Sahabat Ambo

Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih

Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas

Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud


LAGI VIDEO TINTA HIJAU-DKB KLIK DI SINI

Translate

Rabu, 13 Ogos 2014

Kritik Presiden,Exco Pemuda Pas Letak Jawatan

Anggota exco Pemuda PAS Zulhazmi Shariff meletak jawatan daripada jawatannya ekoran kritikan 'keterlaluan' terhadap Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Zulhazmi (gambar ) adalah ahli mesyuarat dan timbalan pengerusi Badan Mobilisasi Dewan Pemuda PAS.

Ketua Pemuda PAS Suhaizan Kayat mengumumkan bahawa Zulhazmi "secara sukarela memohon maaf dan melepaskan jawatannya" susulan kenyataan dalam Facebook yang mengulas jurang antara kumpulan pro-menteri besar Selangor dan pro-Pakatan Rakyat dalam krisis di negeri itu.

Semalam Zulhazmi, yang merupakan calon ketua Pemuda PAS tetapi kalah, memaparkan dalam akaun Facebooknya satu "surat terbuka" kepada Presiden Umno Datuk Seri Najib Tun Razak.

Beliau secara sinis menggesa Najib agar menukar MP Gua Musang dengan MP Marang (Hadi) kerana menurutnya PAS mahukan MP Gua musang sebagai PM yang baru.

Zulhazmi merujuk kepada laporan tentang niat PAS untuk menjadikan Tengku Razaleigh, seorang anggota Umno, sebagai PM jika Pakatan memenangi pilihan raya umum lalu.M,kini

3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

ada bagusnya...
mungkin ada hikmah di sebaliknya

Tanpa Nama berkata...

Okla....kurang2nya dia ada harga diri...pergila balik pd anuwar....now next?

Tanpa Nama berkata...

Jgn terkejut lps ni anuwar akan arah ejen2 beliau dlm ajk pusat agar bangun memberontak lawan majlis syura. Dia mmg nk kuasai pas dan jdkan pas lebih moderate selaras dgn polisi amerika. Tp olehkrn dh pecah tembelang parasit2 ni....lebih baik dipecahkan shj pas tu supaya kekal lemah.
Bunga2 memberontak dh ada. Kenyataan2 tidak wala dh byk kuar kt media. Serangan2 peribadi dan ugutan2 dh bermula. U igt madey je ada file semua menteri2...anuwar dgn bantuan perisikan amerika dan spore dah byk kumpul maklumat2 berguna ni ttg setiap ahli politik pr.

Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz

Terdapat ralat dalam alat ini
Bermula 31/7/2009

Pengunjung Ambo dari....