Sahabat Ambo

Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih

Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas

Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud


LAGI VIDEO TINTA HIJAU-DKB KLIK DI SINI

Translate

Rabu, 28 April 2010

Adegan yang tak sabar kita lihat :kemana Berahim Ali selepas ini?

Oleh: notan

"Assalamualaikum,,..

Berahim Ali si katak semakin popular dengan cara yang songsang. Sejak dinobatkan semula sebagai politikus dengan bantuan dan laluan yang diberikan PAS, Berahim kembali kepada perangai asalnya, melompat tetapi kali ini lompatannya semakin tinggi dengan risko rebah tersungkur ke bumi.Berahim lupa diri dan lupa bahawa kawasan parlimennya adalah Pasir Mas di mana Berahim pernah tersungkur beberapa kali setelah melompat.Tetapi Berahim masih tidak mahu berubah setelah peluang yang begitu baik diberikan kepadanya oleh TGNA.


Bermula di Manik Urai, Berahim nampak sudah tidak menoleh kebelakang lagi dengan lompatannya yang sumbang dan sumbing.Di Bukit Gantang dan Hulu Selangor, Berahim begitu lantang menyanggah PR sehingga sanggup mencadangkan DSAI bercuti dari politik untuk menyelesaikan kes liwatnya.Kata Berahim DSAI boleh kembali setelah kes liwatnya selesai dan kalau ada rezeki boleh jadi PM.
Inilah keberanian Berahim yang mungkin tidak menyedari kemungkinan satu hari DSAI akan jadi PM atau beliau masih memperlekehkan DSAI yang seangkatan dengannya ketika demostrasi pelajar 1974 dulu.Berahim juga nampak menyimpan dendam peribadi dengan kemampuan DSAI menarik sokongan ramai walaupun DSAI dituduh dengan berbagai bagai tuduhan.
Kerana dendam kesumatnya Berahim menjadi tidak tentu hala sekarang ini.Berahim cuba mencari sokongan dengan PERKASA yang dipercayai ditaja oleh UMNO dan Berahim sudah melanggar prinsipnya sendiri apabila turun berkempen untuk BN di Hulu Selangor.Berahim menjustifikasikan tindakannya atas kapasitinya sebagai calon bebas bukan sebagai presiden PERKASA.Tindakan ini adalah satu tindakan bebal sebenarnya kerana untuk apa Berahim berkempen sebagai calon Bebas sedangkan calon yang bertanding tidak ada hubungan langsung dengannya.Kenapa Berahim tidak mengumumkan kemasukannya dalam BN?Persolan yang menarik untuk ditanya.Berahim nampak sudah hilang arah apabila berbuat demikian tetapi yang tersirat tidak diketahui, mana tahu ada kilauan RM(bukan Rosmah Mansor) yang dikejar oleh Berahim dengan tindak tanduknya di Hulu Selangor.
Namun itu semua perkara yang tidak memberi kesan kepada masa depan politik Berahim.Hari ini Berahim boleh membantu calon BN di mana mana jua PRK tetapi persoalannya,siapa yang akan membantu Berahim di Pasir Mas pada PRU 13 nanti? Apakah mungkin UMNO memberi laluan kepadanya seperti laluan yang diberikan oleh PAS dulu?Kalaupun ada laluan oleh UMNO untuknya mempertahankan kerusinya,apakah Berahim tidak bimbang dengan sejarah ketika beliau melompat dari 46 kepada UMNO dulu dan pengalaman bertanding sebagai calon bebas ketika dipecat UMNO?
Rasanya Berahim menyedari perkara ini dan selepas ini pula Berahim akan bermasalah untuk membantu calon BN di Sibu kerana cadangannya kepada kerajaan agar menangguhkan bantuan kepada orang cina kerana tidak mengundi BN di Hulu Selangor.
Jadi kemana Berahim selepas ini?TranungkiteImbang Penuh

2 ulasan:

A Mum Of Three Mohd berkata...

Salam...

Ke mana Ibrahim Ali selepas ini??

Balik ke habitat asalnya, BAWAH TEMPURUNG. Ong gedek gedek... Ong gedek gedek....

Atau..

Ke LUBANG 'KUBUR', bertapa mencari idea bagaimana nak jadi popular dan glamor semula.

Tapi...

Takut pulak, kalau dia masuk kubur dan tak keluar semula. Tinggal dalam kenanganlah dia.

petai muda berkata...

Salam

Selagi ada pemimpin spt dia ni, negara akan hancur.

aku tak nampak arah perjuangannya melainkan utk kepentingan diri...

Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz

Bermula 31/7/2009

Pengunjung Ambo dari....