Sahabat Ambo

Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih

Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas

Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud


LAGI VIDEO TINTA HIJAU-DKB KLIK DI SINI

Translate

Sabtu, 15 September 2012

Video : Hishamuddin Tidak Bertanggungjawab, Tidak Layak Menjadi Menteri



KUALA TERENGGANU
- Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Nurul Izah Anwar mengecam sekeras-kerasnya kenyataan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein yang berkata, kerajaan tidak perlu menjamin keselamatan untuk program jelajah pembangkang yang terus dicemari perbuatan khianat.
Menurutnya kenyataan Hishamuddin itu mengesahkan selama ini adanya ‘tangan-tangan hitam politik’ yang menahan atau mengarah pihak polis diraja Malaysia tidak memberikan kerjasama profesional

“bayangkan ini (kenyataan itu) keluar atau tercetus dari mulut menteri sendiri, saya rasakan benar-benar sudah tidak ada harapan untuk suatu perubahan,

“Hishamuddin patut letak jawatan diatas (kerana) kenyataan yang begitu biadap dan tidak bertanggungjawab,”tegasnya.

Beliau yang juga Ahli parlimen Lembah Pantai berkata kenyataan Hishamuddin tersebut tidak mungkin diterima pakai di negara-negara lain yang mengamalkan sistem demokrasi.

Oleh itu beliau meminta Hishamuddin menjawab, adakah beliau terlibat dengan serangan-serangan berulang yang dilakukan terhadap program Pakatan Rakyat.

“soalan yang saya timbulkan adakah beliau (Hishamuddin) terlibat dengan serangan-serangan yang berlaku dari satu negeri ke satu negeri lain,

“kerana (serangan tersebut) Nampak terlalu terancang, kenyataan (yang dikeluarkan) cara jawapan (yang diberikan respon kepada serangan),

“saya fikir ini wajib dijawab (oleh Hishamduddin),”soalnya.

Beliau berkata demikian dalam ketika sidang media selepas majlis Ceramah Pakatan Rakyat yang diadakan di Kampung Gong Tok Nasek, dekat sini, Jumaat malam 14 September.BO

Tiada ulasan:

Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz

Bermula 31/7/2009

Pengunjung Ambo dari....