Sahabat Ambo

Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih

Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas

Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud


LAGI VIDEO TINTA HIJAU-DKB KLIK DI SINI

Translate

Sabtu, 15 September 2012

Suspek Kencing Gambar Tok Guru Nik Aziz Ditahan Polis

KUALA LIPIS - Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein mengesahkan penahanan beberapa individu yang didakwa memijak dan membuang air kecil ke atas gambar Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul

Aziz Nik Mat dan Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng.

Penahanan itu dilakukan mengikut bidang kuasa Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan bagi melengkapkan siasatan berhubung laporan polis yang diterima terhadap tindakan melampau sekumpulan pemuda itu.

"Tangkapan ke atas mereka terlibat sudah dibuat, siasatan dan kertas siasatan pula dalam bidang kuasa PDRM.

"Jadi, biar mereka siasat perkara itu dan tidak ada sesiapa akan terlepas dari tindakan undang-undang, tidak kiralah siapa mereka," katanya kepada pemberita selepas merasmikan persidangan perwakilan Umno Bahagian Lipis di sini, hari ini.

Beliau berkata, apabila siasatan kes itu selesai nanti, terpulang kepada pejabat Peguam Negara untuk mendakwa atau tidak mereka yang terlibat.

Sementara itu, ketika diminta mengulas mengenai tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) yang masih ditahan, Hishammuddin berkata sebahagian sudah dibebaskan sebelum Aidilfitri lalu.

"Baki tahanan itu masih dalam pertimbangan (untuk dibebaskan) di mana mereka ini kita kena pastikan dulu benar-benar tidak lagi mengancam keselamatan negara.

"Kita sudah perkenalkan akta baru bagi menggantikan ISA jadi kita kena ambil kira semua benda," katanya. - Bernama

ULASAN TINTA HIJAU DKB


Dah berkurun gambar tu baru bertindak, "nasib baik" ada orang pijak gambar PM baru ni. Kalau tak langsung tak hirau kot...

4 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

eloklah tu.selalulah dengar tazkirah moga-moga boleh berubah.Jangan kita perasan semua kita tahu semua kita ingat semua kita buat.Tidak.sebab tu tazkirah berulang-ulang memberi peringatan dan pengajaran kepada kita.selalulah beri nasihat untuk buat baik bukan buat perkara yang Allah larang.Ajaklah manusia ke arah kebaikan bukan kejahatan.

Hetty Helfarizan berkata...

time budak tunjuk punggung tu kene tahan..kecoh masuk berita..tayang gambar suspek la... tp kes ni??? xde dlm berita pun.. xde kamera ke amek gmbr dorg kene tgkp????

walkstar berkata...

apa bukti bahawa makluk terkutuk tu dah ditangkap?atau hanya sekadar berita yang dikeluarkan untuk meredakan kemarahan orang ramai yang tak suka dengan sikap double standard pihak berkuasa?

Tanpa Nama berkata...

Ini lagi satu generasi LOT yg buat hal..itu hari ada sorang kagi ygtunjuk punggung pd PM..Generasi LOT (low-order thinking) ada banyak lagi bersepah dlm negara. Ambil bidang Industri Kreatif di kolej..umur dewasa..perbuatannya tak rasinonal,jijik..tak matang lagirupanya. Kenapa trend bilangan generasi LOT makin ramai..ada yg otak geliga..wajah jelita..kelulusan menara gading..tapi perangai Israel. >>> Hipotesis aku..jika corak & amalan/pendekatan berpolitik bangsa aku kekal seperti senario hari ini....berkonflik tanpa noktah....bertelagah tanpa kesudahan..bercakaran tanpa penghujung..berpuak-puak (sunni VS Shiiah;;samseng UMNO VS samseng PKR;; Ulama UMNO VS Ulama PAS;; maka akan suburlah tanah tumpahnya darahku Malaysia ini dengan kelahiran lebih ramai generasi LOT di tahun mendatang <<< Akan bergolaklah tanah airku sama seperti apa yg sedang berlaku di bumi negara teluk.. kedamaian hidup akan dicemari oleh prolong systemic instability ..kucar-kacir berpanjangan seperti negara teluk. Generasi LOT amat mudah dimanipulasi oleh generasi HOT (High Order Thinking) yg dikuasai oleh kaum-kaum lain di negaraku seperti mana begitu mudahnya pemimpin negara barat yg milikki HOT memanipulasi pemimpin negara teluk yg milikki LOT. Dah lama dah aku saksikan perbalahan dan kemelut politik pecah-belah bangsaku sejak aku mula bersekolah lagi..hingga kini aku tak nampak cahaya permuafakatan dikalangan pemimpin politik negara..Macam mana nak capai WAwasan 2020? Posted by rosas delima

Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz

Terdapat ralat dalam alat ini
Bermula 31/7/2009

Pengunjung Ambo dari....