Sahabat Ambo

Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih

Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas

Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud


LAGI VIDEO TINTA HIJAU-DKB KLIK DI SINI

Translate

Selasa, 15 April 2014

Umno Hipokrit,DUN Terengganu Tolak Bahas Usul Hudud

 Usul dibawa oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bukit Payong, YB Ust Mohd Nor Hamzah

Walaupun pemimpin Umno di peringkat pusat dan negeri Kelantan berjanji untuk menyokong undang-undang syariah khasnya hudud jika ia dibawa oleh PAS di Parlimen, tetapi Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu hari ini menolak usul sama dibawa oleh parti Islam itu.

Speaker DUN Terengganu, Mohd Zubir Embong pagi ini menolak usul yang dibawa oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bukit Payong, Mohd Nor Hamzah di bawah peraturan mesyuarat Fasal 30 Peraturan-peraturan dan Perintah Tetap DUN.

Bagaimanapun, Zubir mencadangkan semua ahli Parlimen beragama Islam menyokong usul yang akan dibawa oleh Kelantan ke Dewan Rakyat.

Mohd Nor berkata, tindakan menolak usul itu kerana Umno Terengganu cuba melepaskan diri dan takut dengan tekanan daripada parti komponen Barisan Nasional (BN) terutama MCA dan MIC."Mereka takut dengan kerajaan pusat," kata Mohd Nor kepada The Malaysian Insider.

Sebelum ini, Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakub, berkata pihaknya akan membawa rang undang-undang persendirian bagi membolehkan undang-undang sama yang turut diluluskan di Kelantan ke Parlimen.

Ia susulan kenyataan Ketua Pembangkang DUN Kelantan dari BN, Datuk Md Alwi Che Ahmad yang berkata beliau akan tinggalkan Umno jika menolak undang-undang itu.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom juga berkata, kerajaan pusat akan mengizinkan undang-undang hudud dilaksanakan di Kelantan dan akan cuba membantu.

Sehubungan itu, PKR mencabar Jamil supaya BN membawa usul ini di Parlimen kalau dia benar-benar ikhlas.

Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifudin Nasution Ismail, berkata BN Terengganu sepatutnya membawa usul itu ke Parlimen.

Ahli Parlimen Ketereh daripada Umno, Tan Sri Annuar Musa, berkata beliau akan melobi semua ahli Parlimen beragama Islam agar menyokong usul itu.

Ahli Parlimen DAP, Lim Lip Eng, kemudian berkata DAP akan membantah cadangan itu dan akan melobi agar semua ahli Parlimen bukan Islam daripada BN juga membantah cadangan itu.Sebelum ini, bekas pengerusi DAP, Karpal Singh, berkata DAP akan membantah cadangan ini.

Perbalahan itu membawa kepada perpecahan antara ahli Parlimen Islam dan bukan Islam di negara ini.

Menurut usul yang dibawa oleh Mohd Nor di DUN Terengganu hari ini, beliau meminta persidangan ditangguh mengikut Fasal 30 Peraturan-peraturan Mesyuarat Dewan Undangan Negeri bagi membolehkan dewan merundingkan isu pelaksanaan Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Hudud dan Qisas) Terengganu 1432H/ 2002M yang diluluskan oleh dewan itu pada 7 Julai 2002.

Beliau berkata, isu itu adalah perkara tertentu kerana pelaksanaan undang-undang Islam adalah tanggungjawab yang diperintahkan oleh Allah dalam Al-Quran antaranya dalam surah al-Baqarah ayat 178, an-Nur ayat 2 dan surah al-Maidah ayat 38.

Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Hudud dan Qisas) Terengganu 1432H/ 2002M diluluskan menjadi undang-undang tertinggi bagi negeri ini, dan mendapat persetujuan Sultan Terengganu, Tuanku Sultan Mizan Zainal Abidin pada 2 September 2002 serta disiarkan dalam warta negeri Terengganu pada 25 September 2002.

Enakmen itu juga dicatatkan berkuatkuasa bermula pada 27 Oktober 2003 melalui dokumen TR.P.U.10/2003, malah, penemuan batu bersurat di Kuala Berang sebelum ini membuktikan kerajaan Terengganu suatu ketika dahulu mengamalkan undang-undang Islam lebih awal daripada kerajaan Islam Melaka.
Malangnya, sehingga kini ia gagal dilaksanakan oleh kerajaan negeri Terengganu, kata Mohd Nor dalam usulnya.TMI

Tiada ulasan:

Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz

Bermula 31/7/2009

Pengunjung Ambo dari....