Sahabat Ambo

Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih

Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas

Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud


LAGI VIDEO TINTA HIJAU-DKB KLIK DI SINI

Translate

Sabtu, 27 Februari 2010

SMS Desak Ahmad Said Letak Jawatan Tersebar

KUALA TERENGGANU – Politik Terengganu kembali panas apabila ada pihak tertentu dikatakan cuba menyebarkan spekulasi termasuk menerusi kiriman khidmat pesanan ringkas (SMS) mengenai kedudukan jawatan Menteri Besar, Datuk Ahmad Said, selepas Mac nanti.

Malah, ada antara SMS itu turut mendakwa bahawa Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kijal itu telah dinasihatkan supaya melepaskan jawatannya.

Bagaimanapun, Ahmad ketika diminta mengulas berhubung perkara itu menganggap bahawa serangan politik terhadap beliau yang tersebar sejak beberapa minggu lalu sebagai perkara biasa.

Ditanya mengenai SMS terbaru yang mengatakan beliau diminta meletak jawatan, Ahmad bagaimanapun enggan mengulas lanjut, sebaliknya meminta wartawan bertanya kepada pihak terbabit.

“Kena tanya orang itulah. Saya tidak mahu ulas benda ini, ia (serangan politik) biasalah. Ada dengar dalam SMS, anda (wartawan) baca sebab tu anda tanya. Tidak mengapalah, saya masih seperti ini,” katanya kepada pemberita sejurus tiba di Lapangan Terbang Sultan Mahmud (LTSM), di sini, semalam.


SMS yang tersebar sebelum ini, antara lain menasihatkan Ahmad meletak jawatan kerana menganggap beliau gagal mentadbir dan mengurus Kerajaan Negeri dengan baik serta efisien.

Malah, tindakan Ahmad yang tiada dalam negeri beberapa hari lalu kerana melawat Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin di Jerman dan menunaikan umrah di Makkah turut dipersoalkan dalam SMS berkenaan.

Ahmad tiba petang semalam selepas mengadakan lawatan ke Jerman selama empat hari dan menghabiskan masa menunaikan ibadat umrah selama lima hari bersama isterinya, Toh Puan Norliza Mahmud. SH

Tiada ulasan:

Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz

Bermula 31/7/2009

Pengunjung Ambo dari....