Sahabat Ambo

Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih

Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas

Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud


LAGI VIDEO TINTA HIJAU-DKB KLIK DI SINI

Translate

Isnin, 26 April 2010

Hulu Selangor : Antara Faktor Kekalahan PKR

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhmzHiCQyKrGH3xgJvix4v2gyPP0elePQpWknClIKBmVUu6Tv3apEPI40gl1bTmg76bMcgJ-eOYmPoZvjgLegOkE8EugAL_ze0x-MUL0KFTrZjtn8qNldVOmSHAItNw9GZUHFzqM5k1_l4p/s660/PAKATAN+RAKYAT.jpg

KUALA LUMPUR : Parti perasuah besar di Malaysia, BN kini berbulan madu selepas kemenangan mereka di Hulu Selangor dengan majoriti 1,725 undi walaupun membelanjankan jutaan ringgit selain dengan cara kotor dan jijik dalam Pilihan Raya paling tersebut.
Namun, apa yang pasti Pakatan Rakyat (PR), harus mengambil apa jua iktibar akibat kekalahan itu termasuklah faktor-faktor berikut.
Jentera PR tidak digerakan semaksima mungkin.
Parti Barang Naik, BN, yang memulakan kempen kotornya dengan mengaitkan calon PR, Datuk Zaid Ibrahim dengan arak, walaupun dibalas dengan penerangan ratusan ribu risalah oleh Angkatan Muda PKR bersama jentera Pakatan Rakyat tetap dilihat gagal.
Ini kerana tinjauan erapakatan.com mendapati ada beberapa buah kampung kecil langsung tidak menerima bahan kempen itu.
Anehnya, di kampung tersebut turut tiada bendera PKR selain jentera BN awal-awal lagi telah mendirikan bilik gerakan mereka.
Malah, di salah sebuah papan kenyataan di balai raya tersebut jelas menunjukkan risalah BN dengan propaganda fitnahnya jelas tertera di situ.

Perpecahan ahli PKR di Hulu Selangor
Selain itu, walaupun tindakan Dr. Halili Rahmat yang keluar parti tidak diikuti oleh orang rapatnya teermasuklah mereka yang bersamanya seawal tahun 1998 dulu, namun perpecahan yang wujud dikalangan ahli parti itu dalam kawasan Parlimen Hulu Selangor bukan lagi rahsia besar.
Sumber memberitahu, sekurang-kurangnya terdapat empat kem PKR dalam kawasan itu terutamanya selepas kemenangan PKR pada Pilihan Raya Umum (PRU) lalu.
Empat kem itu pula bukan sahaja mengadakan aktiviti mengikut kumpulan masing-masing malah wujud usaha untuk menjatuhkan antara satu sama lain termasuklah dalam satu mesyuarat beberapa bulan sebelum pencalonan Datuk Zaid Ibrahim.
Empat kem itu yang antaranya bergerak di bawah sekretariat tertentu, juga bergerak mengikut Cabang, Parlimen dan pemimpin tertentu sekaligus melumpuhkan jentara PKR dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) baru-baru ini.
Antara Ofensif dan Defensif
Turut menjadi faktor kekalahan PR pada kali ini juga ialah apabila jentera parti lebih bersikap defensif atau bertahan berbanding startegi ofensif atau menyerang seperti yang dilakukannya sebelum ini.
Ini terbuti apabila awal-awal lagi jentera BN melakukan serangan dan provokasi melalui bebarapa bill board dan kain rentang, sesuatu yang berbeza dari sebelumnya yang mana pihak Pakatan Rakyat lebih mendahului.
Bill Board itu termasuklah mengaitkan calon PR dengan arak, selain menggambarkan gabuang parti PKR, PAS dan DAP sebagai bermasalah yang diletakkan di jalan-jalan utama dalam kawasan Parlimen Hulu Selangor.
Kesimpulan
Walaubagaimanapun, PRK di Hulu Selangor sudah pun menjadi sejarah, tinggal lagi bagaimana PR mengambil iktibar dari kekalahan itu kerana jumlah majoriti 1,725 yang diraih oleh BN itu terlalu kecil jika dibandingkan dengan jutaan ringgit campur perbuatan keji yang dilakukan oleh mereka.
Malah, keputusan itu bolehlah disifatkan sebagai ‘kalah’ kerana jumlah keseluruhan undi BN jika dicampur dalam ketiga-tiga Dewan Undangan Negeri (Dun) dalam kawasan Parlimen itu seperti mana dalam PRU lalu adalah jauh lebih tinggi berbanding angka 1,725 itu.
Sebelum ini, BN meramalkan mereka akan menang kira-kira 5,000 majoriti dan angka 1,725 undi itu jauh lebih kecil selain bantuan Suruhanja Pilihan raya (SPR) yang memindahkan ribuan pengundi termasuklah ke kawasan Selayang yang dilihat bertujuan untuk memenangkan BN sepertimana yang didedahkan oleh Pengarah Pilihan Raya PKR, Fuziah Salleh.
Tetapi yang pasti, undi masyarakat Cina terhadap PR bukan sahaja terus mencatatkan peningkatan malah pastinya menjadi igauan ngeri buat BN menjelang PRK Parlimen Sibu Mei ini.
Untuk rekod, masyarakat Cina di Hulu Selangor terdiri daripada luar Bandar berbanding masyarakat Cina di majoriti kawasan Bandar dalam Parlimen Sibu yang pastinya membuatkan fakta ini mengganggu tidur Presiden Umno, Najib Razak.Erapakatan

3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Kalu alah korang demo tuduh rasuha slalu.

Masa PRU 12 mula demo duk mano weh... menang ko kaloh, Slangor, Prok, Kedoh,,,,, kaloh ko. Tu rasuah jugak laaaa.

Memang demo tok pandai congak. Nipih, Stakat buleh buat blok lepas tuu tepek gambar nik ajis smayang di sejid hadhari demo raso pandai benar doh.

Tapi nik ajis bengong jugok smayang di majid hok deris jusoh buat.

masid lain banyok lagi weh....

Kalau di hulu slangor kaloh maknonya Pas ado pun tak dok guno sbb Allah tak beri menang.

Seab Pas lah PKR kaloh sbb terang2 Zaib tolak huduk. Samn kjaan klate.

Tapi nik jis demo ni jenis metar jugok. Samo dgn aji baldi marang tuu Kit Siang dia buleh peluk, Org UMNO jauh skali nak salam.

ISTIGHFARLAH BANYOK2. JANGAN DUK NYALOH KO BN JAH. TILIK MOLEH HOK DEMO BUAT DI TEGANUNG MULO. SAPA PADANG RAGUT PUN NAK BAGI TANOH. TOK KO GILOR.

MAMasjid di Sungai Okanm jadi gok ayam. Tapi ustak ABC tok ngaku.

Hulubalang demo di Gong Bayor dan Lahar ada anok buting takdok bapok.

Tapi puak2 demo biso...... alah ko ornag lain HARAM tapi puak2 demo HALAAAAAAAAAAAL.

TNGGULAH BALASAN ALLAH KE ATAS ORANG2 YG MEMPERGUNAKAN AL QURAN UNTUK KEPENTINGAN PERIBADI MEREKA.

hj jamaludin berkata...

Bismilah Hir Rahman Nir Rahim
Pendapat saya hanya dua sebab.
SEBAB PERTAMA :-
Tiap kali ada Pilihan Raya Kecil atau umum . Parti PKR dok tunggu atau kejar siang dan malam bas atau kenderaan yang bawa penumpang HANTU . Dalam kepala otak Pengarah Pilihan Raya PKR baik dari Azmin Ali sehingga P094 YB Fauziah kalau meeting agenda pertama cari HANTU.
SEBAB KEDUA
Kelembabpan atau stupid la senang cakap. YB Dr Hassan Ali dan YB Khalid Samad , ada sijil tapi simpan kat file , ada otak tapi tak tahu letak kat mana? Bayangkanlah orang tua TG Nik Aziz terkejar kejar nak tolong calon ZAID dari PKR .Penat mengerjakan UMRAH belum hilang demi untuk membantu calon PKR di PRK P094, sesampai kat Hulu Selangor tak boleh ceramah ugama kat surau mahupun masjid baik di bandar ataupun di felda/felcra/risda kerana tak ada sijil Tauliah . Apa susah sangat Dr Hasan Ali Dan Khalid Samad untuk memohon bagi pihak TG Nik Aziz untuk mendapatkan Sijil Tauliah , saya rasa TG Nik Aziz tiada apa2 masa'alah untuk duduk peperiksaan untuk mendapatkan sijil tauliah kat MAIS ke atau JAIS . Saya berkeyakinan TG Nik Aziz boleh lagi menuntut untuk memenuhi syarat syarat untuk mendapat sijil Tauliah tersebut . Apa nak di malukan 'MENUNTUT ILMU ALLAH SWT DARI BUAIAN HINGGA KE LUBANG LAHAT ' .Ini pun Dr Hasan Ali dan Khalid Samad tak mampu nak buat apa lagi yang lain . Bab gaduh sahaja yang dua orang ini tahu . So orang Felda / Felcra / Risda tak dapat dengar rayuan dan doa TG Nik Aziz untuk calon pkr ZAID .

Erdogan berkata...

Kenape PKR kalah ? satu je,BN dapat undi lebih dari PKR keh..keh..keh..

Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz

Bermula 31/7/2009

Pengunjung Ambo dari....