Sahabat Ambo

Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih

Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas

Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud


LAGI VIDEO TINTA HIJAU-DKB KLIK DI SINI

Translate

Selasa, 11 Mac 2014

Video & Gambar : MB Kelantan Ziarah Keluarga Pembantu Juruterbang Pesawat MH370





SHAH ALAM: Menteri Besar Kelantan, Ustaz Datuk Ahmad Yakob dan isteri mengunjungi keluarga Fariq Abdul Hamid, pembantu juruterbang pesawat MAS MH370 yang masih belum ditemui.

Kunjungan ke kediaman mereka di Seksyen 7 di sini turut disertai Timbalan Menteri Besar, Datuk Mohamad Amar Nik Abdullah serta beberapa Adun Kelantan yang lain.

Kunjungan mereka disambut bapa Fariq, Abdul Hamid Mohd Daud dan ibu beliau serta beberapa ahli keluarga yang lain.

Dalam pertemuan kira-kira setengah jam itu, menteri besar turut melahirkan rasa simpati Kerajaan Kelantan kepada keluarga atas apa yang berlaku.

Beliau juga turut menyampaikan sedikit sumbangan kepada pihak keluarga serta menasihatkan agar bersabar dengan ujian yang menimpa ini.

"Beliau adalah anak buah saya sebagai rakyat Kelantan. Kita datang untuk zahir rasa simpati dan mengajak masyarakat supaya mendoakan insiden ini berakhir dengan baik," kata beliau kepada Harakahdaily ketika ditemui selepas pertemuan itu.

Sementara itu, Abdul Hamid berkata hati keci beliau merasakan anaknya itu masih hidup."Jauh di sudut hati kecil saya merasakan beliau (Fariq) masih ada," ujarnya,

Bagaimanapun beliau pasrah dengan apa juga ketentuan Allah namun berdoa semoga anaknya dan semua penumpang termasuk kru pesawat MH370 selamat.

"Kami sudah bersedia dengan sebarang kemungkinan dengan beg pakaian dan pasport jika diminta untuk ke lokasi," jelasnya.

Beliau juga turut berharap agar pihak media khususnya, menghormati privasi keluarga yang sedang berdepan ujian sukar ini.

Fariq, 27, merupakan Pembantu Juruterbang Pesawat MAS MH370 ke Beijing yang terputus hubungan dengan Pusat Kawalan Trafik Udara Subang kira-kira pukul 2.40 pagi, 8 Mac lalu.

Sehingga kini, pesawat tersebut masih belum ditemui dan usaha mencari sedang giat dijalankan pihak berkuasa Malaysia dengan dibantu beberapa negara lain.

Penerbangan yang membawa 239 penumpang termasuk dua bayi dan 12 anak kapal itu  dikendalikan oleh Kapten Zaharie Ahmad Shah, 53.Hrkh

Tiada ulasan:

Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz

Terdapat ralat dalam alat ini
Bermula 31/7/2009

Pengunjung Ambo dari....