Sahabat Ambo

Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih

Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas

Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud


LAGI VIDEO TINTA HIJAU-DKB KLIK DI SINI

Translate

Rabu, 4 Disember 2013

Buat Kenduri Kesyukuran Kerana Tidak Dilantik Pesuruhjaya Pas

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Meru, Dr Rani Othman (gambar), meraikan 'pembebasan' beliau daripada jawatan Pesuruhjaya PAS Selangor dengan mengadakan kenduri kesyukuran, malam tadi.Beliau meraikan rakan dan penyokongnya dengan kambing dan ayam bakar di Markas PAS Bukit Kapar.

Hadir sama ialah Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali."Saya tanya Dr Rani sebelum datang majlis apakah ini. Dr Rani jawab, majlis kesyukuran selepas berjaya dibebaskan daripada pesuruhjaya," kata Mustafa yang berucap di majlis itu.

Mustafa berkata, sebelum muktamar PAS ke-59, Dr Rani menghantar surat kepada Presiden PAS untuk memohon agar beliau tidak dipilih lagi untuk jawatan itu.

“Kepada saya pula Dr Rani berkata, sila berikan sebab kenapa saya perlu dikekalkan sebagai PJ,” katanya.Semalam Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengumumkan Exco kerajaan negeri Selangor, Iskandar Samad dilantik sebagai Pesuruhjaya PAS Selangor.

Tindakan tidak memilih Dr Rani amat memeranjatkan kerana beliau dikatakan sebagai Pesuruhjaya PAS Selangor paling berjaya berdasarkan keputusan pilihan raya umum ke-13 Mei lalu.

Di bawah pimpinannya, PAS Selangor berjaya mengecap kejayaan paling cemerlang apabila PAS berjaya menambah tujuh kerusi DUN kepada 15 di Selangor di samping mengekalkan jumlah kerusi Parlimen.

Sehubungan itu, berlaku sedikit kegelisahan di kalangan penyokong Dr Rani, apakah beliau dipecat.Pada majlis itu, Dr Rani berkata, sebaik saja dimaklumkan mengenai pelantikannya, Iskandar menghubungi beliau bertanya, bolehkah beliau menolak pelantikan itu, kerana Iskandar juga bukan mengejar jawatan itu.

Dr Rani berkata:"Mana boleh."Dalam ucapannya malam tadi, Dr Rani berkata, walaupun beliau sudah bebas daripada memikul jawatan itu, perjuangan masih belum selesai."Kita kena fokus kepada usaha mahu ke Putrajaya. Musuh kita sekarang adalah Umno. Kita kena ingat itu," katanya.TMI

5 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

PAS Sgor berhati besar. Bukan mcm Penang...baru 1 kerusi dun dah minta mcm2

Tanpa Nama berkata...

Alangkah baiknya jika sifat Dr.Rani ini dimiliki juga oleh PJ WP Hj.Mohd.Nor yg sudah lama sangat jadi PJ WP tapi tidak membawa sebarang perubahan mahu pun kejayaan dan pembaharuan kpd WP.Saban Pilihanraya asyik nak jadi calun.Dah 3 kali gaggal nasih nak hadi calun lagi.Terus jadi PJ WP sebab orang Ganu yg wala pd Presiden.


Tanpa Nama berkata...

Vp dan ajk semua tu tunggul kayu ke?hebat benar la pres pas ni yerr..baik takyah undi vp ngan ajk tu kalau ikut pendpt kt atas tu

Nazaruddin si Hamba Allah berkata...

Apakah YB Khalid Samad itu tidak layak? Berdasarkan pengalaman peribadi saya dengan YB Iskandar serta prestasi dan keterampilan beliau, rasanya YB Khalid Samad jauh lebih layak. Mungkin jugak presiden dah buat istikharah dan itulah petunjuk dari Nya.. wallahua'lam.

Tanpa Nama berkata...

Allahuakbar. Begitu besar jiwa pemimpin 'MELAYU' ni, tidak mementingkan jawatan tetapi perjuangan. Berbeza sekali dgn Hasan Jati (melayu juga) memang tampak ketara. Keikhlasan Dr. Rani yg terpapar itu terserlah serinya. Teruskan usaha memartabatkan islam di bumi Malaysia ini.

Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz

Terdapat ralat dalam alat ini
Bermula 31/7/2009

Pengunjung Ambo dari....