Sahabat Ambo

Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih

Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas

Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud


LAGI VIDEO TINTA HIJAU-DKB KLIK DI SINI

Translate

Khamis, 5 Disember 2013

Video : Panas !!! Usul banjir Gamatkan Sidang Parlimen




Dewan Rakyat kecoh apabila Ahli Parlimen Kuantan Fuziah Salleh cuba membawa usul tergempar membahaskan masalah banjir yang melanda di Kuantan. 

Beliau dicelah oleh Ahli Parlimen Kinabatangan Datuk Bung Moktar Raden yang berkata wakil rakyat PKR itu sepatutnya pulang ke kawasan bersama rakyat.

Tindakan Bung Moktar Radin mendapat bantahan dari ahli ahli Parlimen Pakatan rakyat,antaranya MP Shah Alam Khalid Samad dan MP Ampang Zuraida Kamaruddin.Kini TV

Rabu, 4 Disember 2013

Sebab Ustaz Kazim Tolak Jawatan MT Umno

Pendakwah terkenal Ustaz Mohammad Kazim Elias (gambar) menolak pelantikan sebagai Anggota Majlis Tertinggi (MT) Umno kerana mahu menjadi pendakwah yang boleh bergerak bebas dalam usahanya memartabatkan perpaduan umat Islam negara ini.

Ketika mengumumkan keputusan itu di hadapan 2,000 orang yang menghadiri ceramahnya di Taman Ria di sini malam tadi, pendakwah itu berkata beliau juga mahu menumpu pada sekolah yang ditubuhkannya, Pusat Pendidikan Al-Barakah di Jalan Maxwell, Ipoh.

"Saya tidak mahu dilabel oleh orang ramai mendapat bantuan Umno dengan menerima jawatan MT," kata Mohammad Kazim yang menemui Datuk Seri Najib Razak Isnin lepas selepas perdana menteri dan presiden Umno mengumumkan pelantikannya itu baru-baru ini.

Mohammad Kazim berterima kasih atas tawaran perdana menteri itu namun tetap dengan keputusannya untuk tidak menerimanya.

"Saya dah bercakap dengan perdana menteri. Saya ini milik rakyat Malaysia dan bukan milik parti politik. Pengikut kuliah saya lebih suka saya bebas walaupun menyokong agenda perdana menteri yang berusaha memartabatkan Islam," katanya dalam ceramah itu.

Mohammad Kazim berkata dalam pertemuan selama sejam dengan Najib di bangunan Parlimen, perdana menteri memaklumkan tawaran untuk melantiknya sebagai anggota MT Umno dibuat selepas mendapatkan pandangan empat Mufti.

"Perdana menteri memberitahu pelantikan saya adalah untuk memberi nasihat kepada ahli-ahli Umno dan memperkasakan agenda umat Islam dari peringkat sekolah rendah hingga menengah.

"Saya nampak perdana menteri sangat terbuka dalam hal agama dan meminta saya merangka satu sistem pendidikan terbaik bagi membentuk generasi muda menjadi orang yang lebih baik," kata Mohammad Kazim, yang merupakan antara sembilan orang yang dilantik ke jawatan itu pada 29 November lepas.

Buat Kenduri Kesyukuran Kerana Tidak Dilantik Pesuruhjaya Pas

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Meru, Dr Rani Othman (gambar), meraikan 'pembebasan' beliau daripada jawatan Pesuruhjaya PAS Selangor dengan mengadakan kenduri kesyukuran, malam tadi.Beliau meraikan rakan dan penyokongnya dengan kambing dan ayam bakar di Markas PAS Bukit Kapar.

Hadir sama ialah Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali."Saya tanya Dr Rani sebelum datang majlis apakah ini. Dr Rani jawab, majlis kesyukuran selepas berjaya dibebaskan daripada pesuruhjaya," kata Mustafa yang berucap di majlis itu.

Mustafa berkata, sebelum muktamar PAS ke-59, Dr Rani menghantar surat kepada Presiden PAS untuk memohon agar beliau tidak dipilih lagi untuk jawatan itu.

“Kepada saya pula Dr Rani berkata, sila berikan sebab kenapa saya perlu dikekalkan sebagai PJ,” katanya.Semalam Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengumumkan Exco kerajaan negeri Selangor, Iskandar Samad dilantik sebagai Pesuruhjaya PAS Selangor.

Tindakan tidak memilih Dr Rani amat memeranjatkan kerana beliau dikatakan sebagai Pesuruhjaya PAS Selangor paling berjaya berdasarkan keputusan pilihan raya umum ke-13 Mei lalu.

Di bawah pimpinannya, PAS Selangor berjaya mengecap kejayaan paling cemerlang apabila PAS berjaya menambah tujuh kerusi DUN kepada 15 di Selangor di samping mengekalkan jumlah kerusi Parlimen.

Sehubungan itu, berlaku sedikit kegelisahan di kalangan penyokong Dr Rani, apakah beliau dipecat.Pada majlis itu, Dr Rani berkata, sebaik saja dimaklumkan mengenai pelantikannya, Iskandar menghubungi beliau bertanya, bolehkah beliau menolak pelantikan itu, kerana Iskandar juga bukan mengejar jawatan itu.

Dr Rani berkata:"Mana boleh."Dalam ucapannya malam tadi, Dr Rani berkata, walaupun beliau sudah bebas daripada memikul jawatan itu, perjuangan masih belum selesai."Kita kena fokus kepada usaha mahu ke Putrajaya. Musuh kita sekarang adalah Umno. Kita kena ingat itu," katanya.TMI

Selasa, 3 Disember 2013

Dr Ridhuan Tee Akan Disiasat

Kementerian Pertahanan akan menyiasat dakwaan bahawa ahli akademik pro kerajaan Dr Ridhuan Tee Abdullah (gambar) mengajar subjek “pembersihan etnik” di Universiti Pertahanan Negara Malaysia (UPNM).

Timbalan Menteri Pertahanan, Datuk Abdul Rahim Bakri, berkata walaupun beliau tidak mempunyai maklumat lengkap, beliau mempertahankan Profesor Madya tersebut kerana tidak salah untuk menyentuh isu itu jika ia berdasarkan fakta.

“Kita mesti berlaku adil, kita perlu melihat sama ada subjek tersebut untuk mendidik pelajar atau dibuat dengan hasutan,” katanya menjawab soalan Teresa Kok (DAP-Seputeh).

Menyatakan bahawa ahli akademik UPNM berpengetahuan dan berpengalaman, Abdul Rahim berkata sekiranya subjek itu diajar secara fakta, ia tidaklah merbahaya.

"Namun, kami akan menyiasat dan akan memberitahu anda akan keputusan lanjut nanti," katanya.Ridhuan yang juga seorang kolumnis bagi akhbar Umno Utusan Malaysia, pernah menidakkan tuduhan plagiarisme yang beliau hadapi dengan mengatakan pengkritiknya hanya mahu menghapuskan beliau.

Kok membuat aduan bahawa Ridhuan meniru satu artikel yang ditulis oleh pensyarah Universiti Teknologi Malaysia, Dr Airil Yasreen Mohd Yassin.

"Jika anda bandingkan kedua-dua artikel itu, anda akan mendapati bahawa Ridhuan meniru hampir keseluruh kandungan artikel Dr Airil, termasuk kesalahan tatabahasa di dalam artikel asal tanpa memberi sebarang kaitan kepada penulis asal," kata Kok.

Bekas rakan setugas Ridhuan, Senator Dr Ariffin S. M. Omar mengatakan bahawa Ridhuan telah menerima kenaikan pangkat walaupun berdepan tuduhan plagiarisme.

"Siasatan telah bermula tetapi Naib Canselor dan Timbalan Naib Canselor bahagian akademik waktu itu tidak ambil sebarang tindakan ke atas Ridhuan malahan dia dinaikkan pangkat," kata Ariffin, lalu menambah bahawa kenaikan pangkat Ridhuan tidak dipersetujui ramai pensyarah di UPNM.

"Kami telah memberhentikan pelajar-pelajar yang didapati meniru dalam kertas tugasan mereka. Tetapi mengapakah tiada tindakan diambil terhadap pensyarah? Adakah kita mengatakan tiada masalah jika pensyarah melakukan kesalahan yang sama?" soal beliau.TMI

Terima Kasih Kerajaan Barisan Nasional !!!

Tahniah kepada Umno-BN kerana menepati slogannya “Rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan”. Terkini ialah kejayaan Umno-BN menaikkan tarif elektrik pula. sebelum ini, Umno-BN telah menaikkan harga petrol dan diesel sebagai hadiah segera kepada rakyat yang memberinya mandat memerintah Malaysia sekali lagi.

Tahniah juga kepada rakyat Malaysia khususnya yang mengundi Umno-BN pada pilihan raya yang lalu. Kepada yang marah-marah kerana tarif elektrik naik, anda boleh guna lampu minyak tanah atau yang setara dengannya.

Nasihat ini sama seperti yang ditujukan kepada penentang kenaikan harga ayam sebelum ini. Jika harga ayam mahal, jangan makan ayam. Jika marah harga minyak naik, jangan guna minyak – gunalah basikal atau kereta lembu.

Saya juga berpandangan bahawa pak menteri tidak perlu susah-susah memikirkan alasan kenaikan tersebut. Hal ini kerana kami sedia maklum bahawa jawapannya – harga tersebut lebih rendah berbanding negara jiran atau anda boleh pindah ke negara lain.

Kini, saya juga tidak sabar-sabar pula menunggu pelaksanaan penuh Cukai Barangan dan Perkhidmatan atau ringkasnya CBP – tetapi Umno-BN lebih suka guna bahasa Inggeris iaitu GST, ringkasan kepada Goods, Services and Tax – apa kelas guna bahasa Melayu, tak glokal langsung.

Bagi saya, inilah masa yang paling cun untuk menaikkan segala macam cukai. Maklumlah, Pilihan Raya Umum ke-14 masih jauh lagi. Kepintaran pimpinan Umno-BN membaca mood rakyat sukar disangkal, mereka amat faham jika kenaikan ini dilakukan kurang dari setahun PRU, tentunya rakyat akan marah.

Dan saya amat kagum dengan bangsa saya sendiri kerana memiliki sifat pemaaf dan muda lupa. Sifat terpuji ini mungkin tiada pada bangsa lain. Walaupun tanah air mereka sedikit demi sedikit tergadai kepada warga dan bangsa lain, mereka bersedia memaafkan Umno-BN apabila mendapat sedikit imbuhan seperti BR1M atau seumpamanya – benar seperti yang dikatakan Tun Mahathir, “Melayu mudah lupa”.

Selain itu saya memuji sifat sabar dan pemurah sebahagian rakyat Malaysia. Walaupun laporan audit negara menyatakan bahawa dana awam digunakan untuk “menderma” kepada pembekal peralatan jabatan kerajaan dengan membayar lebih dari sepatutnya.

Laporan audit menyatakan bahawa kerajaan telah membeli Marine Binocular  dengan harga RM 56,350 berbanding pasaran RM 1,940. Nah, terbukti sifat pemurah jabatan kerajaan yang diterajui oleh Umno-BN. Itu laporan audit 2012 sebelum PRU13! Kemenangan Umno-BN membuktikan rakyat memang sayangkan Umno-BN kerana sifat pemurahnya dalam membelanjakan dana awam.

Isnin, 2 Disember 2013

Terbaik !!! Sultan Brunei Kawal Lalu Lintas Ketika Pengiringnya Kemalangan


Kagum dengan sikap yang dipamirkan Sultan Brunei, bila beliau sendiri mengawal lalu lintas apabila salah seorang pengiring bermotosikalnya mendapat kemalangan jalanraya yang sedang diberikan pertolongan kecemasan oleh pemandu dan pengiring bermotosikal yang lain selepas dirempuh sebuah kereta yang dipandu laju seorang wanita.

Kedua-dua anggota pengiring Diraja Brunei itu terpaksa dikejarkan ke hospital selepas dilanggar kereta itu yang datang dari arah bertentengan, menurut laporan Brunei Times.

Kejadian berlaku berdekatan Jerudong Park di Lebuh Raya Muara-Tutong semalam. Kagum dengan kesudian baginda keluar dari kereta Diraja dan mengawal keadaan lalu lintas sementara anggota pengiringnya diberikan rawatan kecemasan.

Bayangkan perasaan rakyat Brunei yang berkesempatan melihat kerendahan hati dan kemulian yang dipertontonkan pemerintah mereka ketika memandu melalui jalan berkenaan.

Dalam kejadian itu, seorang anggota patah bahu kiri dan tangan, manakala seorang lagi cedera ringan tetapi masih dalam keadaan trauma dan terkejut selepas mereka dilanggar oleh sebuah kereta yang dipandu seorang wanita.Pemandu itu dipercayai memandu melebihi had laju yang dibenarkan ~ Sumber

Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz

Bermula 31/7/2009

Pengunjung Ambo dari....