit kuasa yang tidak kekal abadi.

Jahanamlah sesiapa yang sanggup bersekongkol dengan DAJJAL LAKNATULLAH tu.


AhliTransferjanin berkata...

Assalamualaikum wr,wb…
Saya TKI DI BRUNEI.
Demi ALLAH saya benar-benar yakin dan percaya angka goib AKI DARMO telah saya buktikan juga kemarin saya dapat,awalnya saya ragu tapi saya mencoba menhubungin lagi dan meminta angka juga dan aki bisah membantu dalam 5 kali putarang tembus dan aki bisah menjual tuyul anda berminat silah kan hubunggi aki darmo di nomor 082-310-142-255- dan angka 22D 3D 4D 5D 6D-

Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz

Bermula 31/7/2009

Pengunjung Ambo dari....