Sahabat Ambo

Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih

Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas

Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud


LAGI VIDEO TINTA HIJAU-DKB KLIK DI SINI

Translate

Jumaat, 23 April 2010

Perkasa Konon Juang Hak Melayu Tapi Baik Dengan Tauke Judi

KUALA LUMPUR 23 Apr - Ahli Parlimen Machang, Saifuddin Nasution Ismail menyeru rakyat Malaysia mengenali peribadi pemimpin Umno-Barisan Nasional supaya dapat mengetahui hakikat bahawa golongan 'pejuang Melayu tulen' inilah sebenarnya yang membolot kemewahan secara luar biasa kerana hubungan rapat mereka dengan golongan elit pemerintah negara.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas reaksi Ahli Parlimen Pasir Mas, Datuk Ibrahim Ali yang menyangkal dakwaan Saifuddin berhubung penglibatan beliau di dalam syarikat milik Tan Sri Vincent Tan, seorang tauke judi terkenal di negara ini semasa mencelah perbahasan Rang Undang-undang
Suruhanjaya Persaingan 2010 di sidang Dewan Rakyat Rabu lalu.
"Fakta yang saya sebut dan saya ulang ialah berkenaan dengan penglibatan dan pembabitannya di dalam syarikat perniagaan yang ada kaitannya dengan Tan Sri Vincent Tan, seorang tauke judi," kata Setiausaha Agung KEADILAN itu.
Saifuddin juga menyifatkan Ibrahim yang digambar sebagai pejuang agama dan pejuang Melayu tulen itu seorang yang pelik kerana mempunyai kaitan bersama tauke judi itu.

"Seorang yang menonjolkan diri sebagai pejuang agama, pejuang Melayu tulen bukankah aneh namanya kalau mempunyai kepentingan perniagaan dengan tauke judi terkenal di negara kita.
"Jadi barangkali kerana saya mendedahkan satu hakikat seperti itulah maka emosi beliau itu keterlaluan dan cuba untuk merujuk saya kepada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan tetapi Speaker telah membuat pertimbangan bahawa perkara itu tidak ada keperluan pun.
"Dan seperti mana saya diminta memberikan penjelasan oleh Speaker, itulah yang saya sebutkan semalam. Hakikatnya saya mendedahkan wajah seorang yang menonjolkan diri sebagai pejuang Melayu tetapi sebenarnya mempunyai kepentingan dengan tauke judi," kata beliau lagi.
Tambah Saifuddin, syarikat yang dinamakan Ascot Sports itu diberikan ruang sehingga 20 tahun untuk menjalankan perniagaan pertaruhan.
Menurut beliau, perniagaan itu membabitkan pertaruhan untuk lumba kuda, bola sepak dan lain-lain sukan.
"Syarikat ini membayar yuran operasi sebanyak RM20 juta kepada kerajaan dengan pulangan urusniaga sebesar RM1 bilion," tegasnya.
Sehubungan itu, beliau memberi peringatan kepada pemimpin Umno-BN supaya tidak lagi menggunakan 'jalan singkat' untuk memperoleh kekayaan kerana perbuatan itu akan memberikan kesan buruk kepada diri mereka sendiri termasuk parti. SK

Tiada ulasan:

Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz

Bermula 31/7/2009

Pengunjung Ambo dari....