Sahabat Ambo

Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih

Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas

Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud


LAGI VIDEO TINTA HIJAU-DKB KLIK DI SINI

Translate

Ahad, 28 Februari 2010

Media: Kuasa politik baru PRU 13

Rakyat mungkin tidak asing dengan teori 3M, iaitu Money (wang), Machinery (jentera kerajaan) and Media yang memenangkan Barisan Nasional dalam semua pilihan raya umum (PRU) yang lalu.  Bagaimanapun, teori 3M ini hampir gagal, apabila internet menembusi gelanggang media pada PRU ke-12, membawa impak "tsunami" kepada politik tanahair Malaysia.
Bekas Perdana Menteri Malaysia, Abdullah Ahmad Badawi akhirnya terpaksa mengakur, bahawa media internet merupakan punca kekalahan BN yang dipimpininya dalam PRU ke-12.  Jelas, perang siber pada PRU ke-12 memihak kepada PKR, PAS dan DAP yang kemudiannya membentuk Pakatan Rakyat.  Persoalannya, apakah kecenderungan ini akan berlanjutan sehingga PRU ke-13, menyaksikan kemenangan PR secara besar-besaran; ataupun PR bakal termakan dengan senjata ini?
Zulkifli Sulong, Ketua Pengarang Harakah Daily membuat ramalan bahawa prestasi PR bakal menurun, seandainya PRU ke-13 diadakan pada hari esok, ketika berucap dalam forum berjudul "Media: Kuasa politik baru PRU ke-13", anjuran bersama oleh Gerakan Muslimah Sejagat (GEMS) dan Free Public Forum di Dewan Perhimpunan Cina KL-Selangor, semalam.
Selain Zulkifli Sulong, ahli panelnya termasuk Abu Hassan Hasbullah, pensyarah kajian media Universiti Malaya dan Fathi Aris Omar, Ketua Pengarang Malaysiakini.  Forum ini dipengerusikan oleh Nurul Suhadah, menarik kehadiran kira-kira 50 orang.

Harakah menangkis propaganda "Tengkolok"
Zulkifli Sulong, yang juga bekas Ketua Pengarang Harakah, berkongsi pandangan sejauh manakah kepentingan lidah parti, khususnya terhadap parti pembangkang dalam konteks Malaysia, yang mana media arus perdana dikuasai sepenuhnya oleh parti pemerintah.
Menurut Zulkifli Sulong, Harakah, lidah parti PAS yang mula diterbitkan pada tahun 1987, telah memenangkan PAS di Kelantan, menyapu bersih kerusi yang dipertandingkan di Kelantan bersama Semangat 46 dalam Angkatan Perpaduan Ummah pada PRU tahun 1990.
Ketika itu, UMNO Baru di bawah pimpinan Mahathir Mohamad berada dalam keadaan yang terdesak, sehingga terpaksa memainkan isu "tengkolok Tengku Razaleigh" untuk menumpaskan musuh politik sebelum hari pengundian.  Walau bagaimanapun, Zulkifli Sulong mendakwa Kelantan "terselamat" daripada serangan propaganda tersebut, kerana Harakah sempat membalasnya dengan menyiarkan gambar Mahathir yang pernah memakai tengkolok yang sama ketika melawat ke Malaysia Timur.
Dalam PRU ke-10 pula, PAS berjaya menyapu 27 kerusi parlimen, di samping menguasai dua kerajaan negeri, iaitu Kelantan dan Terengganu.  Lantaran daripada pemecatan Anwar Ibrahim daripada jawatan Timbalan Perdana Menteri pada 2 September 1998, yang mencetuskan gelombang "Reformasi", pengedaran Harakah mencecah kemuncaknya, iaitu 380,000 naskah untuk satu keluarannya.
Persempadanan semula kawasan pengundian
Walau bagaimanapun, melihat kepada kecenderungan jatuh-naiknya prestasi PAS, Zulkifli Sulong menjangkakan prestasi parti tersebut akan menurun pada PRU ke-13, seandainya diadakan dalam masa terdekat ini.  Malah, beliau mengingatkan bahawa persempadanan semula kawasan pengundian akan dilakukan untuk mengurangkan kerusi PR.
Beliau mengambil contoh PRU tahun 1999, yang menyaksikan sokongan Melayu-Islam kepada Barisan Alternatif.  Maka, persempadanan kawasan pengundian dibuat sebelum PRU tahun 2004, untuk memasukkan pengundi bukan Melayu ke dalam kawasan pengundian, sebagai taktik menambah undi kepada BN.  Antaranya, dua orang pemimpin PAS, Mohamad Sabu yang bertanding di Kuala Kedah, dan Mahfuz Omar yang bertanding di Pokok Sena telah menjadi mangsa kepada taktik tersebut, dakwa Zulkifli Sulong.
Justeru itu, Zulkifli Sulong mendakwa bahawa UMNO kini cuba mendapatkan kerusi daripada PKR dan PAS, dengan mendendangkan retorik "perpaduan Melayu", agar mereka memperolehi semula majoriti dua pertiga dalam parlimen, lantas memberi laluan kepada persempadanan semula kawasan pengundian.  Beliau berharap agar PAS tidak terperangkap oleh UMNO dalam permainan ini.
Superman adalah wartawan
Abu Hassan Hasbullah (gambar kanan) pula memulakan ucapannya dengan mengimbas sejarah bagaimana kerajaan/regim dalam tamadun manusia dijatuhkan oleh kuasa media, sambil berseloroh bahawa watak hero (wira) yang ditayangkan zaman kini seperti superman dan spiderman, adalah wartawan.
Malah, beliau menyajikan data daripada sekumpulan penyelidik di bawah Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu untuk menolak andaian bahawa media baru (internet) dilihat sebagai negatif dan media primitif (tradisional, seperti cetakan dan elektronik) lebih dipercayai.  Malah, beliau begitu optimis terhadap zaman teknologi maklumat,  bahawa media baru bakal bangkit tanpa boleh dihalang oleh sesiapapun.
Abu Hassan Hasbullah juga berkongsi pengamatan dan pengalaman dirinya, dalam proses bagaimana media baru telah membawa perubahan dalam demokrasi.  Untuk berdepan dengan media baru, beliau menekankan bahawa arus sedemikian "tidak boleh" dan "jangan (di-)halang".  Mereka yang berbeza pendapat bakal bangkit dan menyanggah sesuatu pandangan yang lain.
Beliau juga menceritakan bagaimana media primitif kehilangan kredibilitinya, dengan menunjukkan data bahawa kajian mendapati 73% kanak-kanak yang berusia antara 6 hingga 12 tahun berminat terhadap perbuatan sodomi kerana ingin tahu.  Beliau sebagai anggota Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) baru-baru ini "mengamuk", meluahkan ketidakpuasannya kerana mereka terpaksa melanggani Berita Harian atau Utusan Malaysia

untuk anak mereka, bagi mendapatkan akhbar Didik yang terselit dalamnya.  Dengan kata lain, segala liputan akhbar tersebut untuk isu liwat akan dibaca oleh anak-anak mereka.
Beliau mendakwa bahawa dirinya sedia bangkit untuk menentang keadaan ini, kerana untuk dirinya, demokrasi dan kebebasan bermaksud "participate" (penyertaan).
Keasyikan terhadap Internet
Fathi Aris Omar (gambar kanan) berkongsi pengamatannya bahawa wujudnya fenomena di mana media kini lebih cenderung untuk memainkan isu politiking, personaliti daripada isu sebenarnya.  Beliau mengambil contoh bagaimana berita Zahrain Mohamed Hashim, Tan Tee Beng dan Zulkifli Noordin keluar (atau mungkin keluar) parti dimainkan untuk tiga minggu, sedangkan isu yang memberi impak dalam kehidupan seperti Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) diabaikan.
Berbanding dengan Abu Hassan Hasbullah, beliau lebih pesimis terhadap "kebangkitan media baru", kerana meragui kecapaiannya kepada khalayak yang lebih ramai, bahkan sejauh manakah kandungan media tersebut mampu berfungsi untuk "convert" audien lain.
Ketika mengulas fenomena keasyikan kepada internet dan keghairahan untuk blog dan facebook, beliau berkata, "Jangan-jangan perkara itu mengasyikkan dan melekakan pembangkang sehingga pembangkang tak buat kerja, kerana dalam konteks Malaysia, mahu atau tidak, suka atau tidak, pendekatan tradisional untuk mendampingi (approach) pengundi masih penting."

Tiada ulasan:

Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz

Bermula 31/7/2009

Pengunjung Ambo dari....