Sahabat Ambo

Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih

Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas

Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud


LAGI VIDEO TINTA HIJAU-DKB KLIK DI SINI

Translate

Selasa, 11 Mac 2014

Gambar : Laporan Langsung Penamaan Calon PRK Kajang [ Update ]


















 Foto : MALAYSIAKINI

BANGI: Hari ini berlangsungnya penamaan calon bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Kajang yang diadakan di Kompleks Sukan Majlis Perbandaran Kajang, Seksyen 15, Bandar Baru Bangi.

Dua calon yang telah mengumumkan penyertaan awal masing-masing Presiden PKR Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail mewakili Pakatan rakyat dan Naib Presiden MCA Datin Paduka Chew Mei Fun mewakili BN.

PKR meletakkan Wan Azizah sebagai calon pengganti kepada Ketua Umum mereka Datuk Seri Anwar Ibrahim yang hilang kelayakan bertanding ekoran keputusan Mahkamah Rayuan minggu lalu yang memutuskan Anwar bersalah dalam kes Liwat II dan dikenakan hukuman lima tahun penjara.

PRK Kajang yang disebut juga sebagai 'Langkah Kajang' dalam usaha memperkukuh Pakatan Rakyat negeri Selangor, menarik perhatian banyak pihak sejak ianya dilontarkan sebulan lalu.

Kerusi DunKajang kosong selepas penyandangnya dari PKR, Lee Chin Cheh meletakan jawatan pada 27 Januari lalu.

Dalam pilihan raya umum ke-13 Mei tahun lalu, Lee menang kerusi itu dengan majoriti 6,824 undi dalam pertembungan enam penjuru dengan BN, Berjasa dan tiga calon bebas.

LAPORAN LANGSUNG   

10.15 Pegawai Pengurus PRK Kajang Datuk Hassan Nawawi Abdul Rahman mengumumkan hanya dua calon yang disahkan bertanding iaitu Wan Azizah dari PKR dan Chew Mei Fun dari BN.Tiada calon bebas dan bermakna satu lawan satu di Kajang.

10.05 am: Pegawai Pengurus PRK Kajang Datuk Hassan Nawawi Abdul Rahman mengumumkan tempoh penyerahan borang pencalonan tamat jam 10 pagi tadi.

10.05 am: Dr Siti Mariah berpendapat, PRK kajang lebih kepada merebut undi wanita. Beliau optimis pengundi wanita Kajang bersama PR.

"Di kajang, wanita-wanitanya celik maklumat. Dengan banyak janji yang tidak ditunaikan BN seperti dijanji sebelum PRU lalu, kita yakin wanita Kajang bersama PR.

"Lebih-lebih lagi dengan kenaikan harga barangan dan kos hidup yang semakin mengkat ini, sangat menekan golongan wanita khususnya suri rumah," katanya. 

10.03 am: Pegawai Pengurus PRK Kajang Datuk Hassan Nawawi Abdul Rahman mengumumkan tempoh penyerahan borang pencalonan tamat jam 10 pagi tadi. 

9.50 am: Dr Hatta ketika ditemui berkata;"Sepertinya PRK ini satu lawan satu antara PKR dan BN. Itu lebih mudah rakyat buat pilihan."PRK juga sebagai medan referendum terhadap isu-isu yang PR bangkitkan.

"Melihat kepada minat sebelum penamaan ini, saya jangka mood untuk keluar mengundi mungkin tinggi," kata Hatta.

9.45 am: Sekumpulan penyokong PKR dan DAP yang menaiki bas khas juga dilihat turun berjalan kaki dari plaza tol ke stadium. 

9.40 am: Kenderaan pemimpin DAP Tony Pua antara yang terperangkap dalam kesesakan berhampiran plaza tol Bangi.Beliau dilihat turun dari kenderaan dan dibawa menaiki motosikal ke pusat penamaan calon. 

9.35 am: Bekas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Muhammad Muhd Taib tiba di khemah Pakatan Rakyat bersama AJK PAS Pusat Dr Dzulkefley Ahmad. 

9.30 am: Akibat kesesakan teruk, pihak plaza tol Bangi menambah kaunter di bahagian laluan tunai.
Kesesakan itu juga menyebabkan pasukan trafik terpaksa berkawal di plaza tol.

9.25 am: Bulatan selepas tol Bangi menuju ke kompleks sukan ditutup separuh ekoran keksesakan. Kebanyakan penyokong meletakkan kenderaan berhampiran plaza tol dan berjalan kaki menuju ke stadium

.9.20 am: Setakat ini hanya Wan Azizah dan Mei Fun dilihat mengemukakan borang pencalonan. Belum ada mana-mana calon bebas berbuat demikian.Masa penyerahan penyerahan borang pencalonan dijangka tamat jam 10 pagi ini. 

9.15 am: Presiden PAS Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang tiba di khemah Pakatan Rakyat. Turut bersama beliau Menteri Besar Kelantan Ustaz Datuk Ahmad Yakob.

Pemimpin PAS yang turut berada di khemah itu termasuk Salahudin Ayub, Datuk Mahfuz Omar, Dr Mohd Hatta Ramli, Khalid Samad, Dr Siti Mariah, serta Dr Che Rosli.

9.10 am: Sementara itu Pimpinan Pakatan Rakyat mula mengambil tempat. Menunggu di khemah yang disediakan.

9.05 am: Wan Azizah dilihat masuk ke dewan penamaan calon. Difahamkan calon BN masuk lebih awal kira-kira jam 8.50 pagi tadi.

9.00 am: Kedua-dua belah penyokong mula memenuhi kawasan yang ditetapkan masing-masing sementara polis dan anggota FRU berkawal ditengah-tengah antara mereka.Mereka dipisahkan dalam jarak 100 meter.

Selain meletakkan kon penghadang, pihak keselamatan juga turut memasang kawat berduri sekitar kawasan perkumpulan penyokong kedua-dua belah pihak.

8.50 am: Kelihatan khemah yang disediakan untuk calon dan pemimpin BN di atas padang berhampiran dewan penamaan sudah dipenuhi oleh pemimpin utama mereka, manakala khemah yang disediakan untuk Pakatan Rakyat masih kosong.

Difahamkan, calon dan pimpinan Pakatan Rakyat akan bergerak masuk ke kawasan kompleks sukan sebentar lagi.

8.45 am: Penyokong kedua-dua parti dilihat mula tiba di kawasan kompleks sukan.Penyokong BN dilihat menggunakan pintu sebelah lebih raya untuk ke kawasan padang tempat berkumpul yang ditetapkan manakala penyokong Pakatan Rakyat masuk melalui pintu sebelah kawasan perumahan.

8.20 am: Jalan masuk ke LHDN juga ditutup dengan menggunakan kon oleh pihak keselamatan.Para penyokong dilihat meletakkan kenderaan di luar kawasan di tepi jalan dan berjalan kaki ke tempat berkumpul.

8.15 am: Penyokong Pakatan Rakyat juga semakin ramai tiba di Pusat Latihan Lembaga Hasil Dalam Negeri LHDN, Bangi.

Mereka berkumpul di kawasan letak kereta sementara menunggu pimpinan utama Pakatan Rakyat termasuk calon Wan Azizah tiba.Dari sini, mereka akan bergerak menuju ke pusat penamaan calon.

8.00 am: Semua jalan masuk menuju ke pusat penamaan calon di Kompleks Sukan Majlis Perbandaran Kajang, Seksyen 15, Bandar Baru Bangi dilapor sesak.Di Lebuhraya PLUS, kesesakan dilaporkan lebih 1 kilometer sebelum plaza tol Bangi.Hrkh

1 ulasan:

Qaseh Bonda berkata...

Saya rakyat biasa jatuh air mata menbaca ulasan terperinci ini. Sebak membaca semua orang kuat PR turun padang bagi sokongan. Apa lagi yang najib mahu..

Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz

Terdapat ralat dalam alat ini
Bermula 31/7/2009

Pengunjung Ambo dari....