Sahabat Ambo

Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih

Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas

Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud


LAGI VIDEO TINTA HIJAU-DKB KLIK DI SINI

Translate

Jumaat, 23 April 2010

Hulu Selangor:PR dahului 60 peratus - Penyelidik

Hasil kajian Zentrum Future Studies menunjukkan lebih 60 peratus pengundi yang terarah menyokong Pakatan Rakyat (PR) dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Hulu Selangor 25 April ini.

“Kajian Produksi awal Zentrum sebelum menamakan calon, PR masih lagi mendahului lebih 60 peratus dan kita percaya data ini akan berubah kerana telah wujud kepercayaan politik dalam diri pengundi di parlimen Hulu Selangor,” jelas pengasas pusat kajian Zentrum Future Studies, Prof Madya Dr Abu Hassan Hasbullah (gambar) kepada erapakatan.

Menurut beliau, dalam kajian awal Zentrum, Calon Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Zaid Ibrahim merupakan calon yang mempunyai intektual tinggi dan ciri-ciri ini mampu mempengaruhi keputusan yang dibuat oleh pengundi.

Selain itu, wujud kebangkitan golongan menengah yang menjadi pengundi terbesar di Hulu Selangor iaitu dengan jumlah 68.4 peratus.



Demografi gender juga menjadi faktor penentu dalam PRK kali ini kerana pengundi wanita yang akan menjadi pengundi terbesar di Hulu Selangor.


Selain itu, di Hulu Selangor wujud dua golongan iaitu golongan muda dan golongan lama yang berfikiran konservatif. Zaid Ibrahim berkemungkinan besar akan disokong golongan muda dan pada yang sama akan menghadapi tentangan golongan lama.


Beliau yang juga Pensyarah Kanan Jabatan Pengajian Media Universiti Malaya menyakini Zaid sebagai simbol politik yang mampu membawa dimensi baru dalam politik alaf baru yang memerlukan perubahan

Kawasan pilihan raya Parlimen Hulu Selangor mempunyai 64,500 pemilih berdaftar yang terdiri daripada 63,701 pengundi biasa dan 799 pengundi pos.

Daripada jumlah tersebut, orang Melayu merupakan majoriti dengan 34,020 pengundi atau 52.7 peratus manakala kaum Cina dan India masing-masing mencatatkan bilangan 16,964 atau 26.3 peratus dan 12,453 atau 19.3 peratus.Erapakatan

Tiada ulasan:

Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz

Bermula 31/7/2009

Pengunjung Ambo dari....