Sahabat Ambo

Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih

Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas

Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud


LAGI VIDEO TINTA HIJAU-DKB KLIK DI SINI

Translate

Isnin, 26 April 2010

Sidang DUN Kedah "Panas"


ALOR SETAR: Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah pada Isnin "panas" apabila berlaku pertikaman lidah antara anggota parti pemerintah dan wakil Barisan Nasional (BN) berhubung bidang kuasa Sultan Kedah sebagai ketua Agama Islam negeri.
Kekecohan tercetus selepas ketua pembangkang Datuk Seri Mahdzir Khalid (BN-Pedu) bangun meminta soalan bertulis ketiga (a dan b) Mohd Nasir Mustafa (PAS-Kubang Rotan) ditarik balik.
Soalan (a) ialah Sejauh manakah bidang kuasa KDYMM Tuanku Sultan sebagai Ketua Agama Islam Negeri ini dihormati oleh Kerajaan Pusat dan (b): Setakat manakah tahap tidak boleh campurtangan Kerajaan Negeri Kedah dalam pentadbiran hal ehwal agama Islam, nyatakan perkara tidak boleh tersebut.

Mahdzir berkata semasa BN mentadbir kerajaan negeri Kedah, soalan yang menyentuh bidang kuasa Sultan tidak pernah dibangkitkan di DUN dan kuasa baginda juga tidak pernah dipertikaikan.
Penerangan Mahdzir itu bagaimanapun mendapat bantahan anggota penyokong kerajaan negeri yang membawa kepada pertikaman lidah antara kedua-dua belah pihak sehingga ada yang meninggikan suara.
Menteri Besar Datuk Seri Azizan Abdul Razak (PAS-Sungai Limau) berkata soalan itu diajukan bagi mendapatkan penjelasan terperinci mengenai bidang kuasa Sultan Kedah berkaitan hal ehwal agama Islam.
Suraya Yaacob (BN-Sungai Tiang) kemudiannnya bangun mempertikaikan kedua-dua soalan itu dengan menjelaskan bidang kuasa Sultan telah termaktub dalam undang-undang tubuh kerajaan negeri.
Speaker Datuk Dr Abdul Isa Ismail akhirnya membuat keputusan supaya kedua-dua soalan bertulis itu ditarik balik.Abdul Isa mengakui beliau mungkin terlepas pandang perkara tersebut.
Terdahulu, Ahmad Izzat Shauki (PAS-Bukit Lada) dipilih sebagai timbalan Speaker selepas namanya dicadangkan oleh Azizan dan disokong Datuk Phahrolrazi Zawawi (PAS-Pengkalan Kundor).- BERNAMA

Tiada ulasan:

Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz

Bermula 31/7/2009

Pengunjung Ambo dari....