Sahabat Ambo

Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih

Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas

Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud


LAGI VIDEO TINTA HIJAU-DKB KLIK DI SINI

Translate

Isnin, 14 April 2014

Pemuda PKR Selangor Kecam Tan Sri Khalid Ibrahim

 Menteri Besar  Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim

Pemuda PKR Selangor menyelar Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang menggunakan media rasmi kerajaan negeri untuk tujuan berkempen bagi merebut pertandingan timbalan presiden pada pemilihan akan datang.

Setiausaha Pemuda PKR Selangor, Saifuddin Shafi Muhammad berkata, Khalid tidak seharusnya menjadi seperti pemimpin Barisan Nasional (BN) yang menggunakan media Radio Televisyen Malaysia (RTM) untuk berkempen demi kepentingan politik peribadi.

"Pemuda PKR Selangor kesal dan kecewa kerana sosok menteri besar Selangor yang sering menonjolkan dirinya sebelum ini sebagai seorang pemimpin yang bersih dan berintegriti akhirnya kini bertindak menyalahgunakan portal media rasmi kerajaan negeri bagi tujuan politik peribadi beliau," katanya, dalam satu kenyataan di Kuala Lumpur.

Saifuddin berkata, Khalid menggunakan laman portal Selangor Kini bertarikh 12 April 2014 di bawah tajuk "Pemilihan PKR 2014: Kenapa Tan Sri Khalid wajar diangkat sebagai timbalan presiden" bagi tujuan kempen politik beliau.

Khalid bakal ditentang penyandang kerusi berkenaan, Mohamed Azmin Ali dan Datuk Saifuddin Nasution Ismail, serta Datuk K Ramachandram bagi jawatan kedua tertinggi PKR itu.

Umum mengetahui Khalid tidak sebulu dengan Azmin, dan penyertaan Saifuddin, kata penganalisis politik tanah air, adalah bagi meredakan ketegangan yang wujud antara dua kem Azmin dan Khalid.

"Semakan susulan juga menunjukkan bahawa akaun laman sosial Media Selangorku menerusi Facebook dan Twitter turut disalahguna bagi tujuan sama iaitu berkempen untuk menteri besar Selangor.

"Tindakan sebegini sememangnya memalukan memandangkan ia bertentangan dengan pendirian dan prinsip PKR," katanya.

Daripada 500,001 ahli PKR yang layak membuat pilihan kali ini, hampir separuh daripada mereka berada di Selangor dan Sabah.Selangor mempunyai 144,020 ahli manakala Sabah mempunyai 86,955 ahli PKR.

Azmin merupakan pengerusi PKR Selangor dan bekas pengerusi PKR Sabah sebelum ini.Namun, berdasarkan rekod pemilihan 2010, hanya 14% daripada mereka sahaja keluar membuang undi dari jumlah ahli yang layak.

Daripada manakah jumlah 14% itu bergantung kepada kempen yang mereka buat?PKR mengadakan pemilihan secara langsung untuk memilih pemimpin di semua peringkat, termasuk jawatan tertinggi parti.Pemilihan bermula pada 25 April dan berakhir pada 11 Mei.TMI

4 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Dah dia ada kuasa, dia gunalah...kalau korang yang berkuasa pun korang akan guna kemudahan kerajaan negeri kan??? Apa nak herannnn....
-Atas Pagar-

Tanpa Nama berkata...

Khalid baru sekarang ke hulu hilir berkempen. Sebelum ini bukan main susah nak jumpa ahli2 kalau jemputan oleh ahli2 PKR.

Dlm PRU 13 Khalid tak diterima rakyat Ijok sebab itu dia terpaksa pindah ke kawasan Port Klang dengan izin Azmin.

Bagaimana dia mahu pimpin ahli2 PKR. Hancur PKR kalau dia menang sebab dia bukan team player. Dia pakai idea dia saja. Itulah Reformasi sebenar Khalid.

Tanpa Nama berkata...

culafice his
Dah smpai masa nya orang lebih muda memegang kemudi. Yang dah berumur dan memiliki pengalaman yang amat banyak wajib berdiri dibelakang menasihati. Jujur tu namanya. Dibuatnya tercabut nyawa kalang kabut semua pentadbiran. Yang seterusnya marilah kita berdoa pada yang maha esa. Amin

Tanpa Nama berkata...

janji yg terpilih nanti bukan dr kalangan spesis2 umno bomoh bubu

Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz

Terdapat ralat dalam alat ini
Bermula 31/7/2009

Pengunjung Ambo dari....