Sahabat Ambo

Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih

Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas

Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud


LAGI VIDEO TINTA HIJAU-DKB KLIK DI SINI

Translate

Rabu, 18 Mei 2011

Perang Jihad : Saya Berpandukan Kenyataan Hishamuddin, Kata Ibrahim Ali

KUALA LUMPUR 18 MEI : Datuk Ibrahim Ali berkata beliau menyatakan kesediaan untuk melancarkan perang jihad ke atas penganut Kristian hanya selepas Menteri Dalam Negeri Datuk Hishamuddin Tun Hussein mendakwa laporan Utusan Malaysia mengenai konspirasi penubuhan negara Kristian mempunyai asas.

Dalam mempertahankan kenyataan yang dibuatnya Ahad lalu, Presiden Perkasa itu berkata ugutan jihad yang dibuatnya adalah untuk memberi peringatan kepada pihak-pihak yang kononnya mencabar kedudukan Islam sebagai agama Persekutuan.

“Saya buat kenyataan....selepas membaca kenyataan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein di akhbar yang mengatakan laporan Utusan Malaysia itu ada asasnya.

“Jadi salahkah apabila saya mengaitkan perkara ini untuk sekadar mengingatkan? Lainlah kalau saya mencetuskan sesuatu yang tidak ada. Memang saya patut dianggap salah atau patut diambil tindakan,"kata beliau.

“Saya sedar apa yang saya kata dan bertanggungjawab dengan kenyataan yang saya buat kerana saya tahu ia untuk kebaikan negara dan rakyat serta keselamatan negara,” katanya.

Utusan Malaysia minggu lalu mencetuskan kemarahan awam selepas mendakwa sekumpulan paderi bersekongkol dengan pemimpin DAP untuk menubuhkan negara Kristian pada satu mesyuarat di Pulau Pinang.

Laporan itu serta merta dinafikan oleh paderi terbabit dan pihak berkuasa Gereja. Mereka turut mendesak supaya tindakan tegas diambil terhadap Utusan kerana menyiarkan fitnah oleh dua blogger pro-Umno bersabit konspirasi itu.

Hishamuddin bagaimanapun bertindak balas dengan hanya menegur Utusan, malah berkata, laporan akhbar itu ada asasnya.Kenyataan beliau semata-mata berasaskan kepada laporan polis seorang pemimpin cawangan DAP yang hadir pada mesyuarat paderi itu.

Invididu berkenaan yang juga adalah bekas anggota Umno dan kemudian dikesan mempunyai seorang saudara dalam Polis Cawangan Khas dan "menghilangkan diri" selepas membuat laporan polis itu.

Ibrahim mendakwa beliau berhak mengeluarkan kenyataan "jihad"nya bagi mempertahankan kedudukan Islam di negara ini.

“Saya berceramah di Kampung Changkat, Gombak dua hari lalu dan saya akui apa yang saya kata iaitu kalau posisi dominan dan kedaulatan Islam serta kedudukan orang Melayu terus diganggu gugat, saya bersedia berjihad," kata Ahli Parlimen Pasir Mas itu.

Ekoran kenyataan Ibrahim banyak pihak - pertubuhan bukan kerajaan, pemimpin Pakatan Rakyat dan Barisan Nasional menggesa kerajaan mengambil tindakan ke atas Presiden Perkasa itu.

Presiden Gerakan Tan Sri Dr Koh Tsu Koon menggesa polis menyiasat kenyataan Ibrahim itu serta laporan Utusan Malaysia kononnya wujud konspirasi mahu mengubah status Islam sebagai agama persekutuan.

“Kenyataan biadap dan tidak wajar Ibrahim Ali dengan nada ekstremis, mencabar komuniti (Kristian) untuk berjihad bertentangan dengan semangat 1 Malaysia dan pendirian kesederhanaan (yang dibawa oleh) Perdana Menteri kita dan Barisan Nasional,” kata beliau.TVS

Tiada ulasan:

Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz

Terdapat ralat dalam alat ini
Bermula 31/7/2009

Pengunjung Ambo dari....