Sahabat Ambo

Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih

Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas

Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud


LAGI VIDEO TINTA HIJAU-DKB KLIK DI SINI

Translate

Khamis, 6 Februari 2014

Calon BN PRK Kajang ???

 Ketua Pemuda MCA dijulang ketika beliau menang pemilihan parti tahun lalu.gambar fail

MCA akan menamakan pemuda parti itu sebagai calon Barisan Nasional (BN) bagi melawan calon Pakatan Rakyat (PR), Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang pada 23 Mac akan datang.

Akhbar Berita Harian melaporkan parti itu sudah menyenarai pendek tiga nama potensi calon termasuk Ketua Pemuda MCA, Chong Sin Woon dan bekas Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datin Paduka Chew Mei Fun.

Bagaimanapun, sumber memberitahu akhbar tersebut Chong merupakan calon pilihan parti itu berdasarkan sokongan politik dan kehendak pengundi di kawasan berkenaan.

"Calon yang akan menjadi taruhan daripada Pemuda MCA, namun tidak dapat dipastikan sama ada ketua pemuda MCA sudah mula menggerakkan jentera untuk bertemu pengundi kawasan itu," kata sumber itu dipetik daripada akhbar berkenaan.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) semalam menetapkan tarikh PRK DUN Kajang pada 23 Mac 2014, manakala hari penamaan calon akan diadakan pada 11 Mac 2014.

Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof, berkata PRK DUN Kajang dijangka menelan belanja RM1.6 juta.

Katanya, hari pengundian awal akan dijalankan pada 19 Mac 2014, membabitkan 1,977 pengundi.PRK Kajang diadakan berikutan penyandang kerusi itu, Lee Chin Cheh daripada PKR meletakkan jawatan bagi memberi laluan kepada Anwar yang turut dikatakan akan mengambil alih jawatan menteri besar Selangor.

Lee, 42, adalah seorang peguam dan bekas ahli parti Gerakan selama 10 tahun.Dalam PRU13, Lee mendapat 19,571 undi, berbanding calon BN, Lee Ban Seng yang mendapat 12,747 undi.

Seramai 39,278 pemilih berdaftar yang terdiri daripada 38,055 pengundi biasa akan mengundi dalam PRK kali ini, melibatkan 19,612 pengundi lelaki dan 19,666 pengundi wanita.TMI

Tiada ulasan:

Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz

Terdapat ralat dalam alat ini
Bermula 31/7/2009

Pengunjung Ambo dari....