Sahabat Ambo

Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih

Penghinaan Terkini Mahathir Terhadap Hudud Dan Jawapan Pemimpin Pas

Raja Bomoh Mengaku Penyokong Umno BN


LAGI VIDEO TINTA HIJAU-DKB KLIK DI SINI

Translate

Jumaat, 20 Julai 2012

Pok Yo Nafi Bercerai Kerana Fahaman Politik



PASIR MAS: Selepas Harakahdaily, Sinar Harian pula telah menebual sendiri Yahya Ibrahim, 78, atau lebih dikenali penduduk tempatan dengan nama Pok Yo bagi mengetahui kesah penceraian beliau dengan isterinya, Mok Yam.

Ia dibuat selepas media pro Umno melaporkan Pak Yo menceraikan Mok Yam atau nama sebenarnya Che Hasnah Che Ahmad, 61 kerana fahaman politik.

Menurut Pok Yo, beliau mengahwini Mok Yam ketika wanita itu sudah bergiat aktif dalam Umno.

"Saya berkahwin dengannya, ketika dia masih lagi aktif dalam politik, maka tidak timbul perbezaan fahaman, sehingga berlakunya perceraian ini," kata Pok Yo kepada Sinar Harian.

Sebelum ini, Harakahdaily telah melaporkan, Pak Yo menceraikan Mok Yam setelah dia dicabar agar menceraikan isterinya dengan talak tiga.

Namun, Mok Yam menafikannya. Dalam wawancara ini, Pok Yo berkata, dia ada saksi apabila mendakwa hal ini.

Berikut adalah temubual sepenuhnya.
Bolehkah Pok Yo terangkan apa sebenarnya berlaku?

Yahya: Saya kesal kerana bekas isteri saya (Che Hasnah Che Ahmad, 61, atau dikenali sebagai Mok Yam), mengaitkan perpisahan ini dengan perbezaan politik.

Dalilnya, saya berkahwin dengannya, ketika dia masih lagi aktif dalam politik, maka tidak timbul perbezaan fahaman, sehingga berlakunya perceraian ini.

Saya ceraikan dia dengan talak satu, kerana sikapnya yang tidak taat, meninggi suara, tidak bertanggung jawab dan bercakap guna emosi.

Mok Yam terkeliru apabila saya menyuruh dia ikut ajaran Islam, tetapi disalah anggap sebagai ikut fahaman politik. Saya tegaskan agar dia ikut ajaran Nabi, malah tidak mengaitkan langsung nama-nama ahli politik di Kelantan.

Baru-baru ini, Mok Yam menafikan dia pernah minta diceraikan dengan talak tiga.

Yahya: Saya juga ada saksi, ketika kami bergaduh mengenai isu ini, malah saksi itu juga adalah seorang lelaki, baligh, berakal dan memahami setiap tutur kata Mok Yam.

Sesat adalah satu kesalahan besar, tetapi apa yang dilakukan oleh Mok Yam sehingga didakwa sesat?

Yahya: Saya kata dia sesat, bukan disebabkannya pergi ceramah (Datuk) Dr Hasan Ali (bekas Naib Presiden Pas) atau kerana memakai baju merah, tetapi sikapnya yang terlalu menyimpang dengan ajaran Nabi. Ia bukanlah setakat solat lima waktu, memakai tudung dan mengaji al-Quran, tetapi perbuatan lain, juga dikira sebagai amalan, dan tidak terhad dalam satu perkara sahaja. Paling mengecewakan saya, apabila dia memburuk-burukkan seorang ulama, dan terkilan kerana tidak dapat membentuk isteri yang solehah.

Memandangkan usia semakin lanjut, lama berkahwin dan Islam sendiri tidak sukakan penceraian, tiada ada jalan lain selain cerai?

Yahya:
Selama ini, saya cuba pelbagai cara untuk membentuknya sebagai seorang isteri solehah, namun selepas semua usaha saya tidak berjaya, saya yakin perkahwinan ini tidak akan berjaya sekiranya tiada persefahaman lagi. Puas saya beri dia masa untuk berfikir dan berubah, namun dia tetap melihat nasihat saya dari sudut politik.

Adakah masih ada sifat sayang yang memungkinkan boleh bersatu kembali?

Yahya: Saya mengucap syukur sekiranya dia berubah sikap, dengan menjalankan apa yang disuruh agama dan meninggalkan apa yang dilarang.

Saya masih sayangkannya, tetapi tidak akan meneruskan silaturahim sebagai sepasang suami isteri. Apa yang ditakdirkan, sudah ditentukan Ilahi.Hrkh

4 ulasan:

Hati Muda berkata...

Asalamualaikum@ Selamat Berpuasa.

Tanpa Nama berkata...

kenapa nak hairan orang bercerai pasal parti??? politik ni bukan perkara kecik... melibatkan hal negara lagi... biasalah bila takde sepakat, cerai lah... apa kisah...

ramai lagi yang bercerai pasal kes-kes kecik, macam lupa masak lauk kegemaran, lambat balik, lupa beli kicap... ramai je... :P

Kristanto Alief .A berkata...

selamat menunaikan ibadah puasa

Tanpa Nama berkata...

kepada penyokong pas, jangan risau. tok guru dah menjamin pahala hakiki kalau kita mengundi pas pada PRU13 nanti. tapi kalau kita mengundi DAP, adalah lebih afdal dan mendapat pahala yang lagi besar kerana DAP adalah ketua kita

'Takbir!'

Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz

Terdapat ralat dalam alat ini
Bermula 31/7/2009

Pengunjung Ambo dari....