Sahabat Ambo

Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih

Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas

Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud


LAGI VIDEO TINTA HIJAU-DKB KLIK DI SINI

Translate

Rabu, 18 Mei 2011

Tuan Guru Presiden Berkecuali Pemilihan Timbalan, Naib Presiden PAS

SUNGAI PETANI: Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata beliau tidak memihak kepada mana-mana calon yang akan bertanding jawatan timbalan dan naib presiden parti itu pada muktamarnya dari 3 hingga 5 Jun ini.

"Saya tidak menyokong sesiapa namun saya mahukan kepimpinan kolektif, campuran calon berlatarbelakang agama dan profesional," katanya kepada pemberitaselepas mengetuai Jawatankuasa PAS Pusat selepas mendengar taklimat projek kampus induk Kolej Universiti Insaniah (KUIN) di Kuala Ketil, dekat sini, Rabu.

Taklimat disampaiksn Pengarah Jabatan Kerja Raya Kedah, Roslan Abdul Ghani.

Turut hadir Menteri Besar Datuk Seri Azizan Abdul Razak, Timbalan Presiden Nasharudin Mat Isa dan Naib-naib Presiden Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man serta Datuk Mahfuz Omar dan Setiausaha PAS Datuk Mustafa Ali.

Abdul Hadi, yang menang jawatan Presiden tanpa bertanding bagi penggal kelima, berkata hakikat bahawa ramai calon layak bertanding kedua-dua jawatan itu menandakan demokrasi dalam PAS hidup.

Setakat ini enam calon disahkan layak bertanding jawatan Timbalan Presiden termasuk penyandang Nasharudin serta Azizan dan Tuan Ibrahim manakala 14 lagi layak bertanding jawatan naib presiden termasuk penyandang, Mahfuz.

Nasharudin pula berkata beliau tidak gentar bertanding mempertahankan jawatannya kerana tahu ahli-ahli PAS tidak perlu dilobi. "Sebelum inipun saya menang ke atas calon-calon yang hebat-hebat belaka, jadi tiada apa nak ditakutkan," katanya. -BERNAMA

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Hadi Awang tak kisah sangat siapa nak jadi Timbalan atau Naib.Yang penting baginya Stopa Ali wajar dikekalkan jadi S/U Agong.Itu amat penting baginya.

Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz

Bermula 31/7/2009

Pengunjung Ambo dari....