Sahabat Ambo

Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih

Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas

Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud


LAGI VIDEO TINTA HIJAU-DKB KLIK DI SINI

Translate

Selasa, 11 Mac 2014

Pilihanraya Kecil Parlimen Bukit Gelugor ???

KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Bukit Gelugor, Karpal Singh hari ini dijatuhi hukuman RM4,000 oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur terhadap pertuduhan mengeluarkan perkataan berbaur hasutan terhadap Sultan Perak berhubung pengguguran Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin sebagai Menteri Besar pada 2009.

Menurut Hakim Mahkamah Tinggi, Azman Abdullah, pihak pembela gagal mewujudkan keraguan munasabah ke atas kes pendakwaan.

Karpal, 73, yang juga Pengerusi DAP Kebangsaan dituduh mengeluarkan kenyataan itu di firma guamannya di Jalan Pudu Lama pada 6 Februari 2009.

Beliau didakwa mengikut Seksyen 4(1)(b) Akta Hasutan 1948 yang membawa hukuman maksimum penjara tiga tahun dan denda RM5,000 atau kedua-duanya.

Sementara itu anaknya, peguam Gobind Singh memberitahu ekoran denda itu Karpal Singh hilang kelayakan sebagai Ahli Parlimen Bukit Gelugor sementara menunggu rayuan difailkan.

Di bawah Perlembagaan Persekutuan, Karpal menghadapi risiko hilang kelayakan sebagai ahli Parlimen jika didenda lebih RM2,000 atau dipenjara melebihi tempoh setahun.

Para pemimpin Pakatan Rakyat memenuhi ruang mahkamah sementara menunggu keputusan hukuman dijatuhkan.

Timbalan Presiden dan Setiausaha Agung PAS, Mohamad Sabu dan Datuk Mustafa Ali turut hadir.Hrkh

Tiada ulasan:

Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz

Terdapat ralat dalam alat ini
Bermula 31/7/2009

Pengunjung Ambo dari....