Sahabat Ambo

Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih

Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas

Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud


LAGI VIDEO TINTA HIJAU-DKB KLIK DI SINI

Translate

Selasa, 17 April 2012

Muflis : Adun Umno akur keputusan Speaker Dun Kedah

ALOR SETAR - Datuk Syed Sobri Syed Hashim akur dengan keputusan Speaker Dun Kedah, Datuk Dr Abd Isa Ismail yang mengarahkan beliau tidak hadir Sidang Dunberiktuan status hilang kelayakan sebagai Adun Kuala Nerang.

Katanya, beliau menghormati keputusan Abd Isa yang hanya menjalankan tugasnya sebagai Speaker Dun Kedah.

“Saya akur keputusan beliau, itu tugas beliau. Berhubung isu kerusi Kuala Nerang, saya serahkan pada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk putuskan,” katanya.

Syed Sobri berkata, buat masa ini beliau sedang berusaha untuk membebaskan dirinya daripada status muflis menerusi proses perundangan.

“Saya sudah memfailkan injunksi untuk ketepikan perintah muflis sebelum ini pada Jumaat lalu. Saya masih menunggu tarikh pendengaran kes itu di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang dijangka dibuat sehari dua lagi,” katanya.

Menurutnya, beliau dan peguam sedang berbincang supaya mahkamah dapat memberi tempoh kepadanya selama enam bulan bagi melangsaikan lebihan hutang tertunggak.“Saya harap kes ini dapat diselesaikan dalam minggu ini juga.

“Saya benar-benar berharap keputusan berpihak pada saya supaya keputusan kes ini kelak dapat ketepikan keputusan terdahulu. Saya anggap keputusan belum muktamad kerana saya sedang berusaha bebaskan diri daripada status muflis,” katanya.

Syed Sobri berkata, beliau kini sedang berusaha untuk melunaskan separuh daripada hutang RM8 juta manakala baki RM4 juta lagi akan diuruskan kemudian.

Naib Ketua Umno Bahagian Padang Terap itu berikrar akan terus berikhtiar membayar hutang walau dengan apa cara sekalipun.

Hutang itu adalah sebahagian daripada pinjaman RM50 juta yang dibuat pada 1998 bagi membolehkan syarikatnya, Kulim Enterprise Sdn. Bhd. disenaraikan di papan kedua Bursa Saham Malaysia pada ketika itu.

“Saya akan usahakan untuk membayar balik hutang demi untuk bebaskan diri daripada status muflis. Selepas itu bolehlah saya teruskan khidmat sebagai wakil rakyat sehingga keputusan rasmi daripada SPR,” katanya.SH

Tiada ulasan:

Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz

Bermula 31/7/2009

Pengunjung Ambo dari....