Sahabat Ambo

Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih

Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas

Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud


LAGI VIDEO TINTA HIJAU-DKB KLIK DI SINI

Translate

Isnin, 26 April 2010

Hulu Selangor:Walaupun Tewas Tapi Undi PR Meningkat


KUALA LUMPUR : Walaupun Pakatan tidak mendapat tempat dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Hulu Selangor, namun sokongan ke atas Pakatan di Hulu Selangor semakin meningkat naik. "Undi pakatan tidak merosot malah bertambah. 2004 pakatan dapat 13,324 undi, 2008 dapat 23,177 dan 2010 dapat 23,272 undi. Boleh dikatakan pakatan kini mempunyai 23,000 pengundi tetap untuk 2013," kata Ketua Penerangan Dewan Pemuda Pas, Wilayah Persekutuan, Herman Samsudeen dalam blognya.
Beliau berkata Barisan Nasional (BN) yang menang dengan majoriti 14,483 undi pada 2004 hanya mampu memperolehi majoriti 1725 undi sahaja pada PRK kali ini. "BN boleh kata undi mereka meningkat tapi Pakatan lebih layak menggunakan perkataan itu sekarang," tegas beliau. Bagi Herman, walaupun kehilangan kerusi Hulu Selangor, namun itu sedikitpun tidak merencatkan perkembangan sokongan rakyat kepada Pakatan.

BN katanya belum boleh mendabik dada dengan mengatakan sokongan rakyat telah pulih kerana mereka hanya menerima 24,997 undi kali ini berbanding 2004 dimana mereka gagah dengan 27,807 undi. "Mereka masih hilang hampir 3000 pengundi," kata beliau. Herman berpendapat ada yang mengatakan bahawa kemenangan Kamalanathan ini umpama kemenangan K.Parthiban di DUN Ijok satu ketika dahulu sebelum Pakatan merampas Kerajaan Selangor. "Jika Pakatan gunakan semangat kekalahan ini untuk melawan lebih hebat lagi selepas ini, maka kehilangan 1 kerusi Parlimen hari ini akan digantikan dengan kemenangan menguasai Kerajaan Persekutuan 2013 nanti," kata beliau lagi.
Bagi beliau, ada hikmahnya kekalahan dan penambahan undi ini kerana ini juga satu peringatan agar Pakatan jangan terlalu selesa dengan kemenangan kecil sebelum ini. "Semua ini adalah satu latihan buat jentera Pakatan di masa akan datang. Tahniah buat semua," ucap beliau.Erapakatan

Tiada ulasan:

Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz

Bermula 31/7/2009

Pengunjung Ambo dari....