Sahabat Ambo

Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih

Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas

Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud


LAGI VIDEO TINTA HIJAU-DKB KLIK DI SINI

Translate

Sabtu, 15 September 2012

Lagi Pemimpin Umno Sabah Sertai PKR

KUALA LUMPUR, 15 Sept – Bekas Bendahari Jawatankuasa Perhubungan Umno Sabah Tan Sri Ibrahim Menudin hari ini sah menyertai PKR.

Perkara itu disahkan kepada The Malaysian Insider oleh Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali yang dihubungi hari ini.

“Datuk Seri Anwar Ibrahim telah membuat pengumuman rasmi berkenaan penyertaan beliau hari ini di Kampung Batu Arang, Labuan.”

Tambah Ahli Parlimen Gombak itu lagi, pengumuman itu dibuat dihadapan lebih 2,000 pengundi Labuan.Turut serta menyertai PKR adalah Datuk Douglas Lint.

Ibrahim yang memegang jawatan bendahari Umno Sabah sebelum ini telah digantikan oleh Ketua Menteri Sabah sekarang, Datuk Seri Musa Aman.Beliau juga merupakan Pengerusi bukan eksekutif Suria Capital Holding.

Tambah Azmin, dengan pengaruh yang kuat daripada Ibrahim, beliau merupakan calon yang berpotensi untuk mewakili PKR di Labuan dalam pilihan raya akan datang.

“(PKR) Pusat belum memutuskan calon secara muktamad ... namun beliau adalah calon yang berpotensi besar untuk mewakili PKR,” katanya kepada The Malaysian Insider.

Ibrahim merupakan pemimpin keempat meninggalkan Barisan Nasional (BN) di Sabah mengikut jejak langkah Naib Presiden Pasokmomogun Kadazan Dusun Murut (Upko) Datuk Maijol Mahap, Timbalan Presiden Upko, Datuk Seri Wilfred Bumburing yang juga Ahli Parlimen Tuaran, dan Datuk Seri Lajim Ukin yang merupakan timbalan menteri pusat.

Azmin dalam laman Twitternya sebelum ini turut menyatakan akan ada berita penting yang akan dimaklumkan.

“Baru tiba di Labuan. Dalam perjalanan ke Bilik Gerakan KEADILAN Parlimen Labuan. Jam 3 petang ada pengumuman penting,” kata Azmin dalam Twitternya pagi tadi.

Sementara itu, Ahli Parlimen Batu Chua Tian Chang dalam Twitternya turut berkata kehadiran Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim di Sabah hari ini turut disambut oleh Ibrahim di Lapangan Terbang Labuan dan mereka turut makan tengahari bersama di The Waterfront Labuan.

Kerusi di Sabah dan Sarawak dijangka menjadi kubu pertahanan BN menjelang pilihan raya umum akan datang, termasuk Wilayah Persekutuan Labuan, menyumbang 57 kerusi, atau 25 peratus daripada 222 kerusi Parlimen.

Pada pilihan raya 2008, BN tewas majoriti dua pertiga Parlimen dengan tewas lima negeri termasuk Kelantan di semenanjung, apabila hanya memenangi 82 kerusi kepada BN yang memiliki 140 kerusi.

Peti undi BN datang dari Sabah dan Sarawak, termasuk Labuan, apabila parti pemerintah itu memenangi 55 kerusi Parlimen kecuali dua di tangan pembangkang sebelum ini.

Bagaimanapun, BN kini hanya memiliki 53 kerusi Parlimen dan pembangkang pula memiliki empat kerusi.TMI

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

moga berkekalan dalam perjuangan jangan hanya sekerat jalan.

Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz

Terdapat ralat dalam alat ini
Bermula 31/7/2009

Pengunjung Ambo dari....