Sahabat Ambo

Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih

Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas

Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud


LAGI VIDEO TINTA HIJAU-DKB KLIK DI SINI

Translate

Rabu, 13 Ogos 2014

Exco DAP dan PKR tolak pemecatan,tetap teruskan tugas

Exco-exco yang dipecat dalam sidang media tergempar oleh Pakatan Rakyat berikutan pemecatan exco-exco Negeri Selangor dari Parti PKR dan DAP di Ibu Pejabat PKR. - Foto Sinar Harian oleh SHARIFUDIN ABDUL RAHIM

Enam Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) Selangor mengatakan pemecatan mereka tidak sah dan tetap akan menjalankan tugas seperti biasa.

Exco Kerajaan Tempatan, Kajian dan Penyelidikan Datuk Teng Chang Kim menolak pemecatan oleh Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim tersebut kerana Sultan Selangor sahaja berhak mengambil tindakan sedemikian.

"Pelantikan Exco Selangor dibuat oleh Sultan atas nasihat menteri besar."Oleh itu, Sultan sahaja boleh tolak kedudukan Exco," kata Teng, yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) DAP, Sungai Pinang pada sidang media di Ibu Pejabat PKR di Petaling Jaya malam ini.

Teng berkata surat pemecatan yang dihantar meragukan apabila Khalid mengatakan sudah mendapatkan perkenan Sultan Selangor.

"Menurut surat hari ini, Khalid berkata Sultan Selangor setuju tamatkan khidmat kami, tetapi kami percaya Khalid tidak tinggalkan pejabat sejak pagi hingga selesai sidang akhbar 6 petang tadi.

"Ini bererti Khalid tidak beri gambaran yang sebenar beliau masih belum lagi menghadap Sultan Selangor untuk nasihatkan tamatkan khidmat kami sebagai Exco," kata Teng.

Teng berkata sekiranya Khalid mendakwa sudah mendapatkan perkenan semalam, mengapa beliau tidak memecat semalam tetapi sebaliknya mahu berjumpa dengan Exco untuk mendapatkan sokongan.

"Tetapi beliau berkata kepada kami untuk berjumpa bagi melihat sama ada mendapat sokongan ataupun tidak.

"Keputusan pemecatan mengatakan mendapat perkenan Sultan oleh Khalid sangat bertentangan," kata Teng.

Sementara itu, Exco Pelancongan, Hal Ehwal Pengguna dan Alam Sekitar, Elizabeth Wong gesa baki 4 Exco PAS supaya tidak menghadiri mesyuarat esok.

"Kami harap empat Exco lagi itu tidak menghadiri mesyuarat dengan Khalid esok," kata Elizabeth.Dalam pada itu, Teng menegaskan Khalid tidak mempunyai kelayakan untuk pecat Exco kerajaan Pakatan Rakyat (PR).

"Kedua, kerajaan Selangor adalah Pakatan Rakyat dan beliau tidak ada kelayakan untuk pecat anggota Pakatan Rakyat.

"Ini tidak pernah berlaku dalam sejarah dunia kerana pecat kerajaan beliau (Khalid) sendiri pada ketika beliau sendiri sudah dipecat oleh partinya sendiri," kata Teng.

PR hari ini kehilangan kerajaan Selangor apabila Khalid memecat kesemua anggota Exco PKR dan DAP.Lima daripada Exco yang terlibat menerima surat pemecatan mereka, sementara Exco PKR Rodziah Ismail berada di luar negara.

Tindakan Khalid ini meninggalkan beliau dengan 4 Exco PAS dalam kerajaan negeri Selangor.

Selain Teng dan Elizabeth, 3 lagi Exco juga hadir pada sidang di ibu pejabat PKR malam ini adalah Ean Yong Hian Wah (Pelaburan, Perindustrian dan Perdagangan, Pembangunan Kampung Baharu, Pemutihan Kilang Haram), Dr Daroyah Alwi (Kesihatan, Pembangunan Usahawan, Sains, Teknologi dan Inovasi) dan Ganabatirau Veraman (Pekerja Ladang, Kemiskinan dan Kerajaan Prihatin).TMI

2 ulasan:

Unknown berkata...

Dengan Nama Allah SWT
Allah Hu Akhbar .... Bila time Khalid Ibrahim kena pecat sibuk kata khalid Ibrahim tak hormat perlembagaan atau itu ini lah. Hinggakan tidak di beri peluang untuk memberi jelas akan tidak keadilanan buat TSKI . Tapi bila exco Selangor kena pecat riuh habis kata TSKI tak ikut perlembagaan atau tak betul tindakkan TSKI memecat exco nya. Dah sultan Selangor kekalkan TSKI sebagai menteri Besar buat rakyat negeri Selangor ... kenapa exco nya menderhaka titah Baginda terhadap menteri Besar pilihan Sultan Selangor ??? Mari kita rujuk kekata Datuk Teng dari DAP dengan mengata yang beliau tidak akan dengar arahan Menteri Besar Selangor , beliau hanya dengar dari arahan parti nya ( DAP ) ini bermakna selama ini Datok Teng dan exco lain hanya kerja untuk partinya bukan untuk Rakyat Selangor . Ini kah cara mereka ( exco/adun PKR dan DAP bekerja ??? Moga moga pihak berwajib FRU dan sekeruti tangkap orang orang yang telah di pecat dari jawatan mereka. Masukkan mereka kedalam lokap kerana biadap tak dengar arahan Menteri Besar TSKI dan Sultan Selangor.

Tanpa Nama berkata...

1. Alhamdulillah...mudah2an org yg masih ada iman dpt lihat gelagat mereka dan onar2 dlm pas.
2. Majlis Syura mudah2an akan mengistihar:
A. Kekal dlm PR unless depa nk sgt terminate PAS. Blogger upahan2 ni nk sgt pas kuar...so kite bg ruang pd mereka utk kuarkan pas.
B. Kekal sokongan pd tski. You r innocent until proven guilty in d court of law.
C. Sisasatan dalaman utk menyelongkar pecah amanah dalaman pas dan buang mereka yg lebih wala pd parti lain walaupun timb presiden sekalipun
D. Pas is all out for hudud. Be with me or dun stop me.

Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz

Bermula 31/7/2009

Pengunjung Ambo dari....