Sahabat Ambo

Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih

Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas

Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud


LAGI VIDEO TINTA HIJAU-DKB KLIK DI SINI

Translate

Selasa, 25 Februari 2014

Saman Presiden RM2 Juta,ahli Pas diminta bertenang

KUALA LUMPUR: Ketua Penerangan PAS Pusat Datuk Mahfuz Omar menyeru kepada seluruh ahli PAS agar bertenang berhubung perintah bayaran RM2 juta dalam penghakiman ingkar terhadap Presiden PAS Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang.
Beliau berkata, PAS telah mengambil tanggungjawab menyerahkan kes itu kepada pasukan peguam PAS untuk mengambil tindakan sewajarnya.

"Kita telah mengarahkan pasukan peguam untuk mengambil proses perundangan sewajarnya, dan kita yakin peguam kita dapat kendalikan kes ini secara terbaik.

"Seluruh ahli PAS diminta bersabar dan banyakkan munajat agar dipermudahkan urusan peguam dan presiden kita dilindungi olah Allah SWT," kata beliau yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena kepada Harakahdaily.

Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu pada 17 Februari lalu mengarahkan Tuan Guru Abdul Hadi membayar saman RM2 juta dalam penghakiman ingkar yang diperolehi oleh Mohd Shamsul bin Mat Amin, calon PKR DUN Bukit Besi, Terengganu.

Selain itu, Ahli Parlimen Marang itu juga diarahkan membayar 5% faedah dari writ difailkan sehingga penyelesaian penuh dan kos tindakan sebanyak RM1,500.

Ini berikutan kegagalan Tuan Guru Abdul Hadi memfailkan pembelaan terhadap saman yang dikemukakan oleh Shamsul sebelum ini.Hrkh

7 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Ahli PAS seperti biasa diminta memberikan sumbangan kepada Tok Guru. Tabung Memali tak cukup rasanya nak cover...

he..he..

PBO™ berkata...

jangan lupa juga isu Najib digelar PM kedua paling boros di dunia:
Bukti Najib Razak, Perdana Menteri kedua paling boros di dunia! ~ pen buruk online ™

Tanpa Nama berkata...

Ini baru balasan di dunia sebab memfitnah...di akhirat kelak, Allahualam

Mat Gee berkata...

Awat laaa hangpa biaq sampai jadi macam ni. La baru nak keluarkan barisan peguam yang hebat-hebat. Dulu kalau file pembelaaan kan dah selesai. Tapi hangpa buat derk saja sampai mahkamah jatuhkan hukuman ingkar. Nak manage diri sendiri pun x cekap macam mana nak manage country. Cammon laa tingkatkan sikit education level PAS. InsyaAllah kita ramai-ramai undi hangpa.

bat8 berkata...

Sekarang ni k3coh juga mengapa Anwar tak buat apa bila dah kena bayaq RM 2 juta. Masa nak buat tuduhan dulu ada Anwar suruh atau minta kebenaran Anwar. Stail apa ni? Ini bukan stail PAS tapi stail UMNO!

Apabila menantu Presiden PAS tikam belakang PKR Selangor di Kota Damansara, ada Anwar bising atau p3mimpin PKR bising sedangkan yang tanda watikah calon PAS untuk tikam belakang rakan dalam Pakatan ditandatangani ol3h Presiden PAS sendiri!

Ada Presiden buat apa-apa atau mengambil tindakan kepada menantu atau ahli PAS yang terlibat dalam kes Kota Damansara? Ilekkk...nadaaa.....tarak! P3juang Islam macam ni kaaa.

Kes saman pil kuda ni takde kaitan pun dengan Anwar. Mulut sape yang tabur fitnah? Sendiri tanggung le...

bujey berkata...

bro bat8, lu mmg betul.. nk marah kt dsai pasal apa, dia xde pun balas apa2 pun tuduhan org pas kt dia..

Tanpa Nama berkata...

Aikkk sapa cakap pasal anwar???? Kat sini xnampak nama anuar kecuali dari bat8..

Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz

Terdapat ralat dalam alat ini
Bermula 31/7/2009

Pengunjung Ambo dari....