Sahabat Ambo

Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih

Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas

Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud


LAGI VIDEO TINTA HIJAU-DKB KLIK DI SINI

Translate

Rabu, 18 Julai 2012

4 tokoh sertai PAS Negeri Sembilan

KUALA PILAH: PAS Negeri Sembilan menerima suntikan semangat yang baru apabila empat tokoh tempatan menyertai PAS baru-baru ini.

Majlis pengumuman kemasukkan kempat-empat tokoh tersebut berlangsung di Himpunan Hijau peringkat Negeri Sembilan di Johol, Kuala Pilah malam kelmarin.

Pengumuman penyertaan empat bekas pemimpin setempat dan bekas pegawai tinggi kerajaan ini merupakan gimik dan kejutan oleh PAS Negeri Sembilan untuk Himpunan Hijau tersebut.

Mereka yang mengumumkan masuk PAS pada malam tersebut ialah bekas Pengarah Jabatan Perhutanan Negeri Sembilan, Zainal Isa; bekas Pengurus Pos Malaysia Berhad Zon Selatan, Mokhtar Musa; bekas Pembantu Exco Kerajaan Negeri Sembilan, Anuar Hashim dan bekas Pengerusi JKKK Kampung Pilin, Rembau, Ramli Jalun.

Ketika Ketua Penerangan PAS Negeri Sembilan, Norazman Mohamad memperkenalkan mereka secara satu persatu, lebih 3, 000 ahli PAS yang hadir bersorak dan melaungkan takbir.Mokhtar, Anuar dan Ramli juga merupakan ahli Umno sebelum menyertai PAS.

Seterusnya kempat-empat mereka diberikan peluang berucap. Anuar yang merupakan bekas Pembantu Khas kepada Ahli Dewan Undangan Negeri Klawang, Datuk Yunus Rahmat (Umno) menggamatkan suasana apabila tersasul menyebut kepimpinan PAS yang duduk di atas pentas sebagai kepimpinan Umno.

Zainal dalam ucapannya berkata beliau tidak pernah menyertai mana-mana parti sepanjang bertugas sebagai pegawai kerajaan.

“Walaubagaimanapun selepas bersara saya mengambil keputusan untuk menyertai PAS kerana perjuangan PAS ‘Islamik’ dan lebih kepada ‘semangat’ dan bukan hanya ‘fizikal’ semata-mata.

“Saya mempunyai kepakaran di dalam sistem perhutanan, air dan alam sekitar dan saya percaya saya boleh menyumbang sesuatu kepada PAS dalam konteks tersebut”, kata Zainal.


Kecewa dengan Umno

Mokhtar pula berkata beliau menyertai Umno pada tahun 1963 dan kini mengambil keputusan untuk menyertai PAS kerana perjuangan Umno kini sudah tidak sama seperti 50 tahun dulu.

Tanpa menghuraikan secara terperinci Mokhtar menyatakan rasa kecewa terhadap cara pentadbiran Umno ketika ini dan memilih perjuangan PAS yang beliau anggap menepati ciri-ciri Islam dan telus.

Sementara itu Norazman dalam ucapan beliau berkata penganjuran perhimpunan ini untuk menyemarakkan lagi sokongan ahli selain mengalu-alukan orang ramai memilih PAS sebagai parti politik pilihan mereka.

“Rakyat tidak perlu takut dan rasa terhutang budi kepada Umno.Apa yang Umno beri pada rakyat sememangnya merupakan hak rakyat dari duit rakyat sendiri (cukai).

“Tanamkan keyakinan tinggi kepada pemerintahan PAS dan Pakatan Rakyat kerana ia sudah terbukti di negeri yang diperintah oleh Pakatan Rakyat seperti di Selangor, Pulau Pinang dan Kelantan.

“PAS akan berjuang habis-habisan dengan gandingan PKR dan DAP untuk mengecapi kemenangan mutlak di Negeri Sembilan pada Pilihan Raya Umum ke-13 nanti”, kata Norazman.

Turut hadir di majlis tersebut ialah Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar; anak kepada bekas Perdana Menteri Tun Ghafar Baba, iaitu Datuk Tamrin Ghafar; Pesuruhjaya PAS Negeri Sembilan, Mohd Taufek Abdul Ghani dan Ahli Majlis Pimpinan Pusat (MPP) PKR, Dr. Mohamad Rafie Abdul Malek.

1 ulasan:

New Hope berkata...

salam,

kecewa atau nk selamatkn diri sendiri

KLIK Bonus raya

Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz

Terdapat ralat dalam alat ini
Bermula 31/7/2009

Pengunjung Ambo dari....