Sahabat Ambo

Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih

Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas

Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud


LAGI VIDEO TINTA HIJAU-DKB KLIK DI SINI

Translate

Selasa, 17 April 2012

Video : Fitnah Hina Raja,Blogger Dan Facebooker Akan Disaman


KUALA LUMPUR, 17 April: Ahli Parlimen Kota Raja, Dr Siti Mariah Mahmud akan mengambil tindakan undang-undang terhadap facebooker yang turut mengaitkan beliau dalam dakwaan mengenai beberapa Ahli Parlimen Pakatan Rakyat mempersenda dan mengejek Raja-raja Melayu.

Perbuatan itu didakwa dilakukan dalam istiadat pertabalan Yang di-Pertuan Agong XIV, Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah di Istana Negara Rabu lalu, oleh seorang facebooker bernama Dr Rahman Kadir.

Rahman merupakan seorang pegawai perubatan yang turut berada di tempat kejadian. "Saya terkejut dengan dakwaan beliau yang dimuatnaik ke beberapa blog lain.

"Saya akui memang ada berbual-bual tapi tidak terlalu bising dan tidak menyentuh peribadi orang-orang tertentu,"kata beliau pada sidang media di lobi Parlimen hari ini.

Timbalan Dewan Muslimat PAS Pusat itu turut berkata, tindakan saman itu akan dibuat kepada pemilik akaun facebook dan blogger.

"Peguam saya sedang membuat kajian dan mengenal pasti blog-blog yang mensensasikan isu ini," katanya lagi.Hrkh

Tiada ulasan:

Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz

Terdapat ralat dalam alat ini
Bermula 31/7/2009

Pengunjung Ambo dari....